nasib seorang kanak2 perempuan dan burung hering


Gambar di atas telah memenangi hadiah Pulitzer (Hadiah untuk gambar terbaik dunia bagi dunia kewartawanan) pada tahun 1994 dan dirakam oleh Kevin Carter. Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Sudan sedang mencari makanan kerana Sudan ketika itu sedang dilanda kebuluran yang sangat teruk. Di belakangnya terdapat seekor burung hering sedang menunggu untuk meratah budak perempuan tersebut sekiranya dia mati. Walaubagaimana pun tidak dapat dipastikan nasib budak tersebut selepas gambarnya dirakam.

Kevin Carter merupakan seorang wartawan Afrika Selatan. Apa yang menyayat hati ialah beliau telah membunuh diri 2 bulan selepas dianugerahkan hadiah Pulitzer tersebut. Mengikut Judith Matloff, rakan lama beliau, kevin sering dilihat dibawah pokok sambil menghisap rokok bersambung-sambung dan sering menangis selepas beliau memenangi anugerah gambar tersebut.

Dalam notanya Kevin mencatatkan yang beliau tidak dapat melupakan peristiwa yang sentiasa menghantuinya. Pembunuhan, kemarahan, kesakitan, kelaparan, kanak-kanak yang cedera dan tembakan membabi buta semasa berada di sana.

-source from fikir2renung2.blogspot.com-


komen aku : dapat tak kita bygkan betapa tersiksanya kanak2 perempuan tu yang kebuluran dan hanya menunggu masa je utk menjadi santapan burung hering tu..Alhamdulillah,bagi kita di bumi bertuah Malaysia nie spatotnya kita seharusnya bersyukur sebab masih lagi mampu makan n minum dgn makanan2 yang berkhasiat dan lazat..takda sebab utk kita kelaparan..apatah lagi kita bebas dari perang,keganasan dan kebinasaan..cuma kita yang masih lalai dan tak sedar betapa beruntungnya kita dengan segala nikmat yang telah Allah beri pada kita..smoga kita semua menjadi manusia2 yang bersyukur..

0 comments: