cara-cara nak cover malu bila terjatuh

Cara-cara nak cover malu bila terjatuh
1. Kalau tersepak batu: Jangan terus bangun, sebaliknyer anda baring dan terus berguling-guling hingga jauh dari perhatian ramai...lepas tu baru bgn bila takde orang nampak..


2. Kalau terjatuh beskal: cepat-cepat naik beskal anda semula dan jatuhla lagi sehingga berkali-kali supaya orang ingat anda saje-saje buat lawak...


3. Kalau terjatuh tangga: terus bersilat seolah-olah anda dirasuk atau sedang berlawan dengan makhluk halus...


4. Kalau terjatuh dalam longkang: pungutlah sampah yang ada sambil marah-marah dengan suara yang kuat, pasti orang menyangka anda seorang yang amat prihatin terhadap kebersihan.. ..


5. Kalau jatuh ketika nak naik bas: jeritlah kuat-kuat.."oi! apa tolak-tolak ni?" walaupun tiada orang di blakang anda....


6. Kalau terjatuh di dpn bus stop: terus buat-buat pengsan sehingga ada orang membantu anda..kalau takde..baring terus sampai malam dan takde orang lagi kat bus stop tu...haa...ni lah masa sesuai untuk bangun semula....


7. Kalau jatuh tergelincir kat lantai licin: tarik la kawan (atau sesiapa yang ada kat sebelah anda) untuk jatuh bersama-sama supaya tak lah anda sorang je yang dapat malu...ye tak?....


Petua ini adalah rekaan semata-mata, kalau nak ikut, anda pikirlah sendiri....

harga sebuah kehilangan

Sebuah kisah untuk renungan kita bersama…..


Kereta dihentikan betul-betul di hadapan rumah.Pintu pagar automatiknya terbuka. Perlahan kereta dihalakan ke dalam garaj.

“ Horeyyyy! Papa balikkk!! “

Kelihatan anak-anaknya berlari mengiringi keretanya.

“ Tepi! Bahaya tau tak?” Jeritnya.

Anak-anak termanggu. Cahaya kegembiraan diwajah mereka pudar.

“ Aimin, bawa adik ke belakang.” Arahnya pada anak yang sulung.

Pulangnya petang itu disambut dingin oleh anak-anak. Isterinya turut terdiam bila mendengar anak-anak mengadu tentang papa mereka.

“ Papa penat, Aimin bawa adik mandi dulu. Mama siapkan minum petang. Lepas minum mesti papa nak main bola dengan kita.” Pujuk Laila

Dia yang hanya mendengar di ruang tamu hanya mendengus. Seketika kemudian terdengar hilai tawa anak-anaknya di bilik mandi. Dia bangun.

“ Hah! Main air.Bil bulan ini papa kena bayar dekat seratus. Cepat! Tutup paip tu! Buka shower!” sergahnya.Suara yang bergema mematikan tawa anak-anaknya.

“ Asal saya balik, rumah mesti bersepah. Kain baju berselerak. Apa awak makan tidur aje ke duduk rumah?”sambungnya kembali bila isterinya terpacul di belakang pintu.

“ Anak-anak Pa, diaorang yang main tu.Takpe, nanti mama kemas.Papa minum ye. Mama dah siapkan kat taman.”Balas isterinya lembut.

“ Fail saya kat depan tu mana””

“ Mama letak dalam bilik. Takut budak-budak alihkan.”

“Boleh tak awak jangan usik barang-barang saya? Susah tau tak? Fail tu patutnya saya bawa meeting tengahari tadi.” Rungutnya sekalipun di hati kecil mengakui kebenaran kata-kata isterinya itu. Suasana sepi kembali.

Dia menarik nafas berat. Terasa begitu jauh berbeza. Dia tercari-cari riuh suara anak-anak dan wajah isterinya.

“ Lailaaa…..” keluhnya .Akhirnya dia terlena di sofa.

“ Saya nak ke out station minggu depan.”
“ Lama?” Soal Laila.
“ Dalam seminggu.”
“ Cuti sekolah pun lama.Mama ikut boleh?”
“ Budak-budak?”
“ Ikut jugalah.”
“ Dah! Takde! Takde! Susah nanti. Macam-macam diaorang buat kat sana. Tengok masa kat Legacy dulu.”
“ Masa tu Amirul kecil lagi.” Balas Laila.Wajahnya sayu. Dia masih berusaha memujuk biarpun dia tahu suaminya tak mungkin berganjak dari keputusan yang dibuat. Tak mungkin peristiwa Amirul terpecahkan pinggan di hotel dulu berulang. Anak itu masih kecil benar sewaktu ia berlaku. Lagipun berapa sangatlah harga pinggan itu malah pihak hotel pun tak minta ganti rugi.

“ Boleh ye pa! Lama sangat kita tak kemana-mana.”

“ Nak jalan sangat Sabtu ni saya hantar awak balik kampung, Muktamad !!”

Demikianlah seperti kata-katanya. Anak-anak dan isterinya dihantar ke kampung. Laila tak merungut apa-apa meskipun dia tahu isterinya berkecil hati. Anak-anak melompat riang sebaik kereta berhenti di perkarangan rumah nenek mereka. Tak sampai setengah jam dia telah bergegas semula untuk pulang. Bapa mertuanya membekalkan sebuah kitab lama.

“ Cuba-cubalah baca. Kitab tu pun abah ambil dari masjid. Dari mereka bakar, baik abah ambil bagi kamu!”

“ Manalah saya ada masa…”
“ Takpe, kamu pegang dulu. Kalau tak suka, pulangkan balik!” Kata bapa mertuanya.
Kata-kata itu bergema difikirannya. Dia rasa tersindir. Tahukah bapa mertuanya masalah yang melanda rumahtangganya itu?Bukan….Bukan dia tak suka, malah dia tetap sayang sekalipun Laila bukan pilihannya. Dunia akhirat Laila adalah isterinya. Cuma….

“ Mizi, mari makan !” Panggil ibunya yang datang menemaninya sejak seminggu lalu…

“ Jangan ikutkan hati. Yang sudah tu sudahlah….” Pujuk ibunya.



“ Papa! Makan!” Jerit Aiman, anak keduanya sambil tersengih-sengih mendapatkan dirinya.
“ Tak boleh panggil Papa elok-elok? Kamu ingat Papa ni pekak ke?”

Aiman menggaru kepalanya yang tak gatal. Pelik! Kenapa papanya tiba-tiba saja marah. Dia berpatah balik semula ke dapur.

“ Awak masak apa?”
“ Mama masak sup tulang dengan sambal udang!” Jawab Amirul memotong sebelum sempat mamanya membuka mulut.

“ Takde benda lain ke awak boleh masak? Dah! Saya tak nak makan. Hilang selera!”

“ Papa nak kemana?” Soal isterinya perlahan.
“ Keluar!”
“ Mama dah masak pa…!”
“ Awak saja makan!”

“ Takpe…Aiman boleh habiskan…Cepatlah Ma…!”

Laila tahu Aiman hanya memujuk. Anak keduanya itu sudah pandai mengambil hatinya. Aimin tersandar di kerusi makan, sekadar memerhati langkah papanya keluar dari ruang makan.

“ Kenapa sekarang ni papa selalu marah-marah ma?” Soal Aimin sambil menarik pinggannya yang telah berisi nasi.

“ Papa banyak kerja agaknya. Dah! Makan.” Jawab Laila.
“ Abang tak suka tengok papa marah-marah.” Adu Aimin.
“ Adik pun sama. Bila papa marah muka dia macam gorilla kan?”

Kata-kata Aiman disambut tawa oleh abang dan adiknya. Laila menjeling. Dihati kecilnya turut terguris. Besar sangatkah dosanya hingga menjamah nasi pun tidak. Kalau ada pun salahnya, apa?

Syamizi menjengah ke ruang dapur. Kosong…

“ Lailaaa…..” Serunya.
“ Sudahlah tu Mizi! Jangan diingat-ingat. Kerja Tuhan ni tak dapat kita tolak-tolak. Bawa-bawalah beristighfar. Kalau terus macam ni sakit kau nanti.” Kata ibunya yang muncul tiba-tiba.

“ Sunyi pula rumah ni mak……”
“ Lama-lama kau biasalah.” Pujuk ibunya lagi.

Airmatanya menitis laju. “ Kalau tak suka pulangkan!” Dia rasa terhukum. Hampir segenap saat kata-kata itu bergema di sekitarnya.Dia rasa terluka. Kehilangan yang amat sangat.

“ Papa beli apa untuk Aiman? Soal Aiman sebaik dia pulang dari out stationnya.
“ Beli apa pulak? Barang permainan kan bersepah dalam bilik belakang tu?”
“ Tak adalah..”
“ Ingat Papa ni cop duit ke?”

Aiman termanggu. Dia berlalu mancari mamanya di dapur. Seketika kemudian rumah kembali riuh dengan telatah anak-anak lelakinya yang bertiga itu mengiringi mama mereka yang sedang menatang dulang berisi hidangan minum petang.

Wajah Laila direnungnya. Ada kelainan pada raut itu. Riaknya tenang tapi ada sesuatu yang sukar ditafsirkannya.

“ Awak tak sihat ke?”
Laila tersenyum. Tangannya pantas menuang air ke cawan

“ Papa, tak lama lagi abang dapat adik lagi.”Aimin mencelah diantara perbualan kedua ibu bapanya.Syamizi tersenyum. Jemari isterinya digenggam erat. Tiba-tiba cawan berisi kopi yang masih panas terjatuh dan pecah ke lantai. Aiman tercegat.

“ Tengok! Ada saja yang kamu buat. Cuba duduk baik-baik! Kalau air tu tak tumpah tak sah!” Tempiknya membuatkan anak itu tertunduk ketakutan. Baju mamanya dipegang kejap.

Lengan Aiman dipegangnya kuat hingga anak kecil itu mula menangis. Pantas saja akhbar di tangannya hinggap ke kepala anaknya itu. Laila cuba menghalang tapi dia pantas dulu menolak isterinya ke tepi. Aiman dipukul lagi. Amirul menangis. Aimin mendapatkan mamanya.

“ Perangai macam beruk! Tak pernah buat orang senang!”

Laila bangun dari jatuhnya dan menarik lembut Aiman ke dalam pelukkannya. Airmata mereka bersatu. Pilu sungguh hatinya melihat kekasaran suaminya terhadap anak-anak.

“ Cukuplah pa…..Papa dah hukum dia tapi janganlah sebut yang bukan-bukan.” Ujar Laila perlahan.

Macamana awak didik budak-budak sampai macam ni teruk perangainya? Tengok anak orang lain ada macam ni? Anak Kak Long tu tak pulak macam ni. Panjat sana, kecah barang. Gila apa?” Omelnya kembali.

Syamizi meraut wajah. Bukan kepalang marahnya pada Aiman.Padanya anak itu tidak pernah dapat memuaskan hatinya. Ada saja salah Aiman di matanya. Ada saja kurang di hatinya terhadap anak-anak dan isteri. Tak cukup dengan perbuatan malah dia begitu mudah melemparkan kata-kata yang bukan-bukan terhadap mereka.

“ Tak boleh ke kamu senyap? Dalam sehari ni bolah tak kamu diam? Rimas betul duduk dalam rumah ni.”

Laila menyuruh anak-anaknya bermain di halaman belakang rumah. Memberi sedikit ruang buat suaminya menonton dengan tenang.Malang tak lama kemudian kedengaran tingkap kaca pecah.

“ Celaka betul!” Sumpahnya sambil menghempas akhbar ke meja.
“ Abang!”
“ Baik awak tengok anak-anak awak tu sebelum saya hambat dengan rotan! Perangai satu-satu macam orang tak siuman!” Getusnya kasar.

Akhirnya tingkap yang pecah kembali ganti. Cerita sumpah seranahnya petang itu hilang begitu saja. Laila berubah. Sikapnya yang pendiam menjadi semakin pendiam. Anak-anak juga sedikit menjauh. Tidak ada lagi cerita Amirul di tadika. Tak ada lagi kisah Aimin yang cemerlang di dalam sukan sekolahnya. Aiman juga tak lagi mahu memanggilnya makan.

Syamizi terasa puas hati. Barangkali itu saja caranya untuk memberi sedikit pengajaran pada anak-anaknya.


“ Pak Ngah, Eddie nak balik!” Syamizi terpana, dia mengangguk.
“ Kak Long balik dulu Mizi. Sudahlah! Kamu muda lagi. Carilah pengganti.”

Alangkah mudahnya kalau dia boleh bertemu lagi yang serupa seperti Laila.Laila tak ada yang kurang. Cuma dia yang tak pernah puas hati. Laila tak pernah merungut. Laila tak pernah membantah. Sepanjang usia perkahwinan mereka, Laila tak pernah meminta lebih dari apa yang dia beri. Laila cuma dapat gred B walau dia teramat layak untuk mendapat gred yang lebih baik dari A. “ Lailaaa….”

“ Papa nak kemana hensem-hensem gini?”

Dia tersenyum sambil menjeling ke cermin meninjau bayang isterinya yang kian sarat.

“ Wangi-wangi lagi. Dating ye?”
“ Saya ada makan malam di rumah bos besar. Dia buat makan-makan untuk staff.” Ujarnya masih leka membetulkan kolar kemeja batiknya.

“ Ikut boleh?”
“ Dia tak ajak family, Staff only!” Terangnya sedangkan difikirannya terfikir lain. Kali ini dia akan pergi ke jamuan itu dengan Helmi. Helmi akan menumpangkan Maria dan Harlina. Staff yang masih muda dan bujang.

“ Dalam setahun, papa selalu ke jamuan ofis tapi tak pernah pun bawa kami. “
“ Leceh kalau ada budak-budak. Bukan tau duduk diam. Lari sana sini, panjat itu ini.”
“ Papa pesanlah….”
“ Nantilah besar sikit.” Dalihnya
“ Kalau tunggu besar takut takde peluang. Nanti diaorang tu dah tak nak ikut pergi mana pun.”
“ Lagi senang. Saya kalau lasak-lasak ni buat hati panas je!”

Laila terdiam. “ Namanya budak-budak. Anak-anak papa tu lelaki.”
“ Saya pergi kejap aje. Lepas tu terus balik.”
“ Mama tanya sikit boleh?”
Dia mengganguk. “ Bos tak pelawa atau papa malu nak bawa mama dan anak-anak?”

Mereka ditinggalkan di rumah. Di jamuan itu ramai staff yang membawa keluarga mereka bersama. Pada Syamizi dia mahukan keselesaan sedangkan hakikatnya anak-anak staff yang lain lebih lasak dan nakal. Semeja hidangan untuk anak-anak staff berderai bila ada yang bermain tarik-tarik alas kainnya.

“ Never mind. Budak-budak memang macam tu. Kalau tak lasak tak cerdik. “ Ujar Mr. Kwai, tuan rumah.

Syamizi sedikit mengakui kata-kata itu. Anak-anaknya pun nakal tapi amat membanggakan dalam pelajaran.Namun dia rasa serba tak kena bila bersama mereka. Bimbang ada yang mengata yang bukan-bukan tentang anak-anaknya yang lasak apatah lagi tentang isterinya Laila. Bimbang dimalukan dengan perangai anak-anaknya. Bimbang jika dikatakan Laila tidak sepadan dengan dirinya.Dia lulusan luar negara sedang Laila cuma perempuan kampung. Tak pandai bergaya seperti staff wanita yang lain. Betullah jangkaan Laila, dia malu untuk memperkenalkan isteri dan anak-anaknya pada rakan-rakan.

“ Kalau tak suka, pulangkan!” Kata-kata itu semakin keras di fikirannya.

Pagi itu anak-anak sekali lagi dimaki sebelum ke sekolah. Semata-mata bila Aimin dan Aiman bergelut berebutkan tempat duduk di meja makan menyebabkan air cuci tangan tumpah ke meja. Berangnya tiba-tiba menguasai diri.Kepala kedua-duanya di lagakan sedangkan perebutan itu tidak pula disusuli dengan perkelahian.

“ Kamu semua ni…Kalau macam ni daripada ada elok tak ada.Menyusahkan!”

Laila merenung dalam….Matanya berkaca dan anak-anak kesekolah tanpa menyalaminya seperti selalu. Laila juga tidak berkata apa-apa sebelum menghidupkan enjin untuk menghantar anak-anak ke sekolah.Syamizi dapat melihat Laila mengesat airmatanya. Dia terus menghadap sarapannya. Sejenak dia terpandang hidangan untuk anak-anak yang tak bersentuh. Susu masih penuh di cawan. Roti telur yang menjadi kesukaan anak-anak juga tidak dijamah. Bekal di dalam bekas tidak di ambil. Pelik! Selama ini Laila tak pernah lupa…

” Kalau tak suka pulangkan!”

Kali ini dia benar-benar menangis. Laila dan anak-anak terus tidak pulang selepas pagi itu. Hari-harinya tak lagi diganggu dengan gelagat anak-anak. Rumah terus sunyi dan sepi. Tetap dia tak dapat tidur dengan lena. Di halaman belakang hanya ada kenangan. Kelibat anak-anaknya bergumpal dan berlari mengejar bola tidak lagi kelihatan. Riuh anak-anak bila mandi di bilik air juga tidak lagi kedengaran. Dia mula dihambat rindu. Hanya ada kesunyian di mana-mana. Hanya tinggal bola yang terselit dirumpun bunga.

Selaut rindu mula menghambat lubuk hatinya.Segunung kekesalan atas sikap kasarnya terhadap anak-anak menghantui dirinya.

Benarlah, kita hanya tahu harganya bila kita sudah kehilangannya.

Laila terus tidak pulang sekalipun dia berjanji untuk berubah. Laila pergi membawa anak-anaknya pagi itu bila kereta mereka dirempuh sebuah kereta lain yang dipandu laju. Laila pergi tanpa meninggalkan satu pun zuriat untuknya. Laila pergi membawa Aimin, Aiman, Amirul dan zuriat yang bakal dilahirkan dua bulan lagi…….

Dia menangis semahu-mahunya bila menatap wajah lesi anak-anak dan isterinya. Dia meraung memeluk tubuh Laila yang berlumuran darah.Kemudian dia memeluk tubuh kaku anak-anaknya satu persatu….

Hakikatnya Laila adalah kitab lama itu, lapuk bagaimana pun dipandangan harganya tak terbanding, dan kerana keengganannya Laila dipulangkan.

kafeteria upm 'cekik darah'???

Kafeteria UPM perlu dipantau


SEBAGAI pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) Semester 3, saya tertarik dengan penjelasan yang diberikan Ketua Komunikasi Korporat UPM, Abdullah Arshad, di dalam ruangan ini pada 19 Julai berkaitan harga makanan di kafeteria UPM.

Penjelasan yang diberikan beliau adalah berikutan aduan Bapa Prihatin, Selangor, keluaran 16 Julai yang bertajuk 'Nasi lauk ikan RM5 di Kafe UPM'. Sehubungan itu, pihak UPM menjalankan siasatan terhadap kafeteria dan syarikat induk yang memegang tender kafeteria di UPM. Hasilnya UPM mendapati harga nasi berserta sayur dan ikan kurang RM3.50.

Pada pendapat saya, siasatan yang dilakukan pihak UPM itu tidak menyeluruh kerana saya mendapati harga nasi serta sayur dan ayam boleh mencecah hingga RM5.50 di kafeteria Kolej 12,14,15 dan 16. Ini berbeza dengan hasil siasatan yang diperoleh pihak UPM.


Ada juga peniaga mengira harga seketul ayam mengikut saiznya. Jika saiz besar maka lebih tinggi harganya. Jika begitu, maka tiadalah harga tetap bagi sesuatu jenis makanan.


Kenaikan harga makanan amat ketara dan ini sudah pasti sangat membebankan pelajar. Sedangkan sebelum harga makanan naik iaitu pada semester lalu, kami sudah rasa terbeban kini ditambah pula kenaikan lain.

Dalam surat yang dihantar Ketua Komunikasi Korporat UPM itu juga ada menyatakan pihak universiti bersetuju menurunkan kadar bayaran royalti keuntungan kepada pihak universiti yang dikenakan kepada syarikat yang memegang tender kafeteria. Keputusan ini bagi menjaga kebajikan pelajar. Dengan adanya keputusan ini, sudah tentu dapat mengurangkan kadar sewa premis peniaga. Namun mengapa masih perlu menaikkan harga makanan yang sebelum ini sudah tinggi.

Bagi saya tiada apa-apa masalah lain di UPM ini selain masalah harga makanan. Saya harap pihak bertanggungjawab di UPM dapat menjalankan siasatan menyeluruh terhadap harga makanan di seluruh kafeteria UPM. Siasatan harus juga dengan menemubual pelajar di kafeteria berkenaan.

B.COMM 08,
UPM Serdang, Selangor.

-petikan SURAT Berita Harian Selasa, 22hb Julai 2008-




nie antara flyers yang ditampal di area kolej serumpun yang tgah amarah ngan harga makanan yang sgt mencekik darah....


komen aku : kalo nak dikira harga makanan di kafeteria upm nie mmg kebanyakannya SGT TIDAK MUNASABAH..aku mmg tak puas ati ngan harga2 makanan terutama di kafeteria kolej aku..sebab aku pon pernah terkena ngan harga 'cekik darah' dari makcik yg jual di kafeteria nie (sape yg tau kedai nasi padang tu tau la yg mane satu)...dlu aku mmg slalu gak la beli lauk kat kdai satu tu...sem2 dlu aku boleh terima lagi sebab harga dia mmg standard ngan kdai2 len..yg menjadi aku hanget bile aku tapau nasi sampai kena RM6.80!!!!pe cer nie mak cik oii..sila explain pe yg sampai harga tak masuk akal tu yg makcik nak jual kat student?dengan nasi+aym goreng+kuah sayur (yg ader fishball kecik 2ketul) pada pkol 4ptg (yang sememangnye lauk da sejuk sebab makcik tu masak pagi tadi) masuk dek akal ke ngan harga hampir rm7.00??pas pada hari tu aku mmg boikot abes-abesan kedai makcik yg 'bermata duitan' tu...dia tak tau ke slagi dia bagi harga tak masuk akal tu smakin wat org menyampah nak beli kat gerai dia..mase nie makcik boleh tersenyum lebar sebab student takde pilihan tgk la sok2 bile ader saingan ngan gerai len baru padan muke makcik...skang nie pon kalo aku nak makan aku tapau kat mapley mamak jek...aku tertarik dlm surat diatas kata "HARGA AYAM GORENG BERDASARKAN SAIZNYA"..agaknye nie le alasan paling bodoh bagi peniaga selain harga barang naik...kepada pengurusan kolej n upm ape lagi..takkan la nak student2 upm tiap2 minggu antar surat kat sokabar pasal harga makanan nie?jagalah imej upm yek..jgn sok2 dah busuk ngan harga makanan baru nak terhegeh2... >:(


nasib seorang kanak2 perempuan dan burung hering


Gambar di atas telah memenangi hadiah Pulitzer (Hadiah untuk gambar terbaik dunia bagi dunia kewartawanan) pada tahun 1994 dan dirakam oleh Kevin Carter. Gambar menunjukkan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Sudan sedang mencari makanan kerana Sudan ketika itu sedang dilanda kebuluran yang sangat teruk. Di belakangnya terdapat seekor burung hering sedang menunggu untuk meratah budak perempuan tersebut sekiranya dia mati. Walaubagaimana pun tidak dapat dipastikan nasib budak tersebut selepas gambarnya dirakam.

Kevin Carter merupakan seorang wartawan Afrika Selatan. Apa yang menyayat hati ialah beliau telah membunuh diri 2 bulan selepas dianugerahkan hadiah Pulitzer tersebut. Mengikut Judith Matloff, rakan lama beliau, kevin sering dilihat dibawah pokok sambil menghisap rokok bersambung-sambung dan sering menangis selepas beliau memenangi anugerah gambar tersebut.

Dalam notanya Kevin mencatatkan yang beliau tidak dapat melupakan peristiwa yang sentiasa menghantuinya. Pembunuhan, kemarahan, kesakitan, kelaparan, kanak-kanak yang cedera dan tembakan membabi buta semasa berada di sana.

-source from fikir2renung2.blogspot.com-


komen aku : dapat tak kita bygkan betapa tersiksanya kanak2 perempuan tu yang kebuluran dan hanya menunggu masa je utk menjadi santapan burung hering tu..Alhamdulillah,bagi kita di bumi bertuah Malaysia nie spatotnya kita seharusnya bersyukur sebab masih lagi mampu makan n minum dgn makanan2 yang berkhasiat dan lazat..takda sebab utk kita kelaparan..apatah lagi kita bebas dari perang,keganasan dan kebinasaan..cuma kita yang masih lalai dan tak sedar betapa beruntungnya kita dengan segala nikmat yang telah Allah beri pada kita..smoga kita semua menjadi manusia2 yang bersyukur..

mata vs mata hati





Katakan pada suatu hari anda pergi bersiar-siar di tepi pantai. Di hadapan anda terbentang laut luasnya saujana mata memandang. Tiba-tiba melintas sebuah bot di hadapan anda. Apa yang anda fikirkan? Bergantung bagaimana anda melihatnya samada dengan mata atau mata hati. Apa bezanya? Banyak sekali. Bagai langit dengan bumi. Satunya anda tak dapat apa-apa manakala satu lagi anda diberikan ganjaran pahala yang besar.

Melihat dengan mata:
Apa yang anda nampak ialah sebuah bot melintas di hadapan anda. Bot itu berwarna kuning. Ada dua orang nelayan di atasnya. Air laut berwarna agak kemerahan kerana ketika itu cuaca masih pagi dan terdapat balikan cahaya matahari di atasnya.

Melihat dengan mata hati:
Anda nampak laut yang terbentang luas. Di bawahnya terdapat pelbagai jenis spesis hidupan laut dan batu karang. Kesemuanya diberi rezeki oleh Allah. Nelayan itu pula sedang membawa hasil tangkapan untuk dijual. Pendapatan dari jualan tersebut digunakan untuk menyara keluarganya pula. Kemudian anda melihat awan. Terapung-apung tanpa tiang menyokongnya. Matahari pula jutaan batu jauhnya. Tapi kepanasannya tidak tertanding dengan kepanasan api neraka.

Nampak bezanya. Setiap saat anda memikirkan kejadian ciptaan Allah nescaya itu lebih baik dari anda sembahyang sepanjang malam. Betapa besarnya pahala yang dikurniakanNya. Tapi malangnya manusia mudah lupa kerana terlampau banyak nikmat yang dianugerahkanNya...

-source from fikir2renung2.blogspot.com-

komen aku : mata hanya nampak dari lahiriah saja..mata hati pula dpt nampak ape yg tersirat disebalik yang tersurat..mmg kite hanya nampak luaran sahaja tapi hakikatnya byk lagi perkara yg kita sendiri sebenarnya tak sedar n nampak kalau kita dapat menggunakan dengan mata hati...renung2kan

have a nice day




Have A Nice Day - Bon Jovi

Why, you wanna tell me how to live my life?
Who, are you to tell me if it's black or white?
Mama, can you hear me? Try to understand.
Is innocence the difference between a boy and a man.
My daddy lived the lie, it's just the price that he paid.
Sacrificed his life, just slavin' away.

Ohhh, if there's one thing I hang onto,
That gets me through the night.
I ain't gonna do what I don't want to,
I'm gonna live my life.
Shining like a diamond, rolling with the dice,
Standing on the ledge, I show the wind how to fly.
When the world gets in my face,
I say, Have A Nice Day.
Have A Nice Day

Take a look around you; nothing's what it seems
We're living in the broken home of hopes and dreams,
Let me be the first to shake a helping hand.
Anybody brave enough to take a stand,
I've knocked on every door, on every dead end street,
Looking for forgiveness,
what's left to believe?

Ohhh, if there's one thing I hang onto,
That gets me through the night.
I ain't gonna do what I don't want to,
I'm gonna live my life.
Shining like a diamond, rolling with the dice,
Standing on the ledge, I show the wind how to fly.
When the world gets in my face,
I say, Have A Nice Day.
Have A Nice Day.

[Guitar Solo]

Ohhh, if there's one thing I hang onto,
That gets me through the night.
I ain't gonna do what I don't want to,
I'm gonna live my life.
Shining like a diamond, rolling with the dice,
Standing on the ledge, I show the wind how to fly.
When the world gets in my face,
I say, Have A Nice Day.
Have A Nice Day.
Have A Nice Day.
Have A Nice Day.
Have A Nice Day.

When The world keeps trying, to drag me down,
I've gotta raise my hands, gonna stand my ground.
Well I say, Have A Nice Day.
Have A Nice Day
Have A Nice Day

komen aku : yeahh!!rockin' baby...lagu nie mmg wat aku rasa nak melompat2 bila dgr...kalo dgr lagu nie pagi2 cam ader semangat gak..bley jadi ceria jek kalo tension2..have a nice day 2 everybody...:D

keheningan pagi di hentian bas kolej serumpun,upm

"eh,ader megasale ke kat sini?",ujar brader baju biru depan tu yang xdpt menerima kenyataan xdpt nek bas sambil tersipu malu..





macam nak berperang pon ader tym nak nek bas nie...



mintak maaf yek nie bukan nye ade konsert sure heboh kat kolej kitorg..bukannye ader artis ziffi ke zinel ke dtg wat konsert jelajah astro...nie le realiti n rutin harian aku n memember yang nak menunggu bas setiap pagi...
bayangkan dgn student dari 4buah kolej (kolej 12,14,15,16 yang mane stiap kolej ader 4-5 blok) tgu bas yang same nak pegi ke kwsn akademik...sape2 yang lambat lebey dari pkol 7.10pg alamatnye terperangkap la nak berebut ngan manusia2 nie...bygkan ngan 85% perempuan yang tgu bas..aku sebahagian dari golongan minoroti yang hampir pupus nie la yang terpakse nak berebut same ngan golongan majoriti yang mengusai hentian bas nie...skang da takde lagi istilah 'ladies first'..skang '1st come,1st serve'...sape cepat dia dpt...hehe...walopon memember aku ader yang bwk motor tapi disebabkan nak mengurangkan penggunaan minyak kitorg pon nek le bas beramai2...at least bley gak kurangkan pelepasan karbon monoksida dari asap motor..hehehe

p/s: kepada pemandu2 bas upm..tolong la dtg ngan lebey awal..takde le aku jadi cam sardin pagi2 kene rempuh (walopon bdnku besar tapi tetap gak kne rempuh...adoyai) (-_-!)

aku cuma ada seorg adik



Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah, ayah memanggil kami berdua.Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah."Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik
terjelepok di lantai, ayah merungut:
"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik.Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.
"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"
Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.
"Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.
Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"
"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,"
aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....
"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya
memujuk ayah.Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
"Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang
datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni.Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Akucukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.Dalam suara antara dengar dan tidak, aku
bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak
seperti selalu."Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik.Kami berdakapan.
"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?"
kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.
"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya,
"Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku
ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


~Aisyah~


-source from scukz.com-


komen aku : citer nie mmg menyentuh perasaan..bagi aku walopon aku tak dpt jadi mcm 'adk' dlm citer nie..tapi aku tetap cube utk jadi seorg adik@abg yang baik utk family aku..aku dedikasikan wat family aku yang tercinta.

aku syg ma,ayh,kaklong,kakngah,kakcik,mimi n arif..

the dark knight






WHY SO SERIOUS???- THE JOKER
yahaaaa...utk citer "the dark knight" kali nie aku bagi 5bintang penuh!!!!yeahh tahniah3x :D

aku n memember aku pegi tgk citer nie tym first day kuar wyg...(17 Julai 2008)...mmg aku tetunggu2 nak tgk citer nie...sblom nie asyik tgk trailer jek (yg mmg gempak n wat aku tertarik nak tgk) so mane bley tak tgk citernyer lak kan..

ngan durasi 2jam setengah mmg rasa cam tak cukup (walopon da cukup panjang utk sesebuah filem)...1st aku mmg salute n teruje ngan JOKER..yeah,cerita nie nampak hidup ngan karekter Joker yang evil+jahat+kijam+licik tahap gile babas....mmg 2thumbs up utk mendiang Heath Ledger yang betol2 menjiwai n menghidopkan watak Joker ngan baek skali....u r da best!!

dari segi plotnyer pon menarik ngan membawa skali asal usul terhasilnya watak 2face a.k.a harvey dent dari seorg penegak keadilan n menjadi harapan baru bagi batman sblom undur diri tetapi akhirnya menjadi seorg pembalas dendam..walopon watak 2face (yg mane bile muke da berubah...sgt ngeri lagi kijam kalo nak dibandingkan 2face dalam batman forever) tu kejap tadi watak dia cukup membantu cerita nie...ngan emosi rachel si awek batman mati ditambah ngan kecacatannye lagi mmg wat batman rasa makin bersalah...

watak batman plak bagi aku ckp tersiksa ngan Joker dari mula cerita sampai habis...yang menariknye tentang batman mestila bat-pod...yaa batman bertuah ngan gadjet2 canggih kalo tak sure kalah ngan joker..ha-ha-ha (idop joker :D)..

secara keseluruhannye 'the dark knight' mmg sebuah filem francais batman yang TERBAIK yang pernah aku tgk...filem2 batman sebelom nie (agak kanak2an dari segi kostum n fighting...hehehe :p)...so sesape yg belom tgk lagi cepat2 la tgk...mmg dijamin puas ati!! :)

uSPOT@upm...




akhirnye setelah 2sem a.k.a setahun aku menunggu ader gak wireless kat blok aku...yg bestnye btol2 sebelah bilik aku diorg pasang..yeah mmg bertambah2 la aku syg kat bilik aku nie...
epi2 gak la tapi ader syarat nak gunenye...

1.pelajar hanya diberi kredit 40jam sahaja dalam seminggu sahaja utk melayari internet.

2.pelajar dihadkan penggunaannya sehingga jam 1.00 pagi sahaja.

bagi aku tak kesah la 40jam ke ape atleast ader la gak utk aku surf internet..lagipon sem 3 nie jadual aku agak padat ngan kuliah n lab...nway aku mmg rase sronot hari nie...hehehe

duit2 dimana kau duit!!!




sem baru dah start....dgn semangat berkobar2nye aku melangkah kembali ke Universiti Putra Malaysia sbagai student 2nd year...niatnye dapat je duit ptptn mcm2 aku nak gune (bukan utk joli2 tapi mmg utk kegunaan sendri)....akhirnya baki ptptn sem 3 nie HANYA RM500 sahaja..diulangi SAHAJA!!..adoyai...camne aku nak survive dlm 5bln akn datang nie...duit2!!di mana kau duit!!!!arghhhh!!!

sepi

Photobucket
Photobucket Photobucket

Photobucket



sape yang dah pernah tgk filem sepi angkat kaki???haha


minggu lepas aku kne pakse ngan adik aku yang beriye2 nak tgk citer sepi..hello!pe kes tgk citer malaysia nie..ye la kebanyakannye citer cam same jek (lagi2 kalo citer prof razak mohaideen tu mmg aku paling tak suker tgk...)..adik aku punye le promote tgk cite nie mcm2...last2 aku pon terpakse le teman kan dia tgk kat tgv jusco seremban 2..

ape yg aku fikir n sangke pasal citer nie mmg meleset same skali...citer nie mmg superb n best antara filem2 malaysia yang pernah aku tgk..rasa cam tak rugi sgt duit aku beli tiket wayang...

Citer “Sepi” start dengan accident yang melibatkan tiga watak utama, Adam (Afdlin Shauki), Sufi(Tony Eusoff) dan Imaan (Baizura Kahar). Dari situ lah Khabir Bakhtiar kembangkan citer dari satu watak ke satu watak.

Kisah sepi pertama mengenai Adam yang mencintai seorg perempuan yang akan berkahwin tapi dlm masa yang same dicintai seorg perempuan yang agak 'sikit' gila..(tak ley blah tgk Nasha Aziz blakon jadi pompuan gile tu..lol)..

Kisah sepi kedua pulak pasal Sufi yang kehilangan isteri tercinta..menyesal dan rasa bersalah kerana tak dapat gunakan masa utk same2 ngan anak dan isteri..dlm keadaan sepi lagi pilu tu akhirnye Sufi berjumpe ngan cinta keduanya yg mane isteri org....

Kisah sepi ketiga plak pasal Imaan yang selalu berimaginasi sendiri dan tidak dapat menghadapi kenyataan di saat pintu hatinya diketuk jejaka sekolej, lakonan Syed Hussein.

ape yang aku suke dari citer sepi nie sinematografinya mmg indah, shot2 and angle kamera juga cantik, so bila start ja cerita nih, mata korang akan terpina…..terpukau dek keindahan sinematografinya, tambahan pula kalau korang tgk kat wayang…..

satu lagi dgn runut2 bunyi dlm filem nie..cam terbawa2 n feeling je biler tgah layan...dgn kesemua pelakon dgn lakonan yang hebat...ditambah ngan skrip super tangkap layan n menarik..

pada aku citer nie aklu bley bagi 4 1/2 drp 5 bintang..cayalah!!


gempar!!homer simpson sebenar dijumpai...!!



hehehe...kalo btol la homer nie wujud kat bumi nie..mmg jadi huru hara taknye...d'oh!!!


-source from scukz.com-

sayangi kereta anda





macam2 cara nak mencegah kereta daripada kene curi..ape2 pon usehe2 nie mmg patot gak dipuji walopon cam....lawak :lol: