lepak-lepak malam merdeka


masa untuk makan



cuti merdeka ni membuatkan aku bosan...pertama,tak dapat balik kampung (walaupun sebenarnya cuti sehari je)..kedua,kawan-kawan ramai dah balik kampung (memang 'jealous' aku ngan diorang)..

malam 30 Ogos 2008,aku rasa tahun ni tak dapat tengok bunga api kat putrajaya..agak sedih juga la..rupa-rupanya ada lagi budak-budak aku yang tak balik..yeah ada harapan nak tengok bunga api..hehe


abg : pul,jom kuar malam ni..tengok bola
aku : yeke,tak tgk bunga api ke?
abg : tak kot..jom la tgk bola arsenal lawan newcastle sambil 'shisha' kat maulana seri kembangan
aku : yeke, okeh gak..layan je la

jadi,malam tu aku,abg,fizi,zack,al hafiz,akem,halim,hayat dan herman pon keluar lepak..sampai2 je kat maulana seri kembangan takde shisha la plak jual malam tu..agaknya tokey shisha tgk bunga api kot..hehe dengan semangat dan tekad diorang ni tetap gak mencari restoran mamak kat tempat lain...pusing punya pusing (dekat setengah jam naik motor) akhirnya kitorang lepak di restoran mamak A B C di Cheras Perdana..aku pon tgah lapar gila (sebab tak makan malam lagi) pekena lak roti nan cheese + teh tarik kurang manis..masing-masing order makanan n layan shisha (kecuali al hafiz,hayat dan herman).

malam merdeka ni mengingatkan aku pada 'seseorang'..kali pertama aku hantar sms dengan ucapan selamat hari merdekake-49 kepada 'si dia'..alhamdulillah dah 2 tahun aku mengenalinya..hehehe

kitorang lepak sampai pukul 3 pagi..memula rancang nak 'overnight' je tapi masing-maisng dah mengantuk..apa yang aku dapat pada malam merdeka hanyalah sekeping roti nan cheese + teh tarik dengan arsenal menang 3-0 jer..hehehe

joker parody-made in malaysia

video

komen aku:tadaaa...ah-ha-ahah...joker sudah kembali..opss,jangan terkejut..ini bukan kemunculan semula heath ledger sebagai joker...bukan senang tau nak jumpa joker versi pandai cakap melayu.. aku jumpa video ni dalam LAN kolej aku...err apa-apa pun joker parody ni memang sangat sengal..kredit untuk pelakon joker parody ni.. :D

"i thought my jokes were bad...ngeeeyah-ha-ha-ha"



perogol bersiri most wanted!!








DEAD or ALIVE : RM 100,000




mangsa dalam keadaan trauma

jika diberi pilihan terakhir



komen aku : kartun nie nampak mmg simple + lawak....makan adalah permintaan terakhir sblom dia mati...tapi camne plak kalo kita yang berada dalam situasi nie..pe permintaan terakhir kita..?makan?duit?perempuan?kereta?atau selamat dalam 'alam' yang satu lagi?

bagi kita yang masih hidup nie..jgn lupa ajal maut dah ditentukan..cuma menunggu masa tiba Allah memanggil kita..smoga kita semua sedar dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya..

Pertanyaan Untuk CINTA

Pertanyaan Untuk CINTA




"Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di
dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami ... menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

sejauh mana anda tahu tentang alam kubur



Kita selalu mendengar tentang alam kubur. Alam yang penuh misteri di mana sangat sedikit yang kita ketahui. Selalu yang kita bayangkan ialah bila seseorang itu mati maka datanglah malaikat Mungkar dan Nakir bertanyakan soalan kepada si mati. Sekiranya si mati tidak dapat menjawabnya maka kubur akan menghimpitnya sehingga menjadi sehelai rambut.

Namun pasti ada soalan yang akan timbul. Bagaimana kalau tak ada kubur? Kalau mati dan ditanam di kubur itu biasalah tetapi bagaimana pula kalau mati ditelan binatang buas? Contohnya seperti gambar di atas di mana separuh badan mayat tersebut sudah tidak kelihatan. Mungkin hancur dimakan ikan. Akan adakah soalan-soalan kubur untuk si fulan?

Jawabnya tetap ada. Kerana kubur merupakan alam ghaib maka di mana kita mati dan bagaimana caranya bukanlah sesuatu yang penting. Yang paling mustahak ialah adakah kita mati dalam keadaan bertaqwa kepada Allah ataupun dalam keadaan yang lalai. Sudahkah kita menyediakan segala persiapan untuk menghadapinya?

Jawapannya ada pada diri anda...

iklan merdeka petronas 2008





komen aku: korang dah tgk iklan petronas sempena merdeka 2008?menarik kan?walopon tak jelas mesej kemerdekaan dalam iklan nie tapi sebenarnya byk maksud tersirat yang kita sendiri tak sedar..contohnya semangat berusaha dan cara nak selesaikan masalah dengan usaha sendiri tanpa mengharapkan pertolongan org lain (yang jelas nak tunjuk supaya org melayu boleh berubah)..scene yang paling menarik mase ayh aiman bagi buku akaun bank utk aiman...sgt menyentuh ati bg aku (rasa nak nangis pon ade)...ape2pon mesej jelas yang nak disampaikan ialah kita perlu berusaha sendiri dan kejayaan pasti ada...selamat hari merdeka ke-51 utk semua ^_^

apa ada pada rumput


Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am .

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.


Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya.. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.


Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

melayu oh melayu

Di mana boleh cari ramai Melayu
Pastinya di Kelantan dan Trengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh dan sebelum ini di Pudu
Dan di jalan, lumba haram tak buka lampu
Dan di selekoh duit rasuah depa sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan candu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu

Apa hobi orang Melayu
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Sambil makan junk food kacang dan muruku
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu

Boleh tak jumpa mereka di kedai buku
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat ke situ
Kenapa Melayu jadi begitu
Nak salahkan sapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah malas selalu
Nak harap kerajaan saja bantu
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh sapa dulu
Dan suka sangat dengan budaya mengampu

Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa termaju
Boleh, dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah al Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dulu
tapi apakah yang kita tahu,cuma baca nak halau hantu


komen aku : aku terjumpa puisi nie dlm satu blog..aku tertarik ngan setiap kata2 dlm puisi ni...macam seolah2 mende tu dekat je ngan kita..kebanyakannye mende yang selalu berlaku dlm masyarakat melayu tu sendiri..'penyakit2' dlm melayu nie lah yang menampakkan kita lemah dan boleh dipergunakan...jgn nak cepat melenting cepat melatah bila satu hari nanti melayu senang2 kne pijak n diperbodohkan (walopon realitinya dah jadi camtu skang)..'Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum tu melainkan kaum itu sendiri yang mengubah nasib mereka sendiri'..bangkitlah wahai bangsaku...

kuasa minda


komen aku: menakjubkan kan?walopon ejaan salah tapi kite still dpt baca n faham...so hargailah anugerah akal dan minda yang kite ada...

fikir dan renung

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah BERKAT.

Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.

Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.

Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.

Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.

Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat..
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.

Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.

Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.

Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.

Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.

Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.

MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.

Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat!
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera
meninggalkan maksiat dan memperbanyakkan ibadat.

-(Petikan ucapan Ustaz Hj. Akil Hayy Rawa)-



kasihnya ibu


klik gambar untuk lebih jelas


komen aku : betapa kuatnye perasaan kasih ibu gorila nie kpd anaknya walaupon dah mati...bygkan gorila pon boleh paham erti kasih sayang..tapi ada gak manusia yang lebih 'binatang' dari binatang sendiri...ade yang buang anak,dera anak sampai mati n macam2 lagi...sayangilah anak2 anda dan jadilah lebih 'manusia'

apa yang lelaki suka dan tak suka tentang wanita

Lelaki suka:

-Sikap kelakar
-Budi pekerti dan kesopanan
-Murah hati
-Senyuman manja
-Pandai memasak
-Pandai dalam mengenakan pakaian
-Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya
-Tak mudah naik angin
-Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak
-Tak terlalu seksi dalam berpakaian
-“Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”
-Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya
-Berwawasan atau bercita-cita tinggi
-Mempunyai keyakinan diri yang tinggi
-Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.
-Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira
-Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi
-Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki
-Wanita yang mengambil berat tentang lelaki
-Sikap keibuan
-Sukakan kanak-kanak
-Suara lembut tanpa dibuat-buat
-Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun
-Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat
-Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki
-Tahu bersyukur
-Pandai berjimat-cermat
-Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal
-tidak memperkecilkan kebolehan dan kelemahan lelaki
-wanita solehah dan teguh pendirian


Lelaki Tak Suka:


-Wanita yang suka mengumpat
-Sombong dan bongkak
-Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki
-Hisap rokok
-“Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…
-Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki
-Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian
-“Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”
-“Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”
-Wanita yang hipokrit
-Pembohong dan suka mencari alasan
-Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki
-Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka
-Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang
-Pengotor dan pemalas
-Tak bertanggungjawab langsung
-Tak pandai mengemas
-Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan
-Kuat berleter walau hal remeh temeh
-Boros berbelanja
-Tak tahu memasak
-Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati
-“Queen Control” atau suka mengarah-arah
-Tak pandai bergaya atau selekeh
-Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli
-Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu
-Panas baran
-Kuat merajuk dan sukar dipujuk
-Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi
-Tak mahu mengakui kesilapan dan ego

-petikan dari www.tentangcinta.com-

komen aku: bagi pendapat aku, ni antara ciri2 yang penting yang patut n x patot ada pada seorang perempuan..so kepada yg rasa ada ciri2 wanita idaman tu teroskan atitud anda dan kepada wanita yang ade byk ciri2 wanita 'hampeh'..cube2 lah ubah...jgn sok2 korg nyesal tak sudah....hehehe

perpaduan teras kejayaan


logo merdeka 2008

sedar tak sedar dah masuk pertengahan Ogos 2008...tapi bagi aku suasana sambutan merdeka tahun ini mmg tersgt kureng...biasenye kat tv macam2 iklan merdeka dari mcm2 syarikat swasta ada...kereta2 yang ada atleast mesti ade letak bendera malaysia..bangunan2 n rumah2 pon tak kurang gak kibar jalur gemilang...tapi tahun nie mmg tak nampak sgt suasana tu...
kerajaan da tetapkan perbelanjaan utk sambutan kemerdekaan tahun nie dikurangkan (sebab sambutan 50thn merdeka thn lepas da pakai belanje besar)...so mungkin sebab tu lah xde kedengaran kempen ke kurang banner2 yg ade pasal sambutan merdeka...logo merdeka tahun nie pon dah ubah (mmg len dari yg sebelomnye)..moto pon dah tukar 'PERPADUAN TERAS KEJAYAAN' (yang slama beberapa tahun nie pakai moto yg same je 'KERANAMU MALAYSIA')..bagi akulah tak semestinye tgu kerajaan je nak bagi bendera free ke tgu nak heboh2 pasal semangat merdeka nie..inisiatif kite la nak kibarkan bendera ke ape2 ke kan..so xde sebab la kite nak padamkan tros semangat kemerdekaan..

rasanye kehangatan sambutan kemerdekaan tahun nie dah kne tenggelam ngan pilihanraya kecil kat permatang pauh..ape2 pon tak kire lah ape2 jgn kite hilangkan semangat kemerdekaan kite...selamat menyambut bulan kemerdekaan ke-51

-agak2 moto PERPADUAN TERAS KEJAYAAN tu boleh pakai ke ngan situasi politik skang ek >_<

tension+sedih+sadis+menyanyat hati



kerosakan kronik






tatapan terakhir


tanggal 11hb Ogos 2008..nsetku bernama se k550i telah selamat koma dan lumpuh separuh fungsinye...(nset aku rosak skrin n keypad xberfungsi) huk3 sdey lagi pilu hati ini..baru genap 1tahun 2bulan bersame aku suke dan duka..kenangan manis bersama..mengimbau zaman merakam gambar aku dan lain2...oh pasti aku merinduimu buat selamanye...selamat tinggal wahai temanku k550i....

nak baiki nset nie jek da dkat 2rat..huk3 (lebey kurang nak beli nset baru)...semoga aku dpt nset baru a.s.a.p (walopon hakikatnye duit sudah kekeringan) >_<

kalau haiwan dapat berkacuk....



pernah tak korg bygkan camne agaknye kalo sumer haiwan kat muke bumi nie dpt berkacuk n membiak ngan mane2 je jenis n spesis ..agak2nye mungkin akan jadi cam kat bwh nie :







frog + crocodile = frogodile




dog + eagle = dogle



rabbit + cat = rabbat


walrus + parrot = walrot



chimpanzee + panther = chimpanther




dog + monkey = dogey



dog + parrot = dorrot

suria perkasa hitam vs kamen rider black


henshin!!!


ngan battle hopper beliau yang manje

setelah bertahun2 aku mencari citer nie akhirnye ader gak org share kat LAN kolej aku....rindu giler kat citer nie (tak silap aku mase aku umor 4-5 thn)....KAMEN RIDER BLACK IS BACK!!!

aku pon tak sure ape name melayu dia dolu2..(ader kate SATRIA BAJA HITAM...ade gak kate SURIA PERKASA HITAM)...sape2 yang sezaman kanak2 ngan aku mesti knal punye ikon superhero nie ..yang paling segar dalam kepala n tak leh lupe TENDANGAN PADU MAUT (yg originalnye RIDER KICK),cara Kotaro nak bertukar jadi kamen rider(HENSHIN!) n BATTLE HOPPER nye...aish tak kesah la ape2pon yg penting aku da ader koleksi citer nie dari episod 1 sampai tamat (sebelom bertukar jadi KAMEN RIDER BLACK RX)..

HENSHIN!!!!!


uspot prob

Gangguan Perkhidmatan uSPOT

Perkhidmatan uSPOT akan tergendala dari Sabtu 09/Ogos/2008 10:00 pagi hingga Ahad 10/Ogos/2008 6:00 petang disebabkan oleh kerja-kerja menaiktaraf sistem rangkaian UPMNet yang mana bukan sahaja mengganggu sistem uSPOT, tetapi hampir keseluruhan UPM.

Perkhidmatan uSPOT di Kolej 10, 11 dan 17 dijangka tidak menghadapi masalah berkenaan.

Segala kesulitan amatlah dikesali.

uSPOT CENTER


-huhuhu...setelah menunggu sampai hari nie (selasa 10.00 am) baru dpt on9...prob btol uspot nie.....

soklan untuk A-level

soalan:


klik gambar untuk lebih jelas


okeh...kali ni aku nak kongsi ngan korg soklan A-level dari Ireland..jgn igt soklan untuk dak A-level diorg nie cam standard dak2 spm n matriks kite...kalo korg x nak spoil jgn tgk gambar jawapan kat bwh nie..cube korg fikirkan dlu camne nak jawab soklan kat atas nie dalam mase seminit...selamat mencube :)

















jawapan:

klik gambar untuk lebih jelas

so camne?agak2 dapat tak jwb dlm seminit?sure ade antara korg tergaru2 gak kan..mende yang kite rase sgt mudah je bile kite da tau jwpn sebenar..sape dpt jwb dlm mase seminit korg leh tersenyum bangga la sebab korg nie mmg standard A-level Ireland..hehehe.. :)