kafeteria upm 'cekik darah'???

Kafeteria UPM perlu dipantau


SEBAGAI pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Semester 3, saya tertarik dengan penjelasan yang diberikan Ketua Komunikasi Korporat UPM, Abdullah Arshad, di dalam ruangan ini pada 19 Julai berkaitan harga makanan di kafeteria UPM.

Penjelasan yang diberikan beliau adalah berikutan aduan Bapa Prihatin, Selangor, keluaran 16 Julai yang bertajuk 'Nasi lauk ikan RM5 di Kafe UPM'. Sehubungan itu, pihak UPM menjalankan siasatan terhadap kafeteria dan syarikat induk yang memegang tender kafeteria di UPM. Hasilnya UPM mendapati harga nasi berserta sayur dan ikan kurang RM3.50.

Pada pendapat saya, siasatan yang dilakukan pihak UPM itu tidak menyeluruh kerana saya mendapati harga nasi serta sayur dan ayam boleh mencecah hingga RM5.50 di kafeteria Kolej 12,14,15 dan 16. Ini berbeza dengan hasil siasatan yang diperoleh pihak UPM.


Ada juga peniaga mengira harga seketul ayam mengikut saiznya. Jika saiz besar maka lebih tinggi harganya. Jika begitu, maka tiadalah harga tetap bagi sesuatu jenis makanan.


Kenaikan harga makanan amat ketara dan ini sudah pasti sangat membebankan pelajar. Sedangkan sebelum harga makanan naik iaitu pada semester lalu, kami sudah rasa terbeban kini ditambah pula kenaikan lain.

Dalam surat yang dihantar Ketua Komunikasi Korporat UPM itu juga ada menyatakan pihak universiti bersetuju menurunkan kadar bayaran royalti keuntungan kepada pihak universiti yang dikenakan kepada syarikat yang memegang tender kafeteria. Keputusan ini bagi menjaga kebajikan pelajar. Dengan adanya keputusan ini, sudah tentu dapat mengurangkan kadar sewa premis peniaga. Namun mengapa masih perlu menaikkan harga makanan yang sebelum ini sudah tinggi.

Bagi saya tiada apa-apa masalah lain di UPM ini selain masalah harga makanan. Saya harap pihak bertanggungjawab di UPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap harga makanan di seluruh kafeteria UPM. Siasatan harus juga dengan menemubual pelajar di kafeteria berkenaan.

B.COMM 08,
UPM Serdang, Selangor.

-petikan SURAT Berita Harian Selasa, 22hb Julai 2008-




nie antara flyers yang ditampal di area kolej serumpun yang tgah amarah ngan harga makanan yang sgt mencekik darah....


komen aku : kalo nak dikira harga makanan di kafeteria upm nie mmg kebanyakannya SGT TIDAK MUNASABAH..aku mmg tak puas ati ngan harga2 makanan terutama di kafeteria kolej aku..sebab aku pon pernah terkena ngan harga 'cekik darah' dari makcik yg jual di kafeteria nie (sape yg tau kedai nasi padang tu tau la yg mane satu)...dlu aku mmg slalu gak la beli lauk kat kdai satu tu...sem2 dlu aku boleh terima lagi sebab harga dia mmg standard ngan kdai2 len..yg menjadi aku hanget bile aku tapau nasi sampai kena RM6.80!!!!pe cer nie mak cik oii..sila explain pe yg sampai harga tak masuk akal tu yg makcik nak jual kat student?dengan nasi+aym goreng+kuah sayur (yg ader fishball kecik 2ketul) pada pkol 4ptg (yang sememangnye lauk da sejuk sebab makcik tu masak pagi tadi) masuk dek akal ke ngan harga hampir rm7.00??pas pada hari tu aku mmg boikot abes-abesan kedai makcik yg 'bermata duitan' tu...dia tak tau ke slagi dia bagi harga tak masuk akal tu smakin wat org menyampah nak beli kat gerai dia..mase nie makcik boleh tersenyum lebar sebab student takde pilihan tgk la sok2 bile ader saingan ngan gerai len baru padan muke makcik...skang nie pon kalo aku nak makan aku tapau kat mapley mamak jek...aku tertarik dlm surat diatas kata "HARGA AYAM GORENG BERDASARKAN SAIZNYA"..agaknye nie le alasan paling bodoh bagi peniaga selain harga barang naik...kepada pengurusan kolej n upm ape lagi..takkan la nak student2 upm tiap2 minggu antar surat kat sokabar pasal harga makanan nie?jagalah imej upm yek..jgn sok2 dah busuk ngan harga makanan baru nak terhegeh2... >:(


5 comments:

blodyn berkata...

and that is why i eat maggie assam laksa in my room every night. murah sket. huhuhu.

epol berkata...

eat maggie 4 every night?wow..but it's not good 4 ur health..

blodyn berkata...

only monday night to wednesday night. thursday night i go home :)

eD berkata...

makan roti dh aa epul...blh ko kurus2 skit.hahaha

epol berkata...

nk wat camne..seruab kerajaan lah 'ubah gaya idop'..duh