bila dah terlalu obses dengan 'cinta'

Gadis 'bergaduh' dengan teman ugut terjun tingkat 10



REMAJA perempuan berdiri di atas bumbung tingkat 10 sebuah hotel dipercayai cuba membunuh diri dipujuk anggota bomba dan gambar kecil seorang anggota bomba pelatih menenangkan gadis terbabit selepas diselamatkan.

KUALA TERENGGANU: Seorang gadis berusia 18 tahun yang cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkat 10 sebuah hotel di bandar raya ini berjaya diselamatkan, apabila mangsa pengsan akibat keletihan selepas lebih dua jam berada di atas bumbung bangunan itu.

Tindakan nekad gadis berasal dari Kuantan yang bekerja di sebuah salun di bandar raya ini cuba membunuh diri dalam kejadian bermula kira-kira jam 1.35 tengah hari itu turut mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat adegan cemas itu sehingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang Jalan Pattani, di sini.

Kesesakan teruk itu memaksa polis menutup jalan berkenaan dan menyuraikan lebih 300 orang yang memenuhi jalan itu untuk menyaksikan kejadian yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata gadis berkenaan yang dilihat tidak lepas memegang tiang besi sambil mengugut untuk terjun setiap kali cuba dihampiri pasukan penyelamat dikatakan bergaduh dan kecewa dengan sikap teman lelakinya.

Beliau berkata, cubaan mangsa untuk terjun membunuh diri disedari seorang anggota bomba pelatih, Mohd Asyraf Zarin, 22, yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum bertindak pantas memaklumkan kepada polis dan bomba yang datang ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Gadis itu cuba dipujuk oleh Mohd Asyraf, seorang pegawai polis, Inspektor D Selva Kumar dan seorang pakar psikiatri, bagaimanapun, dia enggan turun dan meminta untuk bercakap dengan teman lelakinya. Tidak lama kemudian, teman lelakinya yang berjaya dihubungi, tiba dan cuba memujuk.

-Berita Harian, Sabtu 22 November 2008-





komen aku : aii singkat betul pemikiran budak perempuan nie..nie le akibatnye bila dah terlalu obses dengan cinta..baru gaduh dah nak ugut bunuh diri..tindakan bahlol macam nie le yang menyusahkan orang lain..tak pasal2 jalan raya jadi sesak,tak campur lagi bomba dengn polis terpaksa datang nak selamatkan budak bodoh nie..kalo mati pon sia-sia je..mati disebabkan pakwe 'peniaga ayam'..kalo dah jatuh hah mati ayam la ko jawabnye.. nak je aku tempeleng diorang nie..kesian mak ayah diorang,rasa-rasanya abih malu nak tunjuk muka dengan orang kampung..aii macam-macam

kepada mereka yang rasanya terlalu obses dengan cinta..fikir2kanlah yek..jangan buat sesuatu benda tu melulu supaya tak menyusahkan orang lain..

2 comments:

Lily berkata...

bloody fool...!
umur pn bru 18, haiz~

epol berkata...

tu le pasal...

stooopid girl...

bak kata ahmad nisfu dalam filem seniman bujang lapok :
"kecik2 tanak m*mp*s..besar2 menyusahkan orang"