Nan unnai kathalikaraen



English = I love you
Afrikaans = Ek het jou lief
Albanian = Te dua
Arabic = Ana behibak (to male)
Arabic = Ana behibek (to female)
Armenian = Yes kez sirumen
Bambara = M'bi fe
Bangla = Aamee tuma ke bhalo aashi
Belarusian = Ya tabe kahayu
Bisaya = Nahigugma ako kanimo
Bulgarian = Obicham te
Cambodian = Soro lahn nhee ah
Cantonese Chinese = Ngo oiy ney a
Catalan = T'estimo
Cheyenne = Ne mohotatse
Chichewa = Ndimakukonda
Corsican = Ti tengu caru (to male)
Creol = Mi aime jou
Croatian = Volim te
Czech = Miluji te
Danish = Jeg Elsker Dig
Dutch = Ik hou van jou
Esperanto = Mi amas vin
Estonian = Ma armastan sind
Ethiopian = Afgreki'
Faroese = Eg elski teg
Farsi = Doset daram
Filipi no = Mahal kita
Finnish = Mina rakastan sinua
French = Je t'aime, Je t'adore
Gaelic = Ta gra agam ort
Georgian = Mikvarhar
German = Ich liebe dich
Greek = S'agapo
Gujarati = Hoo thunay prem karoo choo
Hiligaynon = Palangga ko ikaw
Hawaiian = Aloha wau ia oi
Hebrew = Ani ohev otah (to female)
Hebrew = Ani ohev et otha (to male)
Hiligaynon = Guina higugma ko ikaw
Hindi = Hum Tumhe Pyar Karte hae
Hmong = Kuv hlub koj
Hopi = Nu' umi unangwa'ta
Hungarian = Szeretlek
Icelandic = Eg elska tig
Ilonggo = Palangga ko ikaw
Indonesian = Saya cinta padamu
Inuit = Negligevapse
Irish = Taim i' ngra leat
Italian = Ti amo
Japanese = Aishiteru
Kannada = Naanu ninna preetisuttene
Kapampangan = Kaluguran daka
Kiswahili = Nakupenda
Konkani = Tu magel moga cho
Korean = Sarang Heyo
Latin = Te amo
Latvian = Es tevi miilu
Lebanese = Bahibak
Lithuanian = Tave myliu
Malay = Saya cintakan mu / Aku ci nta padamu
Malayalam = Njan Ninne Premikunnu
Mandarin Chinese = Wo ai ni
Marathi = Me tula prem karto
Mohawk = Kanbhik
Moroccan = Ana moajaba bik
Nahuatl = Ni mits neki
Navaho = Ayor anosh'ni
Norwegian = Jeg Elsker Deg
Pandacan = Syota na kita!!
Pangasinan = Inaru Taka
Papiamento = Mi ta stimabo
Persian = Doo-set daaram
Pig Latin = Iay ovlay ouyay
Polish = Kocham Ciebie
Portuguese = Eu te amo
Romanian = Te ubesk
Russian = Ya tebya liubliu
Scot Gaelic = Tha gra\dh agam ort
Serbian = Volim te
Setswana = Ke a go rata
Sindhi = Maa tokhe pyar kendo ahyan
Sioux = Techihhila
Slovak = Lu`bim ta
Slovenian = Ljubim te
Spanish = Te quiero / Te amo
Swahili = Ninapenda wewe
Swedish = Jag alskar dig
Swiss-German = Ich lieb Di
Tagalog = Mahal kita
Taiwanese = Wa ga ei li
Tahitian = Ua Here Vau Ia Oe
Tamil = Nan unnai kathalikaraen
Telugu = Nenu ninnu premistunnanu
Thai = Chan rak khun (to male)
Thai = Phom rak khun (to female)
Turkish = Seni Seviyorum
Ukrainian = Ya tebe kahayu
Urdu = mai aap say pyaar karta hoo
Vietnamese = Anh ye^u em (to female)
Vietnamese = Em ye^u anh (to male)
Welsh = 'Rwy'n dy garu
Yiddish = Ikh hob dikh
Yoruba = Mo ni fe
Dusun = Muhang oku dia
Iban = Aku sayau ke nuan.
Kenyah = Ake' kelo' iko'
Kayan = Akui nyalam ika'
Bidayuh = Aku nyalau amu
Kadazan = guminavo zou diau
Lundayeh = uih mawa nemuh
Bisaya = aku suka ikau

ungkapkanlah kasih sayang anda dengan menvariasikan pelbagai bahasa.. :-)

bila dah terlalu obses dengan 'cinta'

Gadis 'bergaduh' dengan teman ugut terjun tingkat 10



REMAJA perempuan berdiri di atas bumbung tingkat 10 sebuah hotel dipercayai cuba membunuh diri dipujuk anggota bomba dan gambar kecil seorang anggota bomba pelatih menenangkan gadis terbabit selepas diselamatkan.

KUALA TERENGGANU: Seorang gadis berusia 18 tahun yang cuba membunuh diri dengan mengugut terjun dari tingkat 10 sebuah hotel di bandar raya ini berjaya diselamatkan, apabila mangsa pengsan akibat keletihan selepas lebih dua jam berada di atas bumbung bangunan itu.

Tindakan nekad gadis berasal dari Kuantan yang bekerja di sebuah salun di bandar raya ini cuba membunuh diri dalam kejadian bermula kira-kira jam 1.35 tengah hari itu turut mencuri tumpuan orang ramai untuk melihat adegan cemas itu sehingga menyebabkan kesesakan teruk sepanjang Jalan Pattani, di sini.

Kesesakan teruk itu memaksa polis menutup jalan berkenaan dan menyuraikan lebih 300 orang yang memenuhi jalan itu untuk menyaksikan kejadian yang berlaku.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, berkata gadis berkenaan yang dilihat tidak lepas memegang tiang besi sambil mengugut untuk terjun setiap kali cuba dihampiri pasukan penyelamat dikatakan bergaduh dan kecewa dengan sikap teman lelakinya.

Beliau berkata, cubaan mangsa untuk terjun membunuh diri disedari seorang anggota bomba pelatih, Mohd Asyraf Zarin, 22, yang tinggal di kawasan berhampiran sebelum bertindak pantas memaklumkan kepada polis dan bomba yang datang ke lokasi kejadian 10 minit kemudian.

"Gadis itu cuba dipujuk oleh Mohd Asyraf, seorang pegawai polis, Inspektor D Selva Kumar dan seorang pakar psikiatri, bagaimanapun, dia enggan turun dan meminta untuk bercakap dengan teman lelakinya. Tidak lama kemudian, teman lelakinya yang berjaya dihubungi, tiba dan cuba memujuk.

-Berita Harian, Sabtu 22 November 2008-





komen aku : aii singkat betul pemikiran budak perempuan nie..nie le akibatnye bila dah terlalu obses dengan cinta..baru gaduh dah nak ugut bunuh diri..tindakan bahlol macam nie le yang menyusahkan orang lain..tak pasal2 jalan raya jadi sesak,tak campur lagi bomba dengn polis terpaksa datang nak selamatkan budak bodoh nie..kalo mati pon sia-sia je..mati disebabkan pakwe 'peniaga ayam'..kalo dah jatuh hah mati ayam la ko jawabnye.. nak je aku tempeleng diorang nie..kesian mak ayah diorang,rasa-rasanya abih malu nak tunjuk muka dengan orang kampung..aii macam-macam

kepada mereka yang rasanya terlalu obses dengan cinta..fikir2kanlah yek..jangan buat sesuatu benda tu melulu supaya tak menyusahkan orang lain..

aku dan facebook


profil 'facebook'ku

rasanya kepada kaki2 internet nie mesti rasa aku ni ketinggalan zaman kan?hahaha :-P
ye aku baru je kenal ape tu facebook..nie le aku nak bercerita sikit tentang facebook..
aku baru jer mendaftarkan diri dalam arena facebook..kenapa pulak facebook yek?
sebenarnya aku bukannya nak masuk sangat facebook nie..setelah aku di'promote' oleh seng supaya daftarkan diri dalam facebook..aku pon saje la usha2 sket ape yang ada dalam facebook nie..

bagi mereka yang dah dari kecik membesar ngan friendster dan myspace..mungkin agak sukar untuk korang membiasakan diri dalam facebook nie..tapi fungsi asal tetap sama iaitu 'ENJIN SOSIAL'.. lebih kurang sama je dengan myspace dan friendster.

pertama kali aku guna facebook nie..aku rasa ia agak sedikit rumit dan perlu explore dulu baru paham macammana fungsi dan kelebihan2 yang ada dalamnya.bak kata pepatah 'tak kenal maka tak cinta'..hehehe :-p

kalo dalam myspace korang leh letak macam2 theme yang pelik lagi berkelip2..lagu2 yang keluar tetiba bila buka profil (yang korang rasa cantik dan sedap didengar tapi hakikat orang yang menengoknye huduh nak mampos dan menyakitkan telinga je) tapi facebook nie berbeza..takde theme2 tu semua..semua macam dalam gambar kat atas..mesti korang rasa bosankan?hehe :-D

tapi yang uniknya facebook nie dia dia HANYA perlukan nama betul dan nama samaran korang je..dah takde la nama 'kupu2 malam' ke, 'rotibakar ke', 'kicap' ke, nama yang ada simbol2 %$$% ke ( contohnye cam '#bonzer&cj')..nampak sikit la kematangan dari segi tu

yang uniknya lagi dalam facebook nie dia ada byk sangat aplication2 yang korang boleh letak dalam facebook korang..memang le tersangat2 serabut bila terlalu byk korang letak benda tu sume dalam facebook..apa2pon pepandai la susun dan kemaskan sendiri sebelum korang bertambah2 pening nak guna aplication yang korang letak tu sendiri

aku bukanlah nak mempromosikan facebook nie..xde sesen pon aku dapat dari owner facebook..hehe tapi cukup ler sekadar nak berkongsi jer..hehe kepada kengkawan dan sesiapa yang dah ada facebook..leh la addkan aku ye cipuding_294@yahoo.com..jumpa di facebook yek ^_^

orang kata, aku kata

Orang kata…enjoy sementara muda,hidup panjang lagi ,
dah tua nanti taubatlah…
Aku rasa…orang muda hidup memang baru bermula, tapi belum tentu panjang lagi, entah esok lusa izrail datang menjemput…

Orang kata…exam tu susah, kena banyak berkorban,
kena study itu,ini…
Aku rasa…exam tu senang, dah tau tarikh untuk diuji , dah ada rujukan , tapi kalau ajal , entah bila tak ada siapa pun tau , banyak pulak tu peringkatnya : Munkar Nankir,neraca Mizan, titian Sirat , syurga Neraka…

Orang kata…have fun on your birthday, buat party,
enjoy sepanjang hari…
Aku rasa…setiap hari , kita makin hampir dengan kematian
tapi Allah masih beri masa beribadah , bertaubat…

Orang kata…belajar mesti sungguh-sungguh , dah graduate nanti enjoy, pergi disko, puaskan nafsu , baru puas…
Aku rasa…betul ke hati dah puas? Dah cukup ke ibadah nak tempah kubur luas-luas? Dah siap ke kenderaan nak lalu Siratul Mustaqim? Dah cukup ke zikir untuk santapan rohani? Dah cukup ke amalan nak booking Syurga???

Orang kata…kita ada 24 jam sehari, tapi tak cukup masa nak bahagi : nak lepak kat CyberCafe , nak tengok wayang, nak pergi
disko, nak pergi dating, nak enjoy…
Aku rasa…setiap manusia ada 24 jam sehari, tapi ada ke masa nak solat tak sampai 5 minit? Ada ke masa nak buat qiamullail? Ada ke masa nak baca al-Quran walaupun sehelai dalam sehari? Ada ke masa nak beribadah , nak bertaubat lepas banyak buat dosa pada Allah ???

kemana cheese & cappucino?


awak,

kenapa saya tukar tajuk blog nie kepada nasi lemak coco crunch dan bukannya cheese & cappucino..?

cheese & cappucino, asal tajuk bagi blog nie..saya pilih sebab saya rasa ia mmg kenangan terindah untuk kita..tu sebab saya jadikan ia tajuk untuk blog saya sebelum ni..

hampir 6 bulan saya berblog..saya rasa saya nak tukar tajuk blog nie kepada tajuk yang lain..bukan sebab saya dah melupakan kenangan kita..tapi sebab saya suka dengan gambar nasi lemak dan coco crunch yang saya ambil masa saya join trip di port dickson..

kenapa pulak nasi lemak coco crunch?

ok2, sebab saya pilih tajuk baru nie sebagai simbolik je untuk blog saya nie...saya suka menulis macam2 perkara..suka kongsi macam2 benda dan kongsi maklumat dan saya salurkan ke blog nie..dalam satu hidangan sarapan pagi awak boleh pilih nak makan nasi lemak ke coco crunch atau kedua-dua sekali..sama dengan blog nie..awak boleh pilih sama ada nak baca,nak komen atau tak nak baca..semua tu terpulang..yang pasti saya suka cerita macam2 perkara..

minta maaf ye..bukan niat saya nak lupakan cheese & cappucino..jangan salah faham ye....cheese & cappucino tetap kenangan manis buat saya dan juga awak..

persahabatan kita tetap selamanya...insyaallah


-post nie ditujukan untuk seseorang-

nasib rakyat Malaysia dibaham harimau di Zoo Singapura






klik gambar untuk lebih besar

kredit untuk put_272 dari scukz..

JOHOR BAHRU: Gambar kejadian ngeri mem*censored*tkan seorang lelaki warga Malaysia, Nordin Montong, 32, dibaham tiga harimau Bengal putih di Zoo Singapura mula tersebar luas di Internet.

Gambar berkenaan turut disiarkan di akhbar republik berkenaan, The New Paper yang menyebut ia disumbangkan beberapa pengunjung yang merakam kejadian itu menggunakan perakam video dan telefon bimbit.

Jumaat lalu, akhbar The New Paper dengan tajuk ‘4 Minutes of Terror’ melaporkan pengalaman sekumpulan tujuh remaja yang meluangkan masa bersama di zoo berkenaan.

Seorang saksi yang merakamkan kejadian itu, Nizam Zainal, 16, dilaporkan berkata pada mulanya mereka menyangka kejadian itu antara pertunjukan zoo kepada pengunjung.


Ketika itu, Nizam dan enam rakannya berehat selepas menjalani peperiksaan O-Level, tiba-tiba terkejut apabila terdengar percikan kuat dalam kolam di kawasan kandang haiwan ter*censored*t.

“Saya melihat seorang lelaki berjalan perlahan-lahan dalam kolam itu sambil membawa sebatang penyapu dan satu baldi di tangannya.

“Lelaki itu kelihatan tenang dan menjerit ke arah harimau ter*censored*t, seolah-olah ingin mendapatkan perhatian menyebabkan saya berfikir, dia kakitangan zoo yang mahir dengan pertunjukan harimau,” katanya.

Ketika itu, Nizam berkata, seekor daripada tiga harimau itu terus meluru ke arah kolam itu dipercayai tertarik dengan bunyi percikan air.

Nordin yang bekerja sebagai pencuci zoo dikatakan berjalan tenang ke arah harimau ter*censored*t.

Mangsa kemudian berdiri di penghujung batu bertentang mata dengan haiwan ter*censored*t.

Nizam menyangka harimau ter*censored*t sudah biasa dengan kehadiran pencuci itu.

Bagaimanapun, haiwan itu itu tiba-tiba ‘menampar’ Nordin dengan kuat hingga mangsa jatuh melutut menyebabkan kira-kira 20 pengunjung ketakutan dan mula menjerit untuk mengalih perhatian.

Harimau itu membaham tengkuk arwah seakan-akan menjinjing mangsa ke kiri dan kanan sebelum harimau kedua datang.

Kedua-dua harimau itu mula mencium Nordin dan berjalan mengelilinginya.

Ketika itu, kelihatan jelas wajah ketakutan mangsa apabila dia menjerit meminta pertolongan.

Rakan Nizam pula, Fadzil Ramlee, 16, menjerit menyuruh mangsa terjun dalam kolam, tetapi Nordin menutup kepala menggunakan baldi dan menjerit Allahuakbar.

Katanya, ada pengunjung membaling payung, tetapi tidak mengenai haiwan itu.

Dua harimau itu seolah-olah terganggu dengan jeritan orang ramai dan tepukan tangan mereka, namun tidak meninggalkan mangsa sebelum seekor harimau itu menerkam mangsa dan mengheretnya ke bahagian dalam kandang berkenaan.

Disebabkan jeritan kuat pengunjung, dua harimau itu melepaskan Nordin sebelum mangsa dilihat berdiri, malangnya tiba-tiba dia diterkam semula dua harimau itu.

Saksi lain, Aziz Ansari, 16, berkata mangsa mencuba sedaya upaya untuk melepaskan diri, termasuk menendang harimau berkenaan.

Katanya, dalam klip video yang dirakamnya menggunakan telefon bimbit, dia dapat melihat Nordin cuba terjun dalam kolam apabila pengunjung menjerit memintanya berbuat demikian.

Bagaimanapun, mangsa gagal kerana dua harimau itu menghalangnya walaupun dia menggunakan baldi yang dibawanya itu sebagai perlindungan.

komen aku: detik cemas nie mmg betul2 memilukan bagi aku..tak boleh nak salahkan harimau tu jugak sebab harimau sememangnya pemangsa..takziah buat arwah nordin.

surat dari anak mak yang nakal

Mak.....
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari.....
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi,
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...

Mak tau tak.....
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa....
dan itu juga terakhir kali nya.
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh.....
nak tinggal kan anak2 mak..... nak tinggal kan dunia fana ni......

mak macam dah sedia.....
Seminggu sebelum tu.....
mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai.....
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu....
tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih.....
kakak pun rasa hairan.....
mak tak penah buat gitu.....

pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak.....
tapi mak seolah2 tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ......
kengkadang siaran indonesia ...
mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...

Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih2....
pastu mak jemur karpet-karpet. ..
pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
mak biarkan ruang tu kosong..
rupanya kat situ jenazah mak diletakkan..

paling menarik sekali mak bgtau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
ada kat dalam almari......
ada kat dalam dalam beg.....
ada dalam ASB.....
ada kat dalam Tabung Haji..
mak cakap tak berapa cukup lagi....
ada kat dalam gulung tikar.....

masa tu mak perasan takk..??
kiter gelak sakan bila mak bgtau duit dalam gulung tikar...
kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
mak cuma gelak jer...
eeemmm..bahagiaa nya saat ituu..

Mak.....
Hari tu hari sabtu 18/08/1999 pukul 3 petang mak tiba2 sakit perut.....
bila malam tu kiter sampai dari KL.....
mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk.....
mak tetap takmau pi hospital.... .
dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital.... .
tapi kiter berkeras juga pujukk..
nanti di hospital ada doktor...
ada ubat untuk mak..
kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...

Mak tetap tak bersetuju... ..
mak memang degil..
tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk....
mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital..... ..

Mak.....
amponkan kami semua...
kami nak mak sehat...
kami sayang mak...
kami tak mau mak sakit...
kami terpaksa juga hantar mak ke hospital....
ampon kan kami yer mak....

Mak.....
Malam itu abang bawa mak ke hospital
dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak,
kiter kata nak beli kereta....
Mak asyik tanya ajer..
cukup ker duitt..
kiter jawab pula...
kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
mak gelak ajerr.....

Lepas tu bila kereta kiter sampai....
mak buat kenduri kesyukuran.. ....
Dan kiter masih ingat lagi...
bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor.....
Punya la kiter takut...
kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak......
Bila balik sahaja kampong....
kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj.....
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga.....

Mak....
tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
mak, kiter menipu mak kan ...
ampon kan kiter....
Mak.....
Jam 4.30 pa gi 19/08 /2006
Bila tiba aja kat hospital....
nurse tengah balut mak dengan kain putih.....
mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital....
Mesti mak nampak abang cium dahi mak.....
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak....
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
mesti mak nampak semua tu kann...kann. .kannn

Mak tau tak....
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
jalan di depan terasa makin kelam.....
airmata dah tak mampu di tahan....
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
kosong. ...sekosong hati ini.....
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya.. ....
terasa syahdu dan sayu...dinginnnn. ....

Mak.....
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan .....
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi....
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak.....
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan.....
Mak perasan tak...?

Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter.....
Dia kata..." dikk...jangan nangis...kalau sayang mak jangan buat gitu...jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
lagi laaaa laju airmata ni..
tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak....

Mak.....
Sampai takat ini surat ni kiter tulis.....
kiter nangis ni.....
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi....
Takder orang yang bangun lagi.....
kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
kiter rindu kat mak..!
Takpa la....
nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
kiter baca yassin untuk mak...
mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya... .
Semua anak2 mak mengelilingi mak...
menatap wajah mak buat kali terakhir....
Semua orang kata mak seolah2 senyum aja...
Mak rasa tak....
masa tu kiter sentuh dahi mak....
kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk.....
Kiter tak mampu nak cium mak...
kiter tak daya....
kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar....
Airmata kiter tak boleh tahan....
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak....

Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah....
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
badan akak terasa panas...
makk...
anak mak yang seorang tu demam....

Mak tauu...
cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan. .
Mak.....
Hari2 ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap....
masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan. ....
entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar2 mak pastu apa lagi...
semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
tangisan tak dapat dibendung...

Mak tauu...
kiter cuba bertahan....
memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
nak cakap dengan mak....
anak mak yang ni dah tak betul kan ...?
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata..." tak baik laa nangis aje..doa lah untuk mak..."
Dan akhirnya akak juga nangis.....

Mak tau tak..
di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
rasa nyilu sangat...
menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni....
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
hanya sedekah al-fatihah kiter berikan.....

Mak....
cukup la sampai sini dulu....
kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu....
kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ....
kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula....
Mula2 kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
pastu kawan kiter bgtau...
simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
iter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak,
I LOVE YOU SO MUCH
dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
sampai masuk unibesiti..
sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..

Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil


-CREDIT TO saudara umarzahrawi and iLuvislam.com-

pengalaman kerja selama 3 hari

-letih

-penat

-bosan


aku sedar bukan senang nak dapatkan duit..sebelum nie asyik mak ayah je yang payungkan aku duit utk belanja...ape2pon pengalaman mengajar erti hidup..semoga aku lebih menghargai hasil titik peluh sendiri..huhuhu >_<

lagu untuk rakan2 yang sedang sibuk berkerja

kepada kawan2 ku yang sedang syiok kerja untuk mencari duit poket di cuti2 sem nie,aku ader lagu khas untuk korang..semoga terhibur..hehe :-p


p/s : da dapat gaji tu jgn lupe blanje kawan2 pizza..ada orait? :-D


bergambar jap

miss lina chan sudah men'tag' diriku kali ini...

-aku bergambar dengan bilik yang sgt bersepah..tga nak packing barang simpan dlm stor-

1) Take a recent picture of yourself or take a picture of yourself right now.

2) Don't change your clothes, don't fix your hair...just take a picture.

3) Post that picture with NO editing.

4) Post these instruction with your picture.

5) Tag 10 people to do this

**10 orang ramai sgt..aku nak tag kepada mereka2 yang jarang letak gambar mereka:
-farid ahamat
-lily
-nidar


rahsia bola hitam dan bola putih



Bermula ceritanya ada seorang anak lelaki tunggal yang kematian ibu
selepas
Dia dilahirkan.
Selepas itu bapanya menjadi terlalu workaholic dan
tak
Kahwin2 lagi.
Tapi si anak baik hati dan lemah lembut walaupun
cuma
tinggal bersama pengasuh je.


Lepas Tadika, sementara member2 lain
dah ada basikal, dia masih berjalan
kaki.


Pengasuhnya mengadu kepada
bapanya.
"Tuan, tak kesian ke dgn anak tuan? Dia
Tak ada basikal...apa tuan
tak segan?"

Lantas...... si bapa memanggil si anak, ditawarkan beskal
yang macam mana
dan si
anak cuma bagitau,

"Tak payah susah2 la
papa, belikan je saya bola itam dan bola putih .
"

Hek eleh takkan
macamtu kot? Bingung si bapa.
"Kenapa bola itam dan putih?"


"Tak
perlulah saya terangkan kenapa.
Kalau papa ada duit, belikan
itu
je.
"

Bila ingatkan si anak tak pernah meminta2, so bapanya terima
je.
maka
dibelikanlah anaknya itu basikal model terbaru dan terkini masa tu,
yang
paling
canggih, ditambah dgn bola hitam dan bola putih.


Masa
berlalu

kemudian si anak masuk Sek.Rendah. Lepas itu musim kasut roda.

Sekian lama
si pengasuh perhatikan, budak tu tak pernah minta bapanya
membelikan kasut
roda untuknya. Tiap2 petang dia cuma duduk2 je.
Basikalnya
disimpan di dlm
stor..

Maka Si Pengasuhnya menyatakan pendapatnya lagi
kepada si bapa.


Kemudian si bapa memanggil anaknya lagi.
"anakku, kamu
tak nak dibelikan
kasut roda
macam kawan2 kamu? Apsal tak bagitau kat
Papa?.
No problem setakat beli
kasut roda je...".


Si anak
menjawab,"Tak perlulah papa, bola hitam dan bola putih saya
dah
rosak..
Kalau boleh papa beli lagi k..tak payah lah beli kasut
roda.


Lagipun ianya jauh lebih murah berbanding kasut roda, kan
papa?"

Si bapa geram .
walaubagaimanapun, si bapa tetap belikan anaknya
kasut
roda, ditambah bola hitam dan
bola putih.


Selang beberapa
tahun, si anak masuk Sek.Men. Cerita sama berulang.


Sekarang kawan2nya
main permainan lain- main roller blade.
musim
rollerblade melanda
kwasan tempat tinggal nya.

Trend baru....

Sementara tu, budak lelaki
tersebut masih setia dengan kasut rodanya.
Lepas
bapanya
pulang dari luar
negeri dan terlihat anaknya yang masih pakai kasut roda,
si
bapa jadi malu
sangat2.
Teruk betul, rumah macam pusat beli belah, syarikat
banyak,
keluar
negeri lagi tu......Tapi anak lelakinya ketinggalan zaman..
Keesokkan
harinya, dalam bilik
anaknya sudah ada sepasang roller blade
baru bersama secebis nota: "Biar
kamu tak
malu".


Pada malamnya,
terdapat secebis nota balasan di ruang kerja si bapa.. Nota
tersebut berbunyi:
"Papa, Kenapa tak belikan
bola hitam dan bola putih? Saya lebih sukakan
nya.."

"Haaah,, si bapa mengeluh serta bingung selepas membaca nota itu..
Apalah
istimewanya
bola itam dan bola putih!!?

Keesokkan hari dan
seterusnya lagi si bapa berkali2 ditinggalkan nota
sebegitu...hingga
dia
tak tahan dan terus membelikan anak lelaki nya bola hitam dan bola
putih
untuk
kesekian kalinya.


Benar, setelah mendapat bola hitam & bola
putih tu, si anak tidak lagi
mendesak bapanya.. Secebis nota juga
ditinggalkan di ruang kerja si bapa..
"trima kasih byk2 papa kerana belikan
saya bola hitam dan bola putih"

Masa berlalu....

Ketika di Sek
Men, yang jaraknya agak jauh, si anak masih berulang-alik
dengan bas,
member2nya sudah ada yang membawa motor dan kereta ke sekolah.

Suatu hari,
ketika bapanya ada di rumah, si anak dihantar pulang oleh
membernya dengan
motor Harley Davidson color biru laut.
Si bapa menjadi
sangat
malu.

Anaknya bukan 4, bukan 3,...2 pun tidak.


Itulah satu-satunya anaknya.

Itupun tidak dibelikan motor untuk kesenangan
anaknya! Maka
ditawarkan
Anaknya untuk dia membeli sebuah motorsikal.
Si anak menolak
tawaran
ayahnya dengan alasan motor kurang
praktis, lagipun si anak cuma
inginkan bola hitam & bola putih sahaja! Si
bapa
tidak dapat menerima
penolakan itu.
Kerana anaknya dah beso panjang, boleh
berbincang.

Akhirnya
tercetus keputusan dimana si anak dibelikan motorsikal, ditambah
pula dgn
bola hitam dan
bola putih semestinya!! .


Tetapi si bapa masih kesal...
Kesal kerana sudah beberapa tahun dia belikan
anak lelakinya bola hitam &
bola putih tetapi tidak tahu kenapa anaknya
begitu memerlukan sebiji bola
hitam & sebiji bola putih! Dan Si anak pula
tak pernah bagitahu kenapa
dan mengapa dia amat memerlukan bola hitam &
bola putih..

Sehingga
tibalah masa untuk anaknya melanjutkan pelajaran ke Universiti.

Kerana
gembira dan bangga anaknya dapat masuk Universiti, si anak
dihadiahkan oleh
si bapa sebuah kereta
Ferrari keluaran terbaru.


Akan tetapi, sehingga
beberapa bulan si anak masih lagi menaiki motoooor
je.


Sehingga
aweknya juga turut bingung- kan ke dia ada ferrari? kenapa naik
motoooooor
jeeeee..
Bila ditanya, maka dijawab budak lelaki tersebut: abis bapanya tak
belikan
bola hitam bola putih.
Tak
faham perasaan anak
sendiri!

Suatu hari si anak mengajak aweknya makan malam bersama dgn
bapanya.
So,
selepas makan malam tersebut si awek mengambil kesempatan untuk
bertanya
kpd si bapa, kenapa pak cik
tak belikan bola hitam bola
putih?

Si bapa terkedu kerana dia sebenarnya sensitif dengan bola2
tu..huh..sampai
awek anak aku pun
tanya...bila si bapa menanyakan si awek
semula kenapa soalan tu yang di
tanya?.
Si
awek pun bagitau, anak
lelakinya tidak akan sekali kali menyentuh
Ferrarinya selagi tidak diberi
bola hitam & bola putih!!


Si bapa bingung, di ruang bilik anaknya
sudah begitu banyak bola hitam &
bola putih.

Nak buat apa lagii...,
fikir si Papa.
Tapi demi memelihara imejnya di
hadapan awek
anakmya itu,
maka esoknya sudah ada bola hitam & bola putih buat anaknya.


Suatu
hari si anak membawa aweknya ke tempat peranginan yang berbukit
bukau
menaiki Ferrari untuk brsiar2.
Yelah,
anak muda kan , ketika tenang memandu
si anak dicium aweknya dan dia jadi
gelabah
dan terus accident!!! Mereka
segera dikejarkan ke hospital dan si bapa juga
dimaklum
oleh pihak polis
tentang perkara tersebut.
Keduanya cedera parah kerana
mereka tidak memakai
seatbelt, si
awek mati dalam perjalanan ke hospital dan si anak
tenat.


Si bapa tiba di Hospital.."macamman a doktor, anak
saya?"

Doktor (dengan simpati dan penuh duka cita) :"Maaf Encik, kami
telah
berusaha sedaya upaya.. tetapi terserah kepada Nya... sebaiknya
Encik
manfaatkanlah waktu2 terakhir bersama anak encik.."

Perlahan si
bapa masuk, mendekati anaknya.


"Papa, maafkan saya..tidak berhati hati
semasa memandu.." si anak juga
menangis
kerana aweknya tak dapat
diselamatkan.
Si bapa cuba menenangkan
dia...akrablah dua
manusia itu
beberapa saat.
sehingga si bapa beranggapan ini adalah saat
pertemuan
terakhir antara dia dan anak lelakinya...
Dia teringat kembali persoalan yang
selama ini sering bermain di benaknya
dan keinginannya untuk mengetahui
tentang "mengapa anaknya selama ini
selalu minta bola hitam bola
putih"


"Nak, maafkan papamu kerana selama ini papa selalu sibuk...
sehingga kamu
sering
kesepian..maafkan papa, nak.
Papa tak berkesempatan
untuk menjadi ayah yang
baik.
"

Anaknya menjawab dalam keadaan
lemah,"tak mengapa papa, saya faham.. Cuma
saya kecewa disebabkan papa
ada
kemewahan, papa belikan saya macam2.... saya cuma minta bola hitam
dan
bola putih je kan ?"

Si bapa rasa timing jawapan untuk
persoalannya sudah tepat.., "KENAPA KAMU
SELALU MINTA BOLA HITAM &
BOLA
PUTIH ANAKKU... ADA APA DENGAN BOLA2 ITU SEHINGGA IANYA BEGITU
BERERTI
BUATMU?"




(anda semua pun ingin tahu kan
...?)







Si anak menjawab dengan nada terputus putus
kerana sudah tidak dapat
bertahan dan
masanya sudah hampir
tiba....



"sebabnya ....saya.. saya...
saya...."



*hep* Kepalanya perlahan lahan rebah dan hembusan
nafasnya hilang.
Si anak
sudah meninggal sebelum
sempat memberitau bapanya
tentang bola hitam & bola putih.


Tengok, si bapa yang selalu hidup
bersama anaknya pun tak tau...apalagi aku
yang cuma bercerita, lagi la tak
tau ape ape.. MACAMMANA NI? Kecewa jugak
nih.

cinta seorang wanita

Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila dia berada di antara lelaki yang dicintainya & yang mencintainya. Lumrahnya begitulah, seorang wanita akan disukai & dicintai oleh ramai lelaki berbanding seorang lelaki biasanya untuk dicintai seorang wanita pun payah.

Wanita ibarat bunga. Bunga biasanya cantik & harum. Jarang ditemui bunga yang busuk walaupun ada. Begitulah wanita, biasanya dianggap cantik oleh orang yang mengaguminya. Boleh dikatakan kita tidak akan jumpa bunga yang tidak memukau perhatian kita. Kalau pun ia kurang cantik, ia tetap unik & menyebabkan kita mahu mendekatinya, membelek, menyentuh & mengkaji.

Apabila dia didekati oleh terlalu ramai lelaki dia akan keliru sebab rasa cintanya hanya satu. Wanita bernafsu banyak, maka dia tidak begitu sempat untuk mempelbagaikan cintanya untuk ramai lelaki. Berbeza lelaki, nafsunya satu, justeru dia tidak pandai membahagikan keghairahannya itu kepada benda-benda lain. Dia amat teransang apabila melihat wanita. Soal cantik atau tidak bukanlah masalah besar baginya yang penting pandai mengambil hati & bermanja-manja.

Nafsu wanita telah dipelbagaikan untuk pelbagai hal dalam kehidupan. Dia bernafsu terhadap gelang, rantai, cincin, rumah, kereta, baju, langsir, sofa & segala macam lagi, maka keghairahannya terhadap lelaki amat kurang. Rasa cintanya akan menjadi satu. Sebab itu biasanya wanita lebih setia berbanding lelaki.

Lelaki boleh mencintai sepuluh wanita dalam masa yang sama sedangkan wanita tidak akan berupaya berbuat begitu. Yang paling menjadi masalah apabila dia digilai oleh ramai lelaki. Payah sungguh dia nak mengatakan, dia tidak mencintai kesemuanya kecuali satu. dan tidak sukar baginya untuk mengatakan, "Abang, walaupun ramai yang mahukan saya di luar sana, abang tetap pilihan hati."

Selalunya wanita lebih mudah membuat pilihan berbanding lelaki. Apabila seseorang wanita telah memilih seorang lelaki sebagai mahkota hatinya dia akan setia dengan pilihannya itu. Lelaki pula, selalunya lebih banyak mencuba nasib dengan mencintai ramai wanita untuk mencari yang terbaik. Dia selalunya pandai bermain kata-kata. Wanita pula mudah lemas dengan lelaki yang pandai bermain kata-kata. Sebab itulah wanita akan lemas berada di tengah-tengah lelaki yang dicintainya meskipun satu-satunya lelaki yang dicintainya itu masih teguh kukuh di sanubarinya.

Kebanyakan wanita akan taat dengan pilihannya mulai di alam perkenalan, percintaan hinggalah perkahwinan. Jarang yang berlaku curang. Jika curang memang dia jenis 'perempuan gatal' atau tidak mampu lagi bertahan dek cabaran-cabaran pasangan.

Sebagaimana bunga, jarang yang merosakkan alam. Kalau ada pun, itu sebab dipetik orang lalu dibiarkan. Atau gugur sendiri setelah tangkainya tidak dapat bertahan. Bunga akan selamanya jadi penghias alam. Bunga akan selamanya memukau perhatian orang & adakalanya haiwan.

Begitulah tamsilannya wanita. Dia indah & akan selamanya indah. Tiada wanita yang tidak indah. Selagi namanya wanita, pasti ada yang mengaguminya atas keindahan-keindahannya itu. Tamsilan indah seorang wanita itu pula bukan sekadar wajah tapi keseluruhannya hingga layak digelar wanita.

komen aku : ada betolnye kot artikel nie..ape2pon tak semua same kan..:-)

korang nak kerja tak?

kalolah korang betol2 terdesak nak mencari kerja dan diberi pilihan..antara byk2 kerja yang ada nie mane satu yang akan korang pilih? lol :D



maskot ayam goreng bergerak



jamban jalanan



berus kaligrafi versi manusia


kerja korek mengorek tanah




deodarant tester..ketiak syapa busyuk


technician tiang letrik



tukang baiki jamban

tahi suci!! (aka holy shit)


kenape pulak aku menyucikan tahi secara tiba2 yek?

1. telefon bimbit ke2 aku dah nak rosak

2. duit simpanan dah abis..uwaaa


HOLY SHIT!!!

mari belajar mengikat tali leher..

mesti ramai lagi yang tak tau camne nak ikat tali leher kan? (n aku sendri pon sebenarnya tak mahir lagi bab2 mengikat tali leher nie :p)..jadi aku nak kongsi ngan korang beberape cara yang leh guna untuk ikat tali leher..kepada kaum wanita lak jgn la malu2 nak belajar ikat tali leher..sok2 suami korang nak pegi keje leh le tolong ikatkan untuk suami plak..barule suami sayang..hehe selamat mencuba kawan2 ^_^


kaedah 1

klik gambar untuk lebih jelas



kaedah 2
klik gambar untuk lebih jelas



kaedah 3
klik gambar untuk lebih jelas



kaedah 4

klik gambar untuk lebih jelas

kepada penggemar ikan keli..


Assalamualaikum..mungkin anda yang baru dengar masalah ini akan terkejut tapi tidak kepada siapa yang dah tau hakikat sebenar..saya buka nak menjatuhkan sesiapa atau nak memburukkan syarikat mana2 pun..artikel saya ini sekdar untuk berkongsi maklumat yang saya perolehi..ikut kisah lanjut oleh saya..

Pada baru2 nih sekitar hujung bulan Ogos, saya diminta ke J-Biotech atau nama penuhnya Perbadanan Johor Bioteknologi dan Biodiversiti yang beroperasi di MTDC-UTM. Saya kesana sebab nak hantar invois. Sesampai saya disana, saya terpaksa tunggu untuk berjumpa pegawai yang bertugas kerana katanya sedang meeting.

saya pun tunggu di ruangan menunggu bersama beberapa ahli perniagaan bumiputra yang tengah rancak berbincang..saya pun duduk dan dengarlah perbincangan mereka..rupanya mereka sedang bercakap mengenai pembiakan ikan keli.

Pengarah urusan syarikat apa pun saya tak ingat tapi ada akuakultur lah dibelakang nama syarikatnya itupun berpandukan baju kemeja f1 yang dipakainya..Menurut beliau, ikan keli memerlukan 2 paket makanan untuk membesar seberat 1Kg dari anak benih. 1 paket makanan berharga Rm2 lebih jadi modal makan sahaja dalam Rm4.tapi mcamana tokey ikan keli cina dapat jual RM1.80/Kg? jawapannya setiap hari tokey cina ni akan masuk ke reban ayam dan amik bangkai ayam yang mati untuk dijadikan makanan ikan keli. Ikut kajian, 2% ayam akan mati di Malaysia setiap hari,jadi jika ayam ada 200,000 jadi dalam 4000 ekor ayam akan mati dalam sehari. Perghh..ini dah cukup banyak untuk diberi makan kepada ikan keli..jadi modal makanan yang ditanggung tokey cina adalah RM 0.00!!!

Ditambah lagi, ikan keli memerlukan masa berminggu2 untuk membesar kepada 1Kg/ekor..jadi cara untuk mempercepatkan pertumbuhan ikan keli adalah dengan memelihara ikan keli dalam air kumbahan (samada kumbahan manusia @ haiwan). Katanya jika dipelihara dalam air kumbahan, ikan keli akan membesar dalam masa yang cukup singkat..tapi kenapa ikan keli yang dibeli bersih jer??? jawapannya ialah selepas ikan keli cukup besar dalam air kumbahan, ia akan dipindahkan ke kolam kuarantin air bersih selama seminggu…SEMINGGU???..ya kerana untuk menjadikan ikan keli itu nampak betul2 bersih..gila betul…

Jadi kos operasi oleh tokey cina hanya untuk bayar gaji pekerja,kos penghantaran dan beli benih ikan.

Setahu saya, beza ikan keli yang dipelihara dengan betul dan yang kotor adalah, ikan keli kotor akan dijual dengan saiz yang besar dan banyak lemak sebab makan ayam mati. Kalau nak makan jugak ikan keli, belilah dikampung2 atau yang kecil2 dan berwarna hitam..

Mencari yang halal adalah fardhu bagi umat Islam..

-jumpe kat blog sebelah-

komen aku: mak aku xpnah masak makanan yang menu utama ikan keli setakat ni..aku pernah gak terpikir nape mak aku tak masak ikan keli untuk dibuat lauk..mak pesan 'Jgn makan ikan keli..ikan keli kotor'..errr aku tak phm nape mak aku kate camtu.. tapi aku dpt dengar pengusaha2 ikan keli nie guna bangkai ayam n perut ayam sebagai makanan untuk ikan keli peliharaan nie..sejauh mana kesahihannye aku pon tak pasti sebab tak pernah tgk depan mata lagi..agak2 pasni rasa nak mkn lagi tak ikan keli ek? >_<