hadiah untuk pencuri

Oleh HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my

www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1215/Kosmo/Negara/ne_13.1.jpg
Che Ibrahim menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang ada kesan digelidah pencuri di Kampung Binjai, Kemaman baru-baru ini.


KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."
Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.
"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.
"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.
Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

-Kosmo , Khamis18 Disember 2008-




KEMAMAN 17 Dis. - Seorang warga emas percaya amalan membaca bismillah dan doa setiap kali melangkah keluar dari rumahnya yang turut dijadikan kedai runcit membantu menyelamatkan premisnya daripada menjadi mangsa pencuri baru-baru ini.

Che Ibrahim Che Abdullah, 57, yakin kejadian misteri menimpa seorang pencuri yang 'terperangkap' dalam kedainya selama dua malam sehingga hampir maut akibat kelaparan dan dahaga ketika dia sekeluarga balik kampung pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini semata-mata kuasa Allah hasil amalannya itu.

more...

Warga emas itu menolak anggapan dia menggunakan ilmu hitam sebagai pendinding untuk 'memagar' rumahnya daripada dimasuki pencuri.

''Ini semua kuasa Allah, saya tidak ada apa-apa ilmu mengenai kejadian ini," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu, seorang pemuda berusia 30-an memasuki kedai itu dipercayai untuk mencuri ketika Che Ibrahim sekeluarga pulang berhari raya di Selising, Kelantan.

Selepas tiga hari pulang berhari raya, dia terkejut melihat keadaan kedainya bertaburan, malah isterinya pengsan melihat keadaan itu manakala dari dalam bilik tidur terdengar bunyi orang mengerang kesakitan.

Apabila dijenguk ke dalam bilik itu, warga emas itu menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah dan dia mendakwa gagal keluar daripada kedai itu kerana tidak mampu melihat apa-apa dan terdapat 'lembaga' yang menghalangnya daripada keluar.

Menurut Che Ibrahim, kedainya sebelum ini pernah dipecah masuk apabila dia sekeluarga pulang ke kampung mereka di Selising tetapi pencuri tersebut tidak mengambil apa-apa walaupun boleh berbuat demikian.

Tidak tahan dengan kejadian itu, dia yang telah berniaga 20 tahun mengamalkan bacaan bismillah dan doa memohon perlindungan Allah setiap kali meninggalkan premisnya.

''Ramai yang bertanya apa ilmu saya amalkan, tetapi terus-terang saya katakan tiada apa-apa ilmu dan semua kejadian ini adalah kuasa Allah," ujarnya.

Kata Che Ibrahim, jika difikirkan secara logik lelaki tersebut boleh mengambil apa jua makanan di kedainya tetapi kerana tidak dapat melihat apa-apa menyebabkannya terpaksa berlapar selama tiga hari.

''Nasib baik saya tinggalkan kedai selama tiga hari saja, kalau saya pulang lebih daripada seminggu, mungkin lain pula jadinya kepada lelaki tersebut," katanya yang lega lelaki itu dapat diselamatkan.

Dia juga bersyukur kerana tiada barangan yang hilang termasuk wang tunai.

sumber : utusan malaysia



komen aku : aii nasib kaulah pencuri..nasib baik baru sesat je..kalo 'terjumpa' apa2 entah apa la yang jadi ye..apa-apa pon setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..selalu lah amalkan membaca bismillah dan sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap apa jua yang kita lakukan..semuanya dengan kuasa Allah..kepada Allah kita berlindung dan kepada Allahlah juga kita memohon pertolongan..semoga menjadi iktibar untuk semua

2 comments:

goasop berkata...

meremang bulu roma. ni kuasa Allah. ehe. =)

thx for sharing!~

epol berkata...

baru le perompak tu tau langit tinggi rendah...hehe