pengertian cinta bagiku..kau pula bagaimana?


aku tau..
bukan senang untuk perlukan perubahan..
byk benda yang kita rasa selesa..
byk benda yang kita rasa tiada kesan walaupun hakikatnye tak..
byk benda yang kita ambil mudah..
tapi itu yang aku pilih..
kau juga sama...
kenapa?
kau fikir yang sama dengan aku fikir?

siapa yang ambil kisah..
aku aku kau kau...
sebelum bercinta...janji manis..
penuh dengan kata2 waspada..
jaga dia dengan betul..
akhirnya janji tinggal janji..
yang penting aku aku kau kau..
yang penting aku bahagia..

dulu aku bahagia...
seperti berada di awan...
terbang meluncur ke sana kesini..
seperti pasangan burung..
aku selesa keadaan sekarang..
jangan kacau kebahagian aku..
ini hidup aku..

ya..itu dulu..
aku tetap aku..kau tetap kau..
tapi ini ke yang aku mahu..?
kini aku sedar..
jika aku dambakan dia..
jika aku cintakan dia..
tapi bukan dengan hanyut dibuai gelora perasaan..
dan nafsu semata-mata..
tapi bagaimana dengan perasaan aku..?
bagaimana dengan kasih sayang aku selama ini..?
bagaimana cintaku sebelum ini..?
dapatkah aku kawal kesemuanya?

aku sedar..aku tetap aku..
hanya aku yang mampu mengubah..
ubah diri aku..jadi yang lebih baik..
walaupun keputusan yang diambil itu berat..
sakit macam dihiris..
tapi aku sedar..tanpa perubahan..aku masih macam dulu..
masih di awan-awangan..
dan jika silap langkah..
terbabas ke lembah durjana..
simpang malaikat 44...

ya,aku sayangkan dia..
dia juga sama sepertiku..
cinta itu bukan dosa..
cinta itu anugerah..
cinta itu satu fitrah..
tetapi,cinta Ilahi yang hakiki,
sejauhmana cinta terhadap makhluk-Nya,
tetap tidak boleh setanding cinta kepadaNya..
jika aku sayangkan dia..
mengapa perlu aku bawa dia..
ke lembah durjana?
itukah pengertian cinta aku terhadap dia?

aku sedar..
dengan berbekalkan doa..
dan keredhaan dari-Nya..
aku dapat melalui semua ini..
jika aku sayangkan dia..
aku perlu jaga maruahnya..
dan kembali ke jalan yang sepatutnya..

aku berserah pada-Nya..
Ya Allah,kuatkan semangat ku..
kuatkan imanku...
jika dia milikku..
temukanlah aku dengan dia..
satukan kami..
dengan ikatan yang sah..
itulah kenikmatan
dan kebahagian yang sebenar..
yang aku cari...

kau pula bagaimana?
aku tetap aku..kau tetap kau..
kau tak rasa apa yang aku rasa?
kisah aku sama seperti kisah kau juga?
mahukan perubahan?
bersedia untuk berubah?
tepuk dada tanya selera....

0 comments: