sejauh mana anda tahu tentang alam kubur



Kita selalu mendengar tentang alam kubur. Alam yang penuh misteri di mana sangat sedikit yang kita ketahui. Selalu yang kita bayangkan ialah bila seseorang itu mati maka datanglah malaikat Mungkar dan Nakir bertanyakan soalan kepada si mati. Sekiranya si mati tidak dapat menjawabnya maka kubur akan menghimpitnya sehingga menjadi sehelai rambut.

Namun pasti ada soalan yang akan timbul. Bagaimana kalau tak ada kubur? Kalau mati dan ditanam di kubur itu biasalah tetapi bagaimana pula kalau mati ditelan binatang buas? Contohnya seperti gambar di atas di mana separuh badan mayat tersebut sudah tidak kelihatan. Mungkin hancur dimakan ikan. Akan adakah soalan-soalan kubur untuk si fulan?

Jawabnya tetap ada. Kerana kubur merupakan alam ghaib maka di mana kita mati dan bagaimana caranya bukanlah sesuatu yang penting. Yang paling mustahak ialah adakah kita mati dalam keadaan bertaqwa kepada Allah ataupun dalam keadaan yang lalai. Sudahkah kita menyediakan segala persiapan untuk menghadapinya?

Jawapannya ada pada diri anda...

0 comments: