kelayakan untuk menjadi pengganti 'the joker'



kami sedang mencari ciri-ciri seperti berikut :



#1 - anda sentiasa berfikir hidup ini sempit




#2 - boleh melakukan aksi-aksi pelik (bukan terkejut@sawan)



#3- mampu menyerang musuh tanpa belas kasihan



#4- berkebolehan mengubah mimik muka (menakutkan musuh)



#5- mampu bertenang walaupon diri diancam bahaya



#6- anda sentiasa merasa..keseorang dan amat takut..seperti..anda diekori...ataupon diancam bahaya....(tahap psiko tertinggi)


anda rasa ciri2 seperti dinyatakan ada pada diri anda?tahniah..anda mungkin bergelar :











THE JOKER

ingat sebelum kena

video

komen aku : nie ler padahnya bila wat sesuatu kerja dengan gopoh n melulu..mau tak melecur telinga mamat tu...sabor je lah ye bang >_<

spongebob squarepants shooting di Malaysia


2-3 hari yang lepas , sedang aku bersiar2 di ibukota, betapa terkejutnya aku bila aku dengan tidak sengaja berjaya menemui watak kartun favourite aku sedang elok2 aje lepak cuti2 Malaysia. Kerana kesian tgk beliau keletihan, aku tak mahu la mengganggu beliau yang tgh syok merehatkan diri beliau selepas penat shooting kartun SpongeBob Squarepants musim terbaru...




kesian beliau kepenatan....

perlu tahu ke? #1


terdapat 2600 spesies katak di seluruh dunia
termasuklah yang berhabitat di pelusuk benua
kecuali Antartika





ketika seseorang itu terbersin,seluruh organ
badan akan berhenti termasuk jantung.
Bersin yang kuat mampu mencapai 150km per jam
dengan jarak kejauhan 2-3 meter.





seorang penembak tepat (sharp shooter)
digelar TIRAILLEUR







Musang jantan tidak akan mencari pasangan
baru setelah kematian pasangannya.
Menandakan ia hanya memerlukan satu pasangan
seumur hidup.Tetapi musang betina akan mencari
pasangan baru setelah pasangannya mati.

cute + genius

video


komen aku : kocik2 dah pandai...tatau la dak kecik chomey+cute+kawaii nie mmg berbakat semulajadi @ mmg kne ajar secara pakse dari mak ayh dia..ape2po senyuman chomey dia menampakkan dia sememangnya genius..unbelievable? ^_^

jangan pandang belakang

video


percaya atau tidak?korang pikirlah sendiri ...(eii seram la plak) >_<

kaedah kreatif PATI (pendatang asing tanpa izin) seludup masuk

bukan senang2 je PATI nie dapat seludup masuk kat negara kita. Diorang pon ade gak pemikiran kreatif dan di luar jangkaan.Jangan terkejut yek...:p



kreativiti 1 : menyorok dalam beg pakaian.

kreativiti 2: dalam rear seat (uhuk2..lemas laagi merimaskan)


kreativiti 3 : dalam dashboard (mmg hebat akak nie melipat masuk)


kreativiti 4 : dalam enjin kereta (memang sanggup kamikaze..salute lah )


juara kreativiti : dalam front seat keta (sangat rakus mas parjo dan wak kencoro nie)
ape2pon..don't try diz at home k....:p

mengapa hanya perempuan melayu sahaja menjadi mangsa rasuk

Kes ini berlaku betul diruang pelajar perempuan membasuh kain.Berlaku diasrama puteri. Kebanyakan yang terkena rasukan adalah gadis melayu dan tidak pernah ada kes berlaku pada pelajar kaum cina dan india . Di mana salahnya........

Kita ikuti percakapan antara bomoh melayu dan syaitan.
kes histeria disekolah kat BSB......

Misteri di Asrama Puteri terjawab!

Suatu hari, ada seorang ketua bomoh yang begitu berani hendak
berjumpa dengan sekumpulan jin yang berlegar2 di asrama hinggakan mereka merasuk sebilangan pelajar di sekolah itu.

Ketika sampai di sebuah bilik, ketua bomoh pun membaca sejenis mantera. Selepas membaca mantera, ketua bomoh pun memanggil ketua jin itu. Lalu ketua jin itu pun datang.

Dengan menunjukkan wajah rupanya yang begitu hodoh dan jijik.
Hinggakan ketua bomoh yang begitu berpengalaman itu pun hampir2 pengsan dibuatnya! Hinggakan mayat reput pun lebih baik dari wajah si ketua jin itu!!!

Tapi si ketua bomoh tetap kuatkan semangatnya yang jitu. Lalu si
ketua bomoh pun bertanya dengan kuat dan nyaring, menampakkan semangatnya yang tidak kendur walaupun terlihat sesuatu yang begitu menakutkan itu.

"Mengapa kau rasuk pelajar sekolah di sini hah? Jawap!!!"
Kenapa gadis melayu jadi sasaran kau wahai syaitan yang direjam"

Dengan menarik nafas panjang, si ketua jin pun menjawab...

""Siapa Bilang Gadis Melayu Tak Menawan
Tak Menarik Hati, Tiada Memikat"
"Kalaulah Memang, Tak Mungkin Aku Tertarik
Kalaulah Sungguh, Tak Mungkin Aku MERASUK...""

""Aduhai... kekekeekeeee...""

Dah jangan dok mengulat dan mempercayai perkara tahyul.....pi buat keja cepat.. :p

realiti sebuah kehidupan


HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti .

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua
kita lebih baik kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
adalah pemberian Allah secara percuma dan
carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
nyawa dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP CUMA ADA2 PILIHAN
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA2 TEMPAT

Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula ada 6 dan apabila
hilang salah satu daripadanya maka hilanglah ia.

Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya
terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
dan puncaknya adalah SOLAT ... Amat sukar untuk dipercayai
bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan mereka yang sengaja melalaikan solat,
umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem ...
apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
pada penerimanya ... lalu dia pun berkata
setemnya akan dihantar kemudian.
Ada2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda ... atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur
atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita ...

Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
secara percuma untuk kita berzikir mengingati~Nya
setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali
kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang ...
lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
kita redha dan Allah meredhai.

Semoga kita semua berbahagia & sejahtera senantiasa
... di dunia jua di akhirat kelak serta di dalam rahmat Allah s.w.t.

*Dipetik dari laman Tranungkite.net

bazar ramadhan di sri serdang

Bulan puasa tak sah kalau takde bazar ramadhan berdekatan ngan tempat korang..aku nak kongsi ngan korang suasana bazar ramadhan di sri serdang (bersebelahan dengan UPM).

tempat : kawasan parkir berhadapan dengan kfc,mc donald dan kedai2 runcit
masa jualan : seawal jam 3.30 petang - 8.00 malam
jarak dari kolej aku : 10minit dengan menaiki motorsikal
tarikh
(ketika gambar diambil):3 september 2008 (hari ke-3 berpuasa)
cuaca
(ketika gambar diambil) : mendung2 suram (hampir hujan)





orang ramai berpusu-pusu datang






sesak lagi menyesakkan






kuih muih yang membuat perutku rancak berkeroncong






ayam panggang yang membuatkan aku kecur liur


walaupun byk pilihan makanan yang mampu buat kita rambang mata tapi kita kena sentiasa beringat dan sentiasa mengawal hawa nafsu kita dari boros.masa nielah kita diuji dengan kemewahan juadah untuk berbuka.ingat!kita berpuasa bukan semata2 untuk menikmat waktu berbuka sahaja sebaliknya melatih dan menguji tahap kesabaran dan keteguhan kita mengawal hawa nafsu..semoga kita tidak ditahap 'melantak sakan'..hehehe selamat berbuka kawan-kawan :-)

keLANte mari!!


jangan terkejut ye..gambar ini bukan diambil dari lapangan terbang pengkalan chepa,kelantan...aku terjumpa gambar ni di internet..jelas gambar ini diedit dengan menggunakan photokedai...agak2 apa yang akan terjadi kalau papan tanda ini benar2 wujud di lapangan terbang ye?boleh terima atau tidak? hehehe :p

juadah bersahur


roti + jem epal yang dibakar bersama milo panas




sedia untuk dimakan



menonton anime One Piece sementara menunggu azan Subuh


roti bakar antara menu utama juadah sahur aku selain megi..tak kisahlah makanan apa2 pon yang penting keberkatan dan fadhilat sahur tu yang aku nak..kepada mereka yang bersahur,jangan terus tidur nanti terlajak pulak subuh..jangan puasa dalam keadaan sia-sia yek..hehehe :p

Ramadhan Kembali




Ramadhan dah kembali.rindunya aku pada bulan yang penuh keberkatan ni.rindu dengan suasana berpuasa,rindu dengan limpahan pelbagai nikmat aneka juadah untuk berbuka,rindu dengan solat terawikh berjemaah,rindu untuk makan sahur dan akhirnya kita bertemu kembali ya Ramadhan.

Bulan Ramadhan bukanlah bulan untuk kita berpuasa menahan diri dari nafsu sahaja.Tetapi lebih kepada melatih diri kita sendiri.Antara amalan-amalan baik yang dapat kita lakukan sepanjang bulan keberkatan ni seperti:

1. Mengucapkan selamat menyambut Ramadan.
2. Menempah pakaian untuk Ramadan.
3. Niat puasa sebulan pada permulaan Ramadan.
4. Sebelum tidur, bacalah empat ayat terakhir surah al-Kahfi supaya dapat bangun malam.
5. Berazam melakukan solat Tarawih 20 rakaat.
6. Bertadarus secara beramai-ramai.
7. Solat jemaah setiap waktu.
8. Solat berjemaah di masjid atau surau.
9. Amalkan qiamullail walaupun sekejap.
10. Sahur pada akhir waktu
11. Untuk mengelak makanan tidak hadam ketika bersahur, elak mengambil makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
12. Mandi janabat sebelum imsak.
13. Kurangkan tidur.
14. Tunaikan solat sunat Fajar (Subuh.)
15. Tunaikan solat Dhuha.
16. Tidur waktu cuti (sejam sebelum Zuhur).
17. Tunaikan solat sunat Rawatib.
18. Jaga pancaindera.
19. Elak mengosok gigi pada waktu petang.
20. Selalu hadir majlis ilmu.
21. Buat baik kepada ibu bapa.
22. Isteri hendaklah taat kepada suami.
23. Banyak bersedekah.
24. Berbuka dengan tiga biji kurma dan air mineral.
25. Berbuka bersama orang tua.
26. Jemput tetamu berbuka.
27. Kurangkan berat badan.
28. Banyak melakukan ibadat sunat seperti membaca. al-Quran, solat dan berzikir di masjid.
29. Perbaiki hubungan suami isteri.
30. Perbaiki hubungan dengan jiran.
31. Isteri elak keluar rumah memakai mekap dan perhiasan.
32. Elak berbelanja berlebihan.
33. Tingkatkan kesabaran.
34. Banyak berselawat, istighfar dan bertasbih.
35. Berazam untuk beramal pada malam Lailatul Qadar.
36. Mengejutkan isteri dan anak pada malam Lailatul Qadar.
37. Elak menonton televisyen yang mengandungi bahan yang boleh menaikkan nafsu.
38. Elak mendengar radio berunsur hiburan.
39. Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
40. Jauhkan perbuatan bercumbu dengan suami atau isteri.
41. Mendoakan ibu bapa sama ada hidup atau meninggal dunia.
42. Melazimkan solat waktu.
43. Elak bersiar-siar sebelum berbuka sehingga boleh mengurangkan pahala berpuasa.
44. Elak banyak berhutang.
45. Merasa sedih meninggalkan Ramadan kerana bimbang tidak bertemu lagi dengan Ramadan akan datang.
46. Tunaikan zakat fitrah.

Bagaimana pon,kita tak boleh nak tunggu bulan Ramadhan je nak buat semua ni.Seharusnya kita amalkan di bulan2 yang lain juga . Selamat menunaikan ibadah puasa :-)