Ramadhan Kembali




Ramadhan dah kembali.rindunya aku pada bulan yang penuh keberkatan ni.rindu dengan suasana berpuasa,rindu dengan limpahan pelbagai nikmat aneka juadah untuk berbuka,rindu dengan solat terawikh berjemaah,rindu untuk makan sahur dan akhirnya kita bertemu kembali ya Ramadhan.

Bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk kita berpuasa menahan diri dari nafsu sahaja.Tetapi lebih kepada melatih diri kita sendiri.Antara amalan-amalan baik yang dapat kita lakukan sepanjang bulan keberkatan ni seperti:

1. Mengucapkan selamat menyambut Ramadan.
2. Menempah pakaian untuk Ramadan.
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadan.
4. Sebelum tidur, bacalah empat ayat terakhir surah al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5. Berazam melakukan solat Tarawih 20 rakaat.
6. Bertadarus secara beramai-ramai.
7. Solat jemaah setiap waktu.
8. Solat berjemaah di masjid atau surau.
9. Amalkan qiamullail walaupun sekejap.
10. Sahur pada akhir waktu
11. Untuk mengelak makanan tidak hadam ketika bersahur, elak mengambil makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12. Mandi janabat sebelum imsak.
13. Kurangkan tidur.
14. Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh.)
15. Tunaikan solat Dhuha.
16. Tidur waktu cuti (sejam sebelum Zuhur).
17. Tunaikan solat sunat Rawatib.
18. Jaga pancaindera.
19. Elak mengosok gigi pada waktu petang.
20. Selalu hadir majlis ilmu.
21. Buat baik kepada ibu bapa.
22. Isteri hendaklah taat kepada suami.
23. Banyak bersedekah.
24. Berbuka dengan tiga biji kurma dan air mineral.
25. Berbuka bersama orang tua.
26. Jemput tetamu berbuka.
27. Kurangkan berat badan.
28. Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca. al-Quran, solat dan berzikir di masjid.
29. Perbaiki hubungan suami isteri.
30. Perbaiki hubungan dengan jiran.
31. Isteri elak keluar rumah memakai mekap dan perhiasan.
32. Elak berbelanja berlebihan.
33. Tingkatkan kesabaran.
34. Banyak berselawat, istighfar dan bertasbih.
35. Berazam untuk beramal pada malam Lailatul Qadar.
36. Mengejutkan isteri dan anak pada malam Lailatul Qadar.
37. Elak menonton televisyen yang mengandungi bahan yang boleh menaikkan nafsu.
38. Elak mendengar radio berunsur hiburan.
39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40. Jauhkan perbuatan bercumbu dengan suami atau isteri.
41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau meninggal dunia.
42. Melazimkan solat waktu.
43. Elak bersiar-siar sebelum berbuka sehingga boleh mengurangkan pahala berpuasa.
44. Elak banyak berhutang.
45. Merasa sedih meninggalkan Ramadan kerana bimbang tidak bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
46. Tunaikan zakat fitrah.

Bagaimana pon,kita tak boleh nak tunggu bulan Ramadhan je nak buat semua ni.Seharusnya kita amalkan di bulan2 yang lain juga . Selamat menunaikan ibadah puasa :-)

5 comments:

nida pokwi berkata...

bukak pose dgn 3 kurma & air mineral?boleh ker..hik2..renung2kan..slamat beramal!

epol berkata...

hehe...tak tahu la kepastiannya..dapat daripada forward message..ape2 pon leh jugak digunapakai kan?

nida pokwi berkata...

boleh je,kalau mampu..hihi..ye lar,kalau ada pizza or kfc dpn mata,boleh ke tahan ngan kurma n air mineral jer..he2

epol berkata...

piza?kfc?huhu takot tak jadi berbuka dah..jadi melantak..heheh :p

Lily -nz- berkata...

walaubagaimanapn,,jgn mkn b4 azan...haha