bazar ramadhan di sri serdang

Bulan puasa tak sah kalau takde bazar ramadhan berdekatan ngan tempat korang..aku nak kongsi ngan korang suasana bazar ramadhan di sri serdang (bersebelahan dengan UPM).

tempat : kawasan parkir berhadapan dengan kfc,mc donald dan kedai2 runcit
masa jualan : seawal jam 3.30 petang - 8.00 malam
jarak dari kolej aku : 10minit dengan menaiki motorsikal
tarikh
(ketika gambar diambil):3 september 2008 (hari ke-3 berpuasa)
cuaca
(ketika gambar diambil) : mendung2 suram (hampir hujan)





orang ramai berpusu-pusu datang






sesak lagi menyesakkan






kuih muih yang membuat perutku rancak berkeroncong






ayam panggang yang membuatkan aku kecur liur


walaupun byk pilihan makanan yang mampu buat kita rambang mata tapi kita kena sentiasa beringat dan sentiasa mengawal hawa nafsu kita dari boros.masa nielah kita diuji dengan kemewahan juadah untuk berbuka.ingat!kita berpuasa bukan semata2 untuk menikmat waktu berbuka sahaja sebaliknya melatih dan menguji tahap kesabaran dan keteguhan kita mengawal hawa nafsu..semoga kita tidak ditahap 'melantak sakan'..hehehe selamat berbuka kawan-kawan :-)

0 comments: