sarapan pisang


Diet terbaru di Jepun diasaskan ahli farmasi untuk suami

TOKYO: Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.

Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit.

Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.

Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.

Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China.

Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.

Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram.

-Berita Harian , Jumaat 24 Oktober 2008-

komen aku: aku pernah praktikkan masa aku di matrikulasi..actually sarapan ngan pisang nie bagus untuk tenaga permulaan untuk kita mulakan hari daripada makan nasi lemak@roti canai..korg pon boleh cube tapi jgn pulak tym lunch/dinner makan nasi berpinggan2..dah tak sihat dah diet tu..hehehe.ape2pon diet yang sihat xperlu menyiksakan diri n membuatkan kita berlapar..makan utk pembekal tenaga saje n bukannye mkn untuk melantak (walaupon kekadang tu aku pon same gak :P)

9 comments:

Lily -nz- berkata...

breakfast pisang??
haha,x smpai 1 hour,,mmg berlagu la perut tu~~
then,tghari melantak berpinggan-pinggan,,h0ho~
x pn,ponteng kelas semata-mata nk g mkn [@_@]
x tahan o!!

Lina Chan berkata...

1st comment for ur post..
1st time viewer gak ni..

komen?
sbb i'm on diet rite now..
(kunuk2 mau kurus la)
penah gak try mkn pisang..
pisang emas, pisang tanduk, pisang monyet, sume sy mkn..

:)

mmg btul la pisang tu bg tenanga..
1st time dgr dr cite my elder bro..
now dia dah turun 5kg..
sumenya sbb diet mkn pisang..

n thanx for the added info..
for me n all the readers..

epol berkata...

to lily -nz-:
mmg le cepat lapa..tapi bile dah bese sure leh thn..cube try makan pisang ngan roti..leh thn sket...(dari pengalaman :p)

to lina chan:
siyes ke ur bro trn 5 kilo?kongsi le tips..hehehe :p

Lily -nz- berkata...

cmtu,nti kte kne tanam pokok pisang kat luar bilik la~

epol berkata...

hehe..tapi pisang erbuah skali jek..(kecuali special case je yg berbuah 2 kali :p )

Lina Chan berkata...

nak tips? ble2~

1. kena kurangkan mkn nasi.. kalu ble jgn mkn nasi langsung..

2. utk yg x tahan lapar plak, bila rasa lapar je, mkn megi atau pisang.. kalu lapar sgt2 je br mkn megi.. jgn plak melantak megi ari2..

3. lebihkan lauk esp white meat (ayam ke ikan ke)..

4. elakkan mkn daging.. x bagus tu, ble bikin gemuk mcm epul.. haha~

5. pisang oo pisang.. bgs mkn pisang.. buah paling murah n paling lazat d abad ini..

6. mlm2 jgn mkn.. kalu nak mkn gak, mkn megi.. napa sy syorkan mkn megi?? sbb megi dihadam selama 30 min je oleh perut kita.. tp nasi dihadam 3 jam.. nnt korg ble la tido awl kalu mkn megi.. mkn nasi kena tunggu 3 jam..

7. senaman itu penting.. xdpt kuar joging, tarian poco2 dlm bila selama 15min pun ok dah..

ok epol, gud luck erk.. jgn x cuba.. selamat mencuba n selamat meng'kurus'kan diri..

:)

epol berkata...

kpd lina chan:

adei..no 4 tu tak leh blah..hahaha :D
actually tak kesah pon gemok ke kurus yang penting kesihatan tu yang penting..hehe nway thanx utk tips yang berguna tu..kne praktik la kpd sesape yg nak kurus yek.:p

Lina Chan berkata...

eh, no 4 tu la yg paling penting.. ingat x time kita terserempak dpn kolej 12 tempoh ari?

time tu ko naik moto.. ingat tak?

sikit lg mau pancit tyr moto.. org blkg tu berat sgt..

:)

(jaat sungguh diri ini mengenakan epul)

epol berkata...

bile ek? (wat2 lupe)..keh3 ape2 je lah janji epi :p