untuk si penggemar 'shopping' pakaian



Korang shopaholic?tak tahan tgk baju2 baru bile pegi mall?Biasanya golongan wanita lah yang suka sangat membeli belah sampai nak rak kan?kalo tanya orang lelaki sure 1/10 je yang gila shopping sakan bila bab2 pakaian nie..hehe.. kekadang tu aku tak faham kenapalah golongan wanita nie tak kesah dan sanggup keluarkan duit diorang untuk bershopping sakan..adakah memang lumrah dan sifat semula jadi perempuan yang suka membazir atau terpengaruh dengan orang lain untuk sentiasa bershopping?opss,jangan melatah ye kepada wanita2 di luar...haha

apa pon entri kali nie bukanlah nak menyalahkan atau nak kata bershopping tu salah..tak nafikan lelaki pon memang ada juga yang sama (cuma bilangannya sikit je...hehe :p)..aku pon bukan lah seorang yang suka bershopping.. lagi2 bab nak mencari baju atau pakaian..memang aku akan blur abes dan kekadang tu sampai tak jadi teros nak membeli (kecuali bila aku betol2 memerlukan)..korang plak camne?pernah tak korang mengalami masalah sama macam aku @ seperti di bawah:

  • bila masuk kedai je nampak semua baju cantik sampai rambang mata.
  • terlalu banyak pilihan sampai beli semua yang korang suka
  • "tak kisah apa yang orang kata asalkan aku suka" (walaupon baju tu terlalu kecil@besar)
  • nak beli baju baru yang menepati trend tapi duit cukup2 makan je



Jadi,kali nie aku nak kongsi beberapa tips untuk korang yang suka shopping pakaian.


yang patot korang buat:



1. Bersikap realistik tentang gaya hidup dan keperluan.
Fikir dulu ape yang korang dah ada sebelum membeli koleksi
baru.Err yang paling penting jangan amalkan 'biar papa asal bergaya'...Menyeksakan diri korang je.



2. Peruntukkan masa untuk satu-satu butik dan mencuba terlebih
dahulu pakaian sebelum membuat pilihan terakhir. Paling penting
untuk menyesuaikan dengan saiz korang.Jangan pulak beli ikot sedap jek,jangan marah
ada orang cakap korang pakai 'guni' (baju terlebih besar) @ macam sarung nangka (pakaian terlebih kecil)




3. Belilah sesuatu yang sangat diperlukan, berkualiti dan akan
memakainya.




4. Bawalah kawan2 yang 'sesuai' yang boleh beri pendapat ketika
korang memilih pakaian.




5. Belilaah pakaian yang menutup aurat.Jangan jadi hamba trend sudah




yang tak patot korang buat:



1. Beli pakaian yang tak semestinya dipakai dan sesuatu yang sama
cuma berlainan warna.



2. Hentam kromo memilih pakaian disebabkan tak cukup masa.
Akhirnya korang pasti nyesal.



3. Beli apa saja yang menjadi trend dan tak peduli dengan harga
semata-mata untuk barangan berjenama.Kang ade la yang sanggup berlapar.
Tak elok tu..




4. Takut untuk bertanya pendapat sama ada ianya sesuai atau tidak.Bimbang
di hati korang berkenan tetapi orang lain kata tak sesuai pulak.



**apa2 pon semua tu atas korang,selagi korang rasa korang mampu dan tak kesah dengan duit yang korang belanjakan tu xpelah..itu pon hak korangkan?..ngee~

4 comments:

Lina Chan berkata...

sy suka shopping..
esp kalu shopping free of charge..

:)

caranya:
1. bawak la pakwe pegi shoping..
2. pas tu purak2 tgk baju yg dah di'survey' seminggu yg lepas..
3. then, kuar dari kedai..
4. pakwe yg gentemen mesti tanya, 'eh, xnak bli ke?'
5. masa tu buat la alasan, 'erm, nmpk cantik.. xpe la.. esok2 je la bli'
6. trus pakwe tu akan blikan anda baju itu..

:)

p/s: bukan kaki kikis duit laki, tp lelaki yg suka melabur duit utk awek tersyg.. kepada ppuan diluar sana, jgn amalkan slalu.. amalkan time YES je.. takla pakwe kita pokai..

-- epul, topik shoping ni menarik la.. sori la, mcm terpost satu entry plak d comment box ko.. --

epol berkata...

sis Lina_Chan

mekasey2...hahaha

susah nak kata gak kalo pakai cara nie...

kebanyakan lelaki@pakwe mesti belanja punye untuk jaga ego dia..kalo sayangkan pakwe memahamilah keadaan semasa yek..:p

nway tips yang menarik gak tu..tapi jangan selalu amalkan yek..

**lelaki tak suka perempuan pisau cuykur @ amek kesempatan..igt tu :p

helena's berkata...

ye ye..same macam sy..suke sgt bershopping..paling tak pon window shopping..rasenye itu sifat semula jadi perempuan..cume bagaimana perempuan itu bawa diri dia..manage the things..its totally depends on her...
ha yg shopping free of charge sy sgtla setuju..tp tak penah buat pulak..hehehe kene belaja ni..

epol berkata...

helena

~memang tak nafikan pon kan,semua pompuan mesti angguk kepala bila tanya bab shopping..hehehe

nway,kalo nak shopping free tu yang best kalo ikot parents @ 'pakwe' yang kaya..kalo pakwe 'kayap' dilarang same sekali yek..siannn..hehehehe