sekali untuk 100 tahun

aku dapat IM daripada seorang kawan,fairuz sallehudin di Yahoo Messenger tadi...:



Samada sedar atau tidak sedar, barangkali kita terlupa atau kurang infomasi mengenai satu fenomena besar yang berlaku ditahun 2008. Barangkali inilah fenomena yang terakhir kita lalui sepanjang hayat hidup kita.

1. 01 JANUARI - 09 JANUARI, 2008 kita berada ditahun 1428 Hijriah.
2. 10 JANUARI - 28 DISEMBER 2008 kita berada ditahun 1429 Hijriah.
3. 29 DISEMBER - 31 DISEMBER 2008 kita berada ditahun 1430 Hijriah.

Ini bermakna kita telah melalui 3 tahun Hijriah dalam 1 tahun Masihi. Fenomena ini hanya berlaku sekali dlm tempoh 100 tahun. Walaupun fenomena ini tidak memberi impak yg begitu besar kepada kita, seharusnya kita bersyukur kerana kita diberi peluang untuk melaluinya.


mungkin ramai antara kita yang tak sedar lansung kan pasal benda2 nie..sekadar berkongsi info sebelom berakhirnya tahun 2008 nie...

-wallahualam-

Selamat Tinggal Wahai Temanku.......




...sedih...pilu...hiba...



Apa yang telah berlaku??




sedih rasanya bila sahabat,teman,rakan karib aku yang sentiasa disisi (walaupon pernah aku abaikan kamu buat seketika) akhirnya telah tiada lagi untuk aku buat selama-lamanya...ketika aku sedih,takut,gembira,berjiwang,marah dan segala macam perasaan yang ada terhadapnya..




awak,

hampir 5 tahun kita bersama..saya mula kenal awak semenjak saya tinggal di Kuala Ibai,Kuala Terengganu lagi....masa tu saya baru tingkatan 4...wah,lama juga kan perkenalan kita..macam....kita dah sebati dan sejiwakan?awak dapat rasa apa yang saya rasa?
ayah yang memperkenalkan awak kepada saya..saya happy sgt tau wak...awak pon same kan?ye lah awak cantik,menarik,cute..semua ada pada awak..kalo tak ayah kenalkan awak pada saya saya rasa saya takkan kenal awak dah..terima kasih ayah..:-)




awak,

awak igt tak lagi..mase kita sama2 di MRSM Muadazam Shah..byk betol kenangan kan?awak igt tak lagi bila ketua warden dapat tau saya bawa awak masuk hostel..pucat giler muka saya dulu..tak tau mana saya nak sorok awak...saya takot dia ape2kan awak..tapi mujurlah awak masih bersama saya..kita same2 happy kan?awak ingt tak lagi kawan2 saya suka sangat ngan awak..suka pegang awak,main2 ngan awak...saya pon suka bila kawan2 saya suka awak..setiap masa ada je kawan saya berebut2 nak pinjam awak dari saya..tapi takpe,saya tak kisah sebab awak mmg friendly ngan semua :-)



awak,

bila kita same2 masuk matrikulasi,awak still bersama saya lagi kan..walaupon awak dah tak brape betol tapi saya tetap bersama awak..awak jugak buat saya mula2 kenal dengan orang yang saya suka..kalo takda awak,saya rasa saya tak akan kenal dan teroskan perhubungan saya dengan 'dia'...tu sebab kenapa saya sygkan awak..awaklah yang jadi orang tengah untuk saya berkenalan dengan 'si dia'..terima kasih ye wak :-)



awak,

saya tahu awak dah betol2 menangis,bersabar dengan saya..saya dah cukup seksakan awak..pukul awak..saya biarkan awak sampai badan awak calar2..semua salah saya..saya pernah abaikan awak gak..awak igt tak lagi..sebelum saya masuk ke UPM,saya dah jumpa teman baru..teman baru saya tu kan lagi cantik,menarik,body pon lawa,up to date,modern dan segala2nya yang menarik daripada awak..awak??huh dah la tak cantik dah,selalu bermasalah bila saya nakkan awak..awak dah tak dapat puaskan saya macam dulu...saya campak awak tepi..macam awak dah tak wujud dalam idop saya..dalam ati saya dulu saya betol2 tak nak tengok awak langsung..jeling apatah lagi..saya jahat kan?




tapikan wak,

bila teman baru saya tu bermasalah,saya mula cari awak..walaupon pada masa tu ati saya betol2 berat nak terima awak semula..tapi kerana terpaksa,awak jugak jadi pegganti kawan saya tu..awak betol2 cukup baik dengan saya..walupon awak tak sihat awak still mampu tolong saya kan?awak betol2 baik dengan saya..sabar dengan karenah saya..masa bersama awak kali kedua,awak dah lali dengan carut marut,kata2 kesat dan macam2 lagi yang saya luahkan kat awak..padahal saya tau awak dah tak sihat dan tak mampu nak puaskan saya..saya tak fikir dah masa tu..saya campak awak,pukul awak...saya nie jahat sangat kan?


semalam,30 Disember 2008..buat kali terakhir kita bersama..saya tak tau dan tak fikirkan perasaan awak..masa tu saya cuma fikirkan nak singkirkan awak je..saya nak cari pengganti yang lain..saya JAHAT kan???



tapikan wak,

bila awak takde sekarang,saya rasa sangat2 sedih..tak tau kenapa..kenapa saya sedih ye wak?padahal dulu saya cukup benci dengan awak..tapi,tiba2..saya terkenang balik kenangan kita bersama...awak,saya menyesal..saya nak awak balik...saya nak kita bersama macam dulu..walaupon awak dah tak mampu nak puaskan ati saya..tapi sebagai kenang-kenangan,saya harap nak jaga awak..

apakan daya,masa dah tak dapat diputar semula...sedih macam mana pon awak dah tak dapat ke pangkuan saya lagi...huk3

maafkan saya,temanku...semoga awak dapat teman baru yang lebih baik dari saya...






terima kasih atas segala kenangan pahit manis ketika kita bersama...saya masih sayangkan awak..












selamat tinggal, NOKIA 3610.....










nokia 3610 dalam kenangan (gambar asal tak sempat nak amek) -telah ditrade-in dengan harga RM30 sahaja







NOKIA 1200-nset baruku

Pelajar UPM suka dengan gossip artis??

10 institusi pengajian tinggi yang kerap melawati OHBULAN!





Senarai ini adalah untuk lawatan sepanjang Disember 2008. Di’ambil dari statistik Google Analytics, kami berjaya senaraikan penyumbang trafik terbesar untuk OHBULAN! dari kalangan pelajar & kakitangan IPT.

  1. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  2. Universiti Sains Malaysia (USM)
  3. Universiti Teknologi Mara (UiTM)
  4. Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
  5. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  6. Universiti Malaysia Terengganu (UMT @ KUSTEM)
  7. Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP @ KUKUM)
  8. Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI)
  9. Universiti Multimedia Melaka (MMU)
  10. Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIM)

-dipetik dari OHBULAN.COM-


korang pernah tak masuk laman web Oh Bulan! ?ala yang citer pasal gossip2 artis Malaysia tu..aku takde lah selalu sgt masuk laman web nie cuma tertarik dengan entri terbaru Oh BULAN! yang baru nie..tak sangka gak pelajar UPM yang banyak baca2 gossip2 artis nie yek..hehe

apepon UPM memang terbaik lah dari segi hiburan..suka sgt berhibur..bila plak nak terbaik dari segi pembangunan pelajar @ petadbiran plak yek?? :p

ada haiwan dalam bahaya..ada haiwan dalam bahaya di sana


"telefon..telefon berbunyi...apa yang penting..KERJASAMA!!"


inilah apa yang aku dapat dalam cuti nie..aku baru tahu ada kartun wonderpets nie kat tv9...dan aku rasa kartun nie sangat2 comel...hehehe..walopon kartun nie da lama tayang..tapi bila aku tengok aku leh tergelak2 dengan dialog2 yang translate dalam BM dah jadi lagu..hahaha kelakar abes tapi COMEL... aku paling suka tengok kura2 yang buat2 cute tu dan dialog yang paling best
" KITA RAIKAN KEJAYAAN KITA DENGAN DAUN SADERIII.."



**baru aku sedar aku sangat jarang tengok tv bila balik rumah..hehehe :-p

sepetang di pekan Rantau Panjang



Semalam,24 Disember saya dan kelurga telah pergi membeli belah di pekan Rantau Panjang..aiseh,tajuk n intro cam karangan dak sekolah rendah aje..kekeke :p


Walaupon aku dah menetap kat Kelantan nie (dan kampung aku mmg di Kelantan) tapi nie lah pertama kali aku pergi ke Rantau Panjang..yang pernah sampai kat sempadan Malaysia-Thailand cuma di Pengkalan Kubor...bagi korang yang dah tinggal di Kelantan mmg akan kata aku nie ketinggalan zaman la sebab baru pernah sampai kat sana..hehehe


Sebelom nie mmg ada perancangan nak pergi sendiri (bukan dengan famili)..dah plan dengan kawan sekuliah aku,Amar nak pergi kat sana..apekan daya kereta mak aku plak rosak..tu pasal sepanjang cuti nie aku terperap aje di rumah..asyik membela lemak2 manja di perot..hehehe :p


Apa yang best sangat kat Rantau Panjang nie yek?bese lah kalo dah dekat ngan sempadan nie barangan pon bebas cukai..murah tu xde lah murah sangat2 tapi berpatutan jugak la..dengan mengambil masa hampir 2jam dari Semerak ke Rantau Panjang (lame gak tu) akhirnya buat pertama kali aku menjejakkan kaki di pekan yang popular di Kelantan nie..ramai betul umat manusia kat sana..mungkin musim cuti sekolah (dan kebanyakannya bukan orang Kelantan) yang berpusu-pusu datang kat sini..


Kalo dah sampai sini tak sah la kalo tak bershopping ye tak?aku cam bese lah takde lah memborong ape sangat pon..tapi kat sinilah kalo nak cari jersey2 bola@rugby ngan harga yang agak murah?kualiti?lebih kurang je dengan yang ori...bese lah sebagai pengguna bijak aku suka gak guna motto 'mengapa bayar lebih'..heheh dan hasilnya sehelai jersey Man U putih dan jersey All Black (yang dah lama aku cari..sebelom nie asyik takde saiz je)..oyeahhh!!


Kepada kawan2 yang belom pernah sampai di Rantau Panjang @ bercadang nak melancong di Kelantan,datang lah ke Rantau Panjang yek..walaupon imej pekan nie agak bersepah dan tak terurus tapi untuk kaki2 shopping sure berambang mata jugaklah..hehehe





kereta yang berpusu2 masuk ke pekan






antara bazar yang ada





misi tercapai..hehehe (baju all black agak besar sikit (XL)...saiz L fit sangat..:p)




p/s: teringat adek cun lagi comey lotey yang jual jersey Man U..aiseh terlebey sudah :p

10 situasi lelaki




"kenapa lelaki nie susah sangat nak paham jiwa perempuan yek??"




korang (khususnya perempuan) pernah tak tertanya @ terfikir perkara yang sama macam kat atas?aishh kalo bab2 lelaki nie memang korang susah nak fahamkan (lebih2 lagi kepada mereka yang dah ada bf dan suami)...tapi,betol ke lelaki tu tak faham jiwa korang?ataupon KORANG yang tak cuba nak fahami jiwa lelaki..

memang perkara nie cam lumrah bagi seorang perempuan kan, even aku lelaki pon aku leh paham kenapa kebanyakan perempuan akan fikirkan perkara yang sama 'lelaki tak faham jiwa perempuan"..bagi pendapat aku lah kan,bukan lelaki saje yang patut dipersalahkan..perempuan pon kadang-kadang terlalu emosi dan TAK terfikir untuk faham jugak hati lelaki..

jadi kali nie aku nak kongsi ngan korang '10 Situasi Lelaki' yang patot korang tau:



1. Bila LELAKI itu sibuk@ada kerja
-janganlah korang memaksa dia pula untuk keluar walaupon korang tau yang dia betol2 ada kerja yang perlu dilaksanakan.Dan kebanyakan perempuan akan suka 'merajuk tak tentu pasal' kalo si dia tak reply smsnya..kalo taknak bagi dia 'fed up' dengan perangai korang cuba jangan cepat melatah kalo dia lambat reply sms@tak layan korang..



2. Bila LELAKI jarang call@sms
-korang janganlah serang diorang dengan 1001 soalan dan terfikir yang si dia dah tak sayangkan korang lagi..buang perspektif macam tu..korang kena faham yang lelaki ADA masa untuk diri dia sendiri (main game@tengok tv@keluar dengan kawan2) dan bukan dengan korang aje untuk sms@call 24jam..cuba beri dia masa untuk dia luangkan diri dia sendiri dan jangan terlalu mengongkong hidupnya..




3. Bila LELAKI penat
-masa nielah korang nak cerita masalah2 korang walaupon hal yang kecik @ remeh temeh..ape kate bagi dia luangkan masa untuk berehat dan jangan cuba ganggu dia buat sementara waktu..lelaki tak suka diganggu bila dia kepenatan.




4. Bila LELAKI ego
-janganlah korang mempersoalkan egonya sebab lelaki tak akan mengakui keegoaanya..




5. Bila LELAKI pentingkan diri
-yang nie penting,kekadang tu lelaki nie tak sedar perbuatannya mengguris hati perempuan..ape kate korang cuba bersikap terbuka dan luahkan apa yang korang rasa..selagi korang tak luahkan selagi tu lelaki tu takkan faham **kebanyakan lelaki tak pandai berkias2




6. Bila LELAKI selamba@rileks
-masa nielah korang perlu cuba memainkan peranan korang..ambil perhatiannya..lelaki yang selamba nie biasanya tunggu perempuan yang mulakan sesuatu perbincangan..korang pon pandai2 la fikirkan ape perkara menarik yang perlu dibincangkan supaya tidak bosan




7. Bila LELAKI lurus bendul
-biasanya bila berdepan dengan lelaki macam nie memang banyak perempuan yang akan ambil kesempatan terhadapnya..ye memang masa nie lah korang boleh mengambil kesempatan tetapi jangan sampai memperbodoh-bodohkan @ memperlekeh-lekeh kan dia pulak..apakata korang cuba bagi peransang untuk dia supaya boleh jadi lebih tegas dan boleh buat keputusan sendiri.





8. Bila LELAKI mengongkong
-opss,jangan cepat melatah..biasanya lelaki mengongkong nie sebab terlalu sayang..ape kata cuba luahkan kepada si dia yang korang boleh buat keputusan sendiri dan beritahu yang korang tak suka di kongkong..biasanya lelaki akan faham




9. Bila LELAKI panas baran
-apa kata korang jangan provoke @ menambahkan lagi kemarahannya sebab kadang2 walaupon korang korang cuba untuk pujuk dia untuk lebih rileks takot2 korang pulak yang kena marah..beri masa kepada dia dan cuba berdiam diri sehingga kemarahannya reda





10. Bila LELAKI curang
-opss,yang nie pon jangan cepat sangat nak melatah..betol ke yang dia curang?ada bukti?ada saksi?cuba selidik dulu betol2 dan elakkan memberi tekanan kepadanya..sekiranya korang salah pasti lelaki tu akan anggap korang nie terlalu cemburu dan merosakkan hubungan yang sedia ada..cuba bertanya dengan baik dan tanya kenapa dia bersikap macam tu..tapi kalo sekiranya lelaki tu betol2 curang,err nasihat daripada aku tinggalkan ajelah lelaki camtu..takot2 korang je yang makan hati pengakhirannya





p/s : hanya pendapat peribadi..apa pon yang paling penting persefahaman antara kedua-dua belah pihak yang perlu diutamakan..:-)

untuk si penggemar 'shopping' pakaian



Korang shopaholic?tak tahan tgk baju2 baru bile pegi mall?Biasanya golongan wanita lah yang suka sangat membeli belah sampai nak rak kan?kalo tanya orang lelaki sure 1/10 je yang gila shopping sakan bila bab2 pakaian nie..hehe.. kekadang tu aku tak faham kenapalah golongan wanita nie tak kesah dan sanggup keluarkan duit diorang untuk bershopping sakan..adakah memang lumrah dan sifat semula jadi perempuan yang suka membazir atau terpengaruh dengan orang lain untuk sentiasa bershopping?opss,jangan melatah ye kepada wanita2 di luar...haha

apa pon entri kali nie bukanlah nak menyalahkan atau nak kata bershopping tu salah..tak nafikan lelaki pon memang ada juga yang sama (cuma bilangannya sikit je...hehe :p)..aku pon bukan lah seorang yang suka bershopping.. lagi2 bab nak mencari baju atau pakaian..memang aku akan blur abes dan kekadang tu sampai tak jadi teros nak membeli (kecuali bila aku betol2 memerlukan)..korang plak camne?pernah tak korang mengalami masalah sama macam aku @ seperti di bawah:

  • bila masuk kedai je nampak semua baju cantik sampai rambang mata.
  • terlalu banyak pilihan sampai beli semua yang korang suka
  • "tak kisah apa yang orang kata asalkan aku suka" (walaupon baju tu terlalu kecil@besar)
  • nak beli baju baru yang menepati trend tapi duit cukup2 makan je



Jadi,kali nie aku nak kongsi beberapa tips untuk korang yang suka shopping pakaian.


yang patot korang buat:



1. Bersikap realistik tentang gaya hidup dan keperluan.
Fikir dulu ape yang korang dah ada sebelum membeli koleksi
baru.Err yang paling penting jangan amalkan 'biar papa asal bergaya'...Menyeksakan diri korang je.



2. Peruntukkan masa untuk satu-satu butik dan mencuba terlebih
dahulu pakaian sebelum membuat pilihan terakhir. Paling penting
untuk menyesuaikan dengan saiz korang.Jangan pulak beli ikot sedap jek,jangan marah
ada orang cakap korang pakai 'guni' (baju terlebih besar) @ macam sarung nangka (pakaian terlebih kecil)




3. Belilah sesuatu yang sangat diperlukan, berkualiti dan akan
memakainya.




4. Bawalah kawan2 yang 'sesuai' yang boleh beri pendapat ketika
korang memilih pakaian.




5. Belilaah pakaian yang menutup aurat.Jangan jadi hamba trend sudah




yang tak patot korang buat:



1. Beli pakaian yang tak semestinya dipakai dan sesuatu yang sama
cuma berlainan warna.



2. Hentam kromo memilih pakaian disebabkan tak cukup masa.
Akhirnya korang pasti nyesal.



3. Beli apa saja yang menjadi trend dan tak peduli dengan harga
semata-mata untuk barangan berjenama.Kang ade la yang sanggup berlapar.
Tak elok tu..




4. Takut untuk bertanya pendapat sama ada ianya sesuai atau tidak.Bimbang
di hati korang berkenan tetapi orang lain kata tak sesuai pulak.



**apa2 pon semua tu atas korang,selagi korang rasa korang mampu dan tak kesah dengan duit yang korang belanjakan tu xpelah..itu pon hak korangkan?..ngee~

tahi suci!! (aka holy shit) - musim kedua


kenapa aku menyucikan tahi untuk kali ini yek...?





  • jam sedang tepat menunjukkan pukul 4.01 pagi








  • aku cuba untuk menghabiskan game Final Fantasy9 sejak seminggu yang lepas (agak ketinggalan zaman kerana aku sangat jarang main PSone semenjak ayh aku beli pada tahun 2003 **satu2nya konsol game yang aku ada)









  • aku tersekat di CD ke-3 (cd dah rosakk!! arghhh)







HOLY SHIT!!!




p/s : minta maaf kerana kekasaran bahasa untuk entri kali nie.. :-p

satu liter air mata...sob3







ADAKAH ANDA SEORANG YANG MUDAH BERAIR MATA??HATI KUDUS LAGI SENSITIF??






aiseh..cam gempak je intro kan?hehehe actually aku baru je abis layan cerita nie..walaupon aku rasa aku orang yang dah ketinggalan (sebab citer nie citer dah lama kuar) tapi tetap gak nak kongsi ngan korang..kalo korang mencari-cari cerita dari Jepang yang best aku sarankan tengok lah citer nie..gerenti menangis..sob3

**aku xde lah menangis cuma hampir2 gak la..(sayang air mata jantan aku)

oklah,aku pendekkan sinopsis cerita nie k..cerita '1 litre of tears' di ambil dari kisah sebenar..mengisahkan seorang budak perempuan,Ikeuchi Aya yang mengalami penyakit 'spinocerebella ataxia' yang mana penyakit yang membuatkan dia lumpuh dan tak akan idop lama..dalam tempoh dia sakit tu macam2 la dugaan yang dia dapat..lupakan cerita cintan cintun yang tangkap leleh je dan lawak2 jepun yang menggelikan ketiak (yang memang takde la dalam citer nie)...ape2pon kalo korang yang belum tengok lagi try la mintak kat kengkawan ke yang ada citer nie layan sekali..gerent korang akan terasa cam nak nanges punyer...

apa kata kita tengok dulu pendapat2 mereka2 yang dah menonton drama nie:



"this is the SADDEST i EVER watch.
*tears*
it's such a sad drama.
i cried everytime they cried"-xdragonboi



"This Drama Is Hella Sad I Cried On Ep 9-10 i think those eps are the most sad I Wish They Learned A Cure For That Disease Already"-xNinjer


"i love this show. i cried on almost every episode :'( " -Skizzle144


-komen ehsan dari youtube-



5 sebab aku kenapa suka citer nie:

1. belom pernah tengok cerita yang sesedih cerita nie..serious..

2. awek dalam cerita nie memang kawaaiiiiiiii* abes..rasa cam nak cubit2 je pipi..ngeh~ (* comey lotey)

3. mencabar kelelakian gak la (tahan air mata..wakaka)

4. suka tgk hubungan kekeluargaan & persahabatan yang rasanya mungkin 1 dalam 1000

5. aku cam dapat rasa je penderitaan ikeuchi aya nie yang tersikse abes.



nie la Erika Sawajiri alias Ikeuchi Aya..whoaa kawaaiii!!
Tolonglah jgn selalu datang dlm mimpi aku..ngee~ :p



Aya dan keluarganya yang betol2 supportive dan caring abes..sob3 (terharu)

kita selalu mengeluh...kan??





kita selalu mengeluh bila...
kita tak gembira , mereka apatah lagi





kita selalu mengeluh bila...
kita ramai member..tapi selalu kita kutuk2,marah2 cam kawan tu byk yang tak kene ngan kita...tapi brader nie sanggup berkawan ngan binatang sebab takde kawan







kita selalu mengeluh bila..
selalu tak cukup duit nak bershopping..tapi macammana dengan budak perempuan nie





kita selalu mengeluh bila...
kerja yang ada sekarang nie menyusahkan,leceh lagi memenatkan...tapi kerja mamat nie lebih menyusahkan demi sesuap nasi






kita selalu mengeluh bila...
hari2 naik bas,LRT,komuter..bagi mereka inilah yang mampu untuk ke sesuatu tempat







kita selalu mengeluh bila...





kita selalu mengeluh bila...







kita selalu mengeluh bila...






kita selalu mengeluh bila...






kita selalu mengeluh bila..

-kredit untuk true_star dari scukz..telah di edit semula oleh epol-



adakah korang pon diketegorikan dengan orang yang suka mengeluh??aku pon sebenarnya suka gak mengeluh....tapi kita kena ingat.. ada lagi insan2 yang lebih teruk nasibnya dari kita..jadi bersyukurlah dengan apa yang kita ada.. apa pon untuk mengejar sesatu yang lebih baik dan lebih selesa tak menjadi masalah..semua orang nak hidup mewah dan hidup yang lebih baik..cuma kekadang kita perlu lihat orang yang lebih kurang dari kita..untuk renungan bersama :-)


jika engkau ibarat epal


Indah sungguh cuaca pagi itu.Angin bertiup tenang.Sinaran mentari lembut menerangi alam.Tapi sayang, itu semua tidak dapat memadam kegundahan hati sebiji epal yang berada nun di pucuk.Sejak seminggu lalu epal itu asyik berfikir, kenapa aku tidak dipetik orang? Kulitku licin mulus. Warnaku merah bersinar. Sesiapa yang melihat pasti terbakar seleranya. Pasti mereka terbayang betapa manisnya rasaku.Tapi kenapa aku tidak dipetik orang?


Epal tersebut memandang ke bawah.Hairan, kenapa manusia memilih kawan-kawannya yang berada di bawah sana.Bukankah mereka tidak mendapat angin paling bersih dan cahaya paling murni seperti aku yang berada di puncak paling murni ini? Bukankah rakan-rakanku itu ada yang sudah buruk dirosakkan seranggga?


Epal tersebut bingung memikirkan kenapa rakan-rakannya yang telah pun disentuh dan dibelek-belek menjadi pilihan, bukan dirinya yang belum tercemar dan dicuit orang.Apa kurang dirinya ini? Perasaan rendah diri mula bertandang. Makin lama makin menebal, diselangi rasa kecewa dan bimbang Murungnya tidak terganggu lagi. Lalu, pada pagi yang damai dan indah itu, epal tersebut menggugurkan dirinya ke tanah.Apabila sudah berada dibawah,hatinya gembira bukan kepalang. Sedetik lagi aku akan dipilih manusia.Warna merahku yang berkilau dan kulitku yang licin mulus ini pasti mencairkan liur mereka.


Epal menanti manusia bertuah itu.Malangnya sampai ke malam, tiada seorang pun datang mengambilnya.Buahan-buahan yang tergantung mudah dicapai tangan juga menjadi pilihan orang.Yang sudah dibelek-belek, dicuit-cuit dan disentuh-sentuh juga menjadi buruan.Rasa gembira bertukar menjadi risau.Daripada risau menjadi sedih.
Siang berganti malam, hari berganti minggu.Kasihan..akhirnya epal tersebut busuk ditanah menjadi habuan ulat dan serangga perosak….


Wanita itu ibarat epal. Buah yang tidak berkualiti amat mudah dipetik.Ia beguguran di tanah.Tapi epal yang tidak mampu dibeli, berada dipuncak.Susah dipetik susah digapai.Mahkota seorang gadis adalah sifat malu.Apabila hilang sifat malu,hancurlah maruahnya.Mereka sanggup jatuhkan martabat tingginya supaya dijamah orang lain.Akhirnya, tiada lagi wanita yang suci dan mulus, disekeliling kita ini.


Apabila melihat anak-anak gadis berpegang-pegangan dengan sang kekasih dan bercumbuan di taman bagai suami isteri, ingatlah anda pada artikel ini.

-kredit untuk penulis asal artikel menarik nie-

komen aku : tepuk dada tanya selera..jagalah maruahmu wahai wanita..

hadiah untuk pencuri

Oleh HAMZAH SARAH
berita@kosmo.com.my

www.kosmo.com.my/kosmo/pix/2008/1215/Kosmo/Negara/ne_13.1.jpg
Che Ibrahim menunjukkan bahagian dapur rumahnya yang ada kesan digelidah pencuri di Kampung Binjai, Kemaman baru-baru ini.


KEMAMAN - "Nasib baik saya cepat balik ke rumah kalau tidak, tak taulah nasib dia."
Demikian menurut seorang peniaga Che Ibrahim Che Abdullah, 57, mengenai kejadian seorang lelaki yang memecah masuk rumahnya, tetapi terperangkap selama tiga hari kerana gagal mencari jalan keluar.

Menurutnya, ketika kejadian pada 7 Disember lalu, dia balik ke kampungnya di Selising, Kelantan bersama isteri untuk menyambut Hari Raya Aidiladha dan pulang semula tiga hari kemudian.

Che Ibrahim berkata, sebaik masuk ke dalam rumah, isterinya pengsan apabila mendapati rumah dalam keadaan bersepah serta terdengar bunyi orang mengerang kesakitan di dalam bilik tidur.
"Bila saya periksa seorang lelaki yang saya kenal berada dalam keadaan lemah dan gagal keluar dari rumah kerana mendakwa pandangannya gelap akibat dihalang objek besar.
"Mujurlah kami hanya pulang selama tiga hari, kalau seminggu mungkin dia dah tak bernyawa," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini, semalam.

Kosmo! Sabtu lalu melaporkan seorang lelaki berusia 36 tahun terperangkap di dalam rumah milik pasangan suami itu semasa dipercayai mahu mencuri barangan berharga.
Suspek ditemui keletihan dan hampir kebuluran kerana tidak dapat mencari makanan serta mendakwa suasana di dalam rumah itu gelap-gelita.

-Kosmo , Khamis18 Disember 2008-




KEMAMAN 17 Dis. - Seorang warga emas percaya amalan membaca bismillah dan doa setiap kali melangkah keluar dari rumahnya yang turut dijadikan kedai runcit membantu menyelamatkan premisnya daripada menjadi mangsa pencuri baru-baru ini.

Che Ibrahim Che Abdullah, 57, yakin kejadian misteri menimpa seorang pencuri yang 'terperangkap' dalam kedainya selama dua malam sehingga hampir maut akibat kelaparan dan dahaga ketika dia sekeluarga balik kampung pada Hari Raya Aidiladha baru-baru ini semata-mata kuasa Allah hasil amalannya itu.

more...

Warga emas itu menolak anggapan dia menggunakan ilmu hitam sebagai pendinding untuk 'memagar' rumahnya daripada dimasuki pencuri.

''Ini semua kuasa Allah, saya tidak ada apa-apa ilmu mengenai kejadian ini," ujarnya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Binjai di sini baru-baru ini.

Dalam kejadian yang berlaku pada 7 Disember lalu, seorang pemuda berusia 30-an memasuki kedai itu dipercayai untuk mencuri ketika Che Ibrahim sekeluarga pulang berhari raya di Selising, Kelantan.

Selepas tiga hari pulang berhari raya, dia terkejut melihat keadaan kedainya bertaburan, malah isterinya pengsan melihat keadaan itu manakala dari dalam bilik tidur terdengar bunyi orang mengerang kesakitan.

Apabila dijenguk ke dalam bilik itu, warga emas itu menemui seorang lelaki dalam keadaan lemah dan dia mendakwa gagal keluar daripada kedai itu kerana tidak mampu melihat apa-apa dan terdapat 'lembaga' yang menghalangnya daripada keluar.

Menurut Che Ibrahim, kedainya sebelum ini pernah dipecah masuk apabila dia sekeluarga pulang ke kampung mereka di Selising tetapi pencuri tersebut tidak mengambil apa-apa walaupun boleh berbuat demikian.

Tidak tahan dengan kejadian itu, dia yang telah berniaga 20 tahun mengamalkan bacaan bismillah dan doa memohon perlindungan Allah setiap kali meninggalkan premisnya.

''Ramai yang bertanya apa ilmu saya amalkan, tetapi terus-terang saya katakan tiada apa-apa ilmu dan semua kejadian ini adalah kuasa Allah," ujarnya.

Kata Che Ibrahim, jika difikirkan secara logik lelaki tersebut boleh mengambil apa jua makanan di kedainya tetapi kerana tidak dapat melihat apa-apa menyebabkannya terpaksa berlapar selama tiga hari.

''Nasib baik saya tinggalkan kedai selama tiga hari saja, kalau saya pulang lebih daripada seminggu, mungkin lain pula jadinya kepada lelaki tersebut," katanya yang lega lelaki itu dapat diselamatkan.

Dia juga bersyukur kerana tiada barangan yang hilang termasuk wang tunai.

sumber : utusan malaysia



komen aku : aii nasib kaulah pencuri..nasib baik baru sesat je..kalo 'terjumpa' apa2 entah apa la yang jadi ye..apa-apa pon setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..selalu lah amalkan membaca bismillah dan sentiasa berdoa kepada Allah dalam setiap apa jua yang kita lakukan..semuanya dengan kuasa Allah..kepada Allah kita berlindung dan kepada Allahlah juga kita memohon pertolongan..semoga menjadi iktibar untuk semua

badan ko berbau lah....yucks!!!!



pernah tak korang mengalami @ ada kawan-kawan yang mempunyai masalah badan berbau busuk @ masyam @hangit dan bau2 yang kurang menyenangkan?korang selesa tak bila badan korang tu berbau @ berdekatan dengan kawan-kawan yang berbau?mesti rasa loya@pening2 dan macam2 lagi kan.

cuba kita tgk pandangan orang ramai tentang masalah badan berbau ni :



"siyesly amat lah x selesa klu berdekatan ngan org yg badan berbau mostly yg sy selalu terserempak pompuan la lelaki pun ada jugak nk d tegur, x kenal rapat kang x pasal2 kene pelangkung so, sesape yg ade member yg badan berbau ni tegur2 la secara sebaik nye kesian kat derang nih kdg2 tu derang bukannye pasan kalau bdan derang mengeluarkan gas2 yg x sepatutnya dihidu oleh sesiape sy sendiri klu berpeluh mmg x ske nk dekat2 ngan org... takut jugak kot2 ade bau ngehehehehhehe" -afy 2737



"sorang kwn lelaki aku masa kat kampus ada bau bdn yg x best camni.. pernah skali dia berdiri sebelah aku.. mak ai!! aku doa je dlm ati supaya dia cepat blah... sorang lagi ex-opismate aku, lelaki gak.. pon ada masalah camni... sampai kwn2 yg lain semua perli dia.. kesian gak kat dia kkdg.. aku selalu tanya kat kwn2 aku kalo2 aku pon ada masalah camni... tapi dorang kata aku okay je.. aku tak kisah kalo dorang bgtau terus terang drp cakap blakang..."-invisibleGurl




"dulu ada member laki kt tempat keje aku...baunyer tahap puaka...sume tak tahan...baunyer jarak jauh pon dah leh hidu..sampai satu tahap...kwn aku yg sorg lagik (laki gak tp dah berumur skit) tegur dia sal bau badan dia...mamat yg bau tahap puaka tuh ckp dia tak tau pon badan dia berbau...pakcik yg tegur dia tuh siap belikan dia deodoren CNI lagik...pastuh dah kurang baunyer...amanlah tempat keje aku...sekian citer aku.." -akma^82





"ade pompuan kate bau aku seksi...hehehehe..padahal bau ketiak aku je."-fsyukri


-petikan komen dari forum mesra.net-




kat atas nie sedikit komen pasal badan berbau.tapi yang last tu memang spesis tak sedar diri dan perasan sikit..hehe..nak di jadikan cerita,aku memang pernah jumpa orang yang badan berbau 'kuat' nie..bukan lah salah dia nak badan berbaukan..tapi ye lah..kalo dah tuan empunya badan cam wat tak sedar je badan diorang berbau sedangkan hakikatnya kalo disuruh berendam dalam air ntah warna apa la yang keluar..haha (bukan mengutuk ye cuma nak me'metafora'kan ayat :p)

yang membuatkan badan berbau nie bukannya disebabkan bau dari badannya saje yang leh memualkan..tapi antara salah satu penyebab utama badan berbau nie adalah tersalah memilih perfume@deodorant yang tak sesuai dengan bau badan..bayangkan kalau bau badan ditambah pulak dengan bau perfume yang tajam lagi kuat..korang rasa bau apekah yang akan dihasilkan?ah hah nie lah punca bau yang kurang menyenangkan tu..

jadi aku nak kongsi sedikit petua kat korang utk korang nasihat dan amalkan sendiri:

1. Rajin Mandi
bagi mereka yang mempunyai masalah nie amalkan mandi selalu.Mandi dengan shower lebih berkesan dari mandi berendam sebab dengan pancuran air dari shower secara tak lansung mampu menanggalkan saki baki daki yang ada setelah bersabun.

2. Pakai Sabun Anti-Bakteria@Wangi
seelok-eloknya pakailah sabun seperti yang dinyatakan supaya bakteria tak suka kat korang (bakteria tu pon faktor badan berbau).jangan dipakai sahaja tapi gosoklah di celah2 ketiak,leher,belakang badan,celah kelankang yang mana tempat terkumpul daki2 dan kotoran degil.kalo setakat sapu ngan sabun je cam geletek daki aje lah...tak efektif

3. Pakai deodoran
haa yang nie penting, deodoran@ubat ketiak nie antara salah satu alat rias yang wajib ada.Kepada lelaki aku syorkan pakai Nivea for Men.Memang wangi dan berbau 'lelaki'.Bagi yang perempuan lak aku syorkan pakai lah deodoran yang natural (bukan yang ada pewangi).

4. Amalkan pemakanan yaang sihat
banyakkan minum air dan buah-buahan yang mengandungi antioksidan.Kurangkan makanan berlemak,kafein dan coklat kerana bakteria suka pada peluh orang yang mempunyai lemak. (tu pasal orang yang berbadan besar segelintirnya ada masalah bau badan).


5. Amalkan makan sayur-sayuran
makan sayur juga dapat megurangkan badan berbau berbanding mereka yang suka makan daging. Korang pon tau kan kalau korang dok sebelah Mat Saleh@Pak Arab pasti korang akan perasan yang badan diorang 'berbau'..diorang kan mana sangat makan nasi..asyik makan daging je..(bagi mereka yang tak suka makan sayur cubalah amalkan yek)




bagi mereka-mereka yang mempunyai masalah bau badan yang kronik tu cepat2 la sedar yek..amalkan kehidupan yang bersih dan sihat..demi kepentingan korang dan masyarakat sekeliling...Photobucket

senaman mudah dengan gaya paling cute lagi chumil

Bagi kawan-kawan yang dah lama terperuk di rumah@penat bekerja@ape2 aje lah..leh la praktikkan gaya senaman mudah nie supaya korang sentiasa cergas,sihat,bergaya,anggun,kacak dan berkeyakinan sepanjang hari.Ada 14 tips senaman gaya comel khas untuk korang :


http://emo.huhiho.com
1. kawal pernafasan anda kira-kira seminit sebelum memulakan sesi senaman





http://emo.huhiho.com
2. gerak-gerakkan bahu anda untuk melegakan bahu dan leher





http://emo.huhiho.com
3. tingkatkan sedikit kelajuan seperti langkah 2 tadi. (kasi cergas sikit)





http://emo.huhiho.com
4. gerak2kan kepala anda dengan gaya seperti kamen rider.




http://emo.huhiho.com
5. ikot gaya nie dari kire ke kanan






http://emo.huhiho.com
6. ulang langkah 5 dari kanan ke kiri pula






http://emo.huhiho.com
7. pusingkan badan anda seperti orang mengantok nie..(jangan tersalah pusing sudah)






http://emo.huhiho.com
8. joget gaya ringkas ala2 cerita 'hairspray'






http://emo.huhiho.com
9. statikkan joget seperti langkah 8 dengan bergerak ke kiri (sampai kene dinding@tiang berdekatan)






http://emo.huhiho.com
10. cari mana2 meja@beban yaang berat yang berhmpiran dan cuba laa buat2 angkat (untuk melatih otot tangan)






http://emo.huhiho.com
11. cari mana2 dinding@ cermin berdekatan dan watlah seperti gaya ini






http://emo.huhiho.com
12. gerak2kan segala sendi anda seperti gaya ini..pasti terasa segar..hehe






http://emo.huhiho.com
13. sebelum berakhir,jangan lupa mulut anda juga perlu disenamkan






http://emo.huhiho.com
14. akhir sekali,lakukan taichi ringkas..hehe





sekadar hiburan jek,tak salah dan boleh dipraktikkan tapi kalo ade berlaku sebarang kemalangan jangan cari aku yek..hehehehe http://emo.huhiho.com

Dragon Ball Z The Movie.....sedih

Goku dan kaum kerabat dalam Dragon Ball Z

Kalo sebut je Dragon Ball memang aku antara salah seorang die-hard-fansnyer..kira dari kecik lagi aku membesar ngan anime Dragon Ball dan 'manga'nya (pencetus aku jadi seorang pengumpul komik sampai sekarang)..dulu aku pernah kumpul dari volume 1 sampai volume 43 (penamat) untuk komiknya tapi sekarang dah tak cukup (ada yang hilang,orang pinjam tak antar2..siot betol)..walopon dah tak cukup complete cam yang aku kumpul dulu tapi Dragon Ball tetap aku suka sampai sekarang..

dalam 2-3 tahun lepas aku ada terbaca kat majalah Gempak yang Dragon Ball akan difilemkan..wah laweii..mesti best giler ngan teknik2 kame-hame-ha nyer yang power,rambut cacak2 anti-graviti,kapsul rumah,motorsikal,kereta dari Bulma..perghh macam mana la diorang nak realisasikan dalam filem yek (berangan jap masa tu)..

bila belek2,buka Tiub Kamu (You Tiub) dan aku sesaja lah kot2 dah keluar trailernya..aiseh,memang da ada dah.cuma......aish...nape ntah rasa cam sedey jek..ntah mamat mane la yang dia amek jadi Goku..tak sesuai lansung..baru tengok trailernyer pon dah bapak mengarut2 (cam lari dari cerita asal)..tahi suci (holy shit) betol bila menengoknye..

apa-apa pon filemnya tak keluar lagi,tapi aku dah dapat rasa semua peminat2 Dragon Ball mesti kechiwa tahap gila babeng bila tgk kartun kesayangan diorang yang dah di filemkan dah lari dari cerita asal..aish,sabo ajelah..korang tengok sendirilah trailer Dragon Ball akan datang nie.











nie le Son Goku @ Justin Chatwin..nape aku rasa nak sepuk je muka ko..
(rupenya Son Goku berdarah omputeh dia amek) hahaha




Son Goku ngan Bulma (aiseh,Bulma yang mampu mendarahkan idong nie)






Cici,anak perempuan Raja Gyumao dan bakal isteri Goku..cun





Cikgu Muten@Master Roshii dilakonkan oleh Chow Yun Fatt..asal ada rambut
lak nie?pakai tonik Yun Nam Hair Care ke?


mungkin sebab namanya Dragon Ball Evolution maka diorang pon tukar stail watak dalam filem nie..ape2 aje lah jangan tak laku filem ko sudah :p