perbezaan wanita dan lelaki bila bertemu kawan



klik gambar untuk lebih jelas


komen aku : tak dinafikan lah kebanyakannye mmg camnie bile seorang wanita berjumpa dengan kawannye berbanding lelaki..segala aspek n benda nak di komen n dipersoalkan..korang rasa camne?hehehe :p

camne nak buka pintu kereta yang berkunci dengan 'hanger'




komen aku: kepada yang selalu lupa@tertinggal kunci dalam keta leh le praktikkan kaedah nie..tapi jgn salah guna plak kaedah nie utk pecah masuk kereta org..aku tak redha..dosa tanggung sendri yek..selamat mencube ^_^

My name is Bond..'Datuk' James Bond...


-BERITA HARIAN, 26 Oktober 2008-

komen aku : tak mustahil gak tu..kpd encik Bond kalo nak shooting wat le di Melaka yek..sok2 mane le tau leh jadi Yang Berhormat..:D (gelak jap)

sarapan pisang


Diet terbaru di Jepun diasaskan ahli farmasi untuk suami

TOKYO: Satu cara diet baru yang dikatakan dapat menurunkan berat badan dengan pantas dan tidak mendatangkan tekanan kini melanda Jepun dinamakan 'Diet Pisang Waktu Pagi', lapor akhbar Sydney Morning Herald.

Kaedah itu berkemungkinan cara pemakanan paling mudah diikuti di dunia. Malah, populariti diet itu menyebabkan masalah kekurangan pisang paling teruk teruk dihadapi di negara Matahari Terbit.

Akibatnya, harga pisang meningkat, namun permintaan untuk buah itu tidak menunjukkan tanda menurun dan lebih 600,000 salinan buku mengenai diet berkenaan terjual.

Kegilaan itu mencapai tahap baru bulan lalu apabila Sistem Penyiaran Tokyo menyiarkan program televisyen menunjukkan bekas penyanyi opera Jepun yang gemuk, Kumiko Mori, kehilangan tujuh kilogram berat badan selepas ikut diet itu.

Diet itu diasaskan ahli farmasi Osaka yang begitu berminat dengan perubatan herba China.

Sumiko Watanabe mulanya memikirkan diet untuk suaminya, Hitoshi.

Selepas enam bulan, Hitoshi makin langsing dengan berat 59 kilogram daripada 72 kilogram.

-Berita Harian , Jumaat 24 Oktober 2008-

komen aku: aku pernah praktikkan masa aku di matrikulasi..actually sarapan ngan pisang nie bagus untuk tenaga permulaan untuk kita mulakan hari daripada makan nasi lemak@roti canai..korg pon boleh cube tapi jgn pulak tym lunch/dinner makan nasi berpinggan2..dah tak sihat dah diet tu..hehehe.ape2pon diet yang sihat xperlu menyiksakan diri n membuatkan kita berlapar..makan utk pembekal tenaga saje n bukannye mkn untuk melantak (walaupon kekadang tu aku pon same gak :P)

apa yang suami dengar..


komen aku: tak sume kot para suami camnie..hehe tapi mungkin ade betolnye gak..:p

pengertian cinta bagiku..kau pula bagaimana?


aku tau..
bukan senang untuk perlukan perubahan..
byk benda yang kita rasa selesa..
byk benda yang kita rasa tiada kesan walaupun hakikatnye tak..
byk benda yang kita ambil mudah..
tapi itu yang aku pilih..
kau juga sama...
kenapa?
kau fikir yang sama dengan aku fikir?

siapa yang ambil kisah..
aku aku kau kau...
sebelum bercinta...janji manis..
penuh dengan kata2 waspada..
jaga dia dengan betul..
akhirnya janji tinggal janji..
yang penting aku aku kau kau..
yang penting aku bahagia..

dulu aku bahagia...
seperti berada di awan...
terbang meluncur ke sana kesini..
seperti pasangan burung..
aku selesa keadaan sekarang..
jangan kacau kebahagian aku..
ini hidup aku..

ya..itu dulu..
aku tetap aku..kau tetap kau..
tapi ini ke yang aku mahu..?
kini aku sedar..
jika aku dambakan dia..
jika aku cintakan dia..
tapi bukan dengan hanyut dibuai gelora perasaan..
dan nafsu semata-mata..
tapi bagaimana dengan perasaan aku..?
bagaimana dengan kasih sayang aku selama ini..?
bagaimana cintaku sebelum ini..?
dapatkah aku kawal kesemuanya?

aku sedar..aku tetap aku..
hanya aku yang mampu mengubah..
ubah diri aku..jadi yang lebih baik..
walaupun keputusan yang diambil itu berat..
sakit macam dihiris..
tapi aku sedar..tanpa perubahan..aku masih macam dulu..
masih di awan-awangan..
dan jika silap langkah..
terbabas ke lembah durjana..
simpang malaikat 44...

ya,aku sayangkan dia..
dia juga sama sepertiku..
cinta itu bukan dosa..
cinta itu anugerah..
cinta itu satu fitrah..
tetapi,cinta Ilahi yang hakiki,
sejauhmana cinta terhadap makhluk-Nya,
tetap tidak boleh setanding cinta kepadaNya..
jika aku sayangkan dia..
mengapa perlu aku bawa dia..
ke lembah durjana?
itukah pengertian cinta aku terhadap dia?

aku sedar..
dengan berbekalkan doa..
dan keredhaan dari-Nya..
aku dapat melalui semua ini..
jika aku sayangkan dia..
aku perlu jaga maruahnya..
dan kembali ke jalan yang sepatutnya..

aku berserah pada-Nya..
Ya Allah,kuatkan semangat ku..
kuatkan imanku...
jika dia milikku..
temukanlah aku dengan dia..
satukan kami..
dengan ikatan yang sah..
itulah kenikmatan
dan kebahagian yang sebenar..
yang aku cari...

kau pula bagaimana?
aku tetap aku..kau tetap kau..
kau tak rasa apa yang aku rasa?
kisah aku sama seperti kisah kau juga?
mahukan perubahan?
bersedia untuk berubah?
tepuk dada tanya selera....

perlu tahu ke? #3 - info tentang kentut..what da fart!!!



Dari mana asal kentut?

Dari gas dalam usus.
Gas dalam usus berasal dari udara yg kita telan, gas yang menerobos ke usus dari darah, gas dari reaksi kimia dan gas dari bakteria dalam perut.

2. Apa komposisi kentut?

Bervariasi. Makin banyak udara anda telan, makin banyak kadar nitrogen dalam kentut (oksigen dari udara diaserap oleh tubuh sebelum sampai di usus). Adanya bakteria serta reaksi kimia antara asam perut dan cairan usus menghasilkan karbon dioksida. Bakteria juga menghasilkan metana dan hidrogen. Propors masing-masing gas tergantung apa yang anda makan, berapa banyak udara tertelan, jenis bakteria dalam usus, berapa lama kita menahan kentut. Makin lama menahan kentut, makin besar proporsi nitrogen, kerana gas-gas lain terserap oleh darah melalui dinding usus. Orang yang makannya tergesa-gesa kadar oksigen dalam kentut lebih banyak kerana tubuhnya tidak sempat menyerap oksigen.

3. Kenapa kentut berbau busuk?

Bau kentut kerana kandungan hidrogen sulfida & merkaptan. Kedua bahan ini mengandung sulfur (belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam makanan anda, makin banyak sulfida & merkaptan diproduksi oleh bakteri dalam perut & makin busuklah kentut anda. Telur & daging mempunyai peranan besar dalam memproduksi bau busuk kentut. Kacang-kacang berperanan dalam memproduksi volume kentut bukan dalam kebusukannya.

4. Kenapa kentut menimbulkan bunyi?

Kerana adanya vibrasi lubang `anus` saat kentut diproduksi. Kerasnya bunyi bergantung pada kecepatan gas.

5. Kenapa kentut yg busuk itu hangat & tidak berbunyi?

Salah satu sumber kentut adalah bakteria. Fermentasi bakteria & proses pencernaan memproduksi panas, hasil sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil dan hangat dengan produk metabolisme bakteria yg berbau busuk. Ini kemudiannya menjadi kentut, walau hanya kecil volumenya,tapi SBD (Silent But Deadly)

6. Berapa banyak kentut diproduksi sehari?

Rata-rata setengah liter sehari dalam 14 kali kentut.

7. Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur?

Kerana density-nya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas? Tidak demikian. Gerak peristaltik usus mendorong isinya ke arah bawah. Tekanan di sekitar `anus` lebih rendah. Gerak peristaltik usus menjadikan ruang mempunyai tekanan, sehingga memaksa isi usus, termasuk gas-nya untuk bergerak ke kawasan yang bertekanan lebih rendah, iaitu sekitar `anus`. Dalam perjalanan ke arah `anus` gelembung-gelembung kecil bergabung jadi gelembung besar. Kalau tidak ada gerak peristaltik, gelembung gasakan menerobos ke atas lagi, tapi tidak terlalu jauh, kerana bentuk usus yg rumit & berbelit-belit.

8. Berapa waktu yang diperlukan oleh kentut untuk melakukan perjalanan ke hidung orang lain?

Bergantung kepada kondisi udara, seperti kelembaban, suhu, kecepatan & arah angin, berat molekul gas kentut, jarak antara 'transmitter' dengan 'receiver'. Begitu meninggalkan sumbernya, gas kentut menyebar & konsentrasinya berkurang. Kalau kentut tidak dikesan dalam beberapa detik, bererti ianya mengalami pengcernaan di udara & hilang ditelan udara selama-lamanya. Kecuali kalau anda kentut di ruang sempit, seperti lift, kereta, konsentrasinya lebih banyak, sehingga baunya akan berlegar dalam waktu yang agak lama sampai akhirnya diserap dinding.

9. Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, kalau masih hidup. Sesaat setelah meninggalpun orang masih boleh kentut.

10. Betulkah lelaki kentut lebih kerap daripada perempuan?

Tidak ada kaitannya dengan gender... Kalau benar, bererti perempuan menahan kentutnya, & apabla mahu kentut, banyak sekali jumlah yg dikeluarkan.

11. Saat apa biasanya orang kentut?

Pagi hari di toilet. yang disebut "morning thunder". Kalau resonansinya bagus, boleh didengar di seluruh penjuru rumah.

12. Mengapa makan kekacang menyebabkan banyak kentut?

Kekacang mengandung zat gula yg tidak boleh dicerna tubuh. Gula tersebut (raffinose, stachiose, verbascose) jika sampai di usus, bakteria di usus berpesta & membuat banyak gas. Jagung, kubis, susu juga penyebab banyak kentut (bukan baunya!).

13. Selain makanan, apa lagi penyebab kentut?

Udara yang tertelan, makan terburu-buru, makan tanpa dikunyah, minum `soft drink`, naik pesawat udara (kerana tekanan udara lebih rendah, sehingga gas di dalam usus mengalami ekspansi & muncul sebagai kentut).

14. Apakah kentut sama dengan sendawa, tapi muncul dari lain lubang?

Tidak... sendawa muncul dari perut, komposisi kimianya lain dengan kentut. Sendawa mengandung udara lebih banyak, kentut mengandung gas yang diproduksi oleh bakteria lebih banyak.

15. Kemana perginya gas kentut kalau ditahan tidak dikeluarkan?

Bukan..tetapi diserap oleh darah, bukan hilang kerana bocor..Tapi bermigrasi ke bahagian atas menuju usus & pada gilirannya akan keluar juga. Jadi bukan lenyap, tapi hanya mengalami penundaan.

16. Mungkinkah kentut terbakar?

Boleh saja. Kentut mengandung metana, hidrogen yg combustible (gas alam mengandung komponen ini juga). Kalau terbakar, nyala-nya berwarna biru kerana kandungan unsur hidrogen.

17. Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?

Jangan mengada-ada... konsistensinya lain. Juga suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

18. Mengapa kentut anjing & kucing lebih busuk?

Kerana anjing & kucing adalah karnivor (pemakan daging). Daging kaya dengan protein. Protein mengandung banyak sulfur, jadi bau kentut binatang ini lebih busuk. Lain dengan herbivor seperti kambing, kuda, gajah, yang memproduksi kentut lebih banyak, lebih lama, lebih kuat bunyinya, tapi relatif tidak berbau.

19. Betulkah pening kepala kalau mencium bau kentut 2-3 kali berturut-turut?

Kentut mengandung sedikit oksigen, mungkin sedikit saja anda mengalami pening kepala kalau mencium bau kentut terlalu banyak.

20. Apakah warna kentut?

Tidak berwarna. Kalau warnanya `orange` seperti gas nitrogen oksida, aka tahulah siapa yang kentut..hehehe

21. Apakah kentut itu asid atau neutral?

Asid, kerana mengandung karbondioksisa (CO2) & hidrogen sulfida (H2S).

22. Apa yang terjadi kalau seseorang kentut di planet Venus?

Planet Venus sudah banyak mengandungi sulfur (belerang) di lapisan udaranya, jadi kentut di sana tidak ada kesannya. Wallahu`alam


-jumpe dari artikel org indon-

menang toyota?


komen aku : sabo je lah kak..hahaha

exam mode

tarikh kejadian : 24,29,30 Oktober dan & 7 November

subjek yang di ambil sem ini : Hidrologi Dan Sumber Air, Meteorology, Prinsip Bilogi Alam Sekitar, Etika,Masyarakat dan Alam Sekitar dan Perencanaan Program

*semoga aku berjaya dengan jayanya...amin.... >_<

Huang Chuncai - lelaki tumor muka





Huang Chuncai berumur 32 tahun, berasal dari China ini sedang menunggu untuk pembedahan kali ke 2 di hospital Guangzhou. Dia sedang menanggung tumor seberat 10 kg. di mukanya. Tumor beliau sebelum ini ialah seberat 23 kg dan telah dibuang pada pembedahan peringkat pertama dahulu.

Kesian kan? tapi masih ada di antara kita yang masih mengeluh dan tak berpuas ati dengan kekurang fizikal diri..ape2 pon kita perlu igt tiada yang sempurna dalam hidup nie..ape yang kita ada kita perlu bersyukur kerana masih mampu melakukan perkara2 lain,masih mampu bergelak ketawa,masih mampu makan dan macam2 lagi...semoga kita menjadi manusia yang bersyukur..

seni itu subjektif #1 - tangan 'haiwan'









komen aku : bukan semua leh ade imaginasi cam pelukis nie..sape sangka ngan tangan pon leh jadi macam2...agak2 kalo mintak lukis muke aku kaat tangan leh jadi same tak..:p

daddy cool - Boney M




Shes crazy like a fool
What about it daddy cool

Shes crazy like a fool
What about it daddy cool
Im crazy like a fool
What about it daddy cool

Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool

Shes crazy like a fool
What about it daddy cool
Im crazy like a fool
What about it daddy cool

Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool

(spoken) shes crazy about her daddy
Oh she believes in him
She loves her daddy

Shes crazy like a fool
What about it daddy cool
Im crazy like a fool
What about it daddy cool

Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool
Daddy, daddy cool


komen aku : kembali ke zaman agogo..haha..saje share sebab aku rasa nak tergelak je bile tgk video clip boney m nie..haha..jangan marah peminat boney m...tapi lagu layan gak :-p

perlu tahu ke #2 - tips2 penting untuk ibu mengandung

komen aku : aku mmg salute giler lah kat penulis n pelukis tips2 ibu mengandung nie..pecah perot aku gelak..tapi ada betulnye gak kan... lol (^0^)























anugerah datuk untuk shah rukh khan


Shah Rukh Khan terima darjah Melaka bawa gelaran Datuk

Oleh Amirullah Andi Nur

MELAKA: Artis Bollywood, Shah Rukh Khan, menerima anugerah Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk sempena sambutan Hari Jadi ke-70 Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Khalil Yaakob, hari ini.

Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, berkata penganugerahan itu sebagai menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia.

"Bagaimanapun tarikh majlis penyampaian anugerah itu belum ditentukan lagi," katanya pada sidang media di Seri Negeri, Ayer Keroh dekat sini, semalam.

Selain Shah Rukh Khan, tiga artis veteran tanah air pula menerima Darjah Seri Melaka (DSM). Mereka ialah Goh Eng Boon atau lebih dikenali Henry Goh; Jantan Osman atau lebih popular dengan panggilan Ali Mamak dan penyanyi keroncong, Mariam Ahmad.


Saadon turut mengesahkan tiada pemimpin dan ahli Umno disenaraikan untuk menerima anugerah tahun ini kerana Kod Etika Pemilihan Umno tidak membenarkan anggota parti itu dianugerahkan darjah dan pingat kebesaran negeri.


-sumber Berita Harian Online, Sabtu 11 Oktober 2008-

komen aku : aku pelik+hairan+x paham knape mamat nie leh dapat gelaran datuk..diaa nie rakyat Malaysia ke? besar sgt ke sumbangan dia terhadap industri pelancongan di Malaysia?nampak sgt murah benar title 'datuk' tu sampai sape2 je leh dapat...tak hairanlah kalo mase akan datang 5 dari sepuluh rakyat Malaysia berpangkat 'datuk' takde cucu..aihh sabo je laa >_<

anak-anak ibarat kain putih...



komen aku : nampak kelakar jugak budak2 tadika pon tau ape tu f*ck..tapi bukan ke nie menampakkan kurangnye didikan dari mak ayah kepada budak nie..sendiri mau igt lah.. :p