bila lelaki itu pokai



TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan.


Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:



Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.



Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”



Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.



Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”


Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”


Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”



Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”



Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.



SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”



Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.”


Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

-thanx to put_277..dipetik dari forum scukz-


komen aku : rasa cam menyokong penoh jek sebab & alasan lelaki yang pokai nie (sebab kebanyakan lelaki tak bagitau sebab jaga muka..hehehe :p)..kepada wanita2 di luar fahamilah lagi situasi sebenar lelaki yek..kalo da laki tu takde duit pepandai la nak belanja plak kan.. :D

11 comments:

Saidah Malihah berkata...

sbb tu duit adlh sgalanya..hoho

epol berkata...

buat zaman sekarang..ye!! :p

Lina Chan berkata...

patut la pakwe sy slalu msg je..
jrg2 mau kol..

patut la pakwe sy slalu makan kat luar ngan mmbr2 dia..

patut la dia slalu balik lewat..

p/s : kalu mcm ni petanda apa tu? haha~

eD berkata...

Tak macho la bro laki belanja gadis. :D

Yang aku buat : Aku belanja dia makan, dia belanja aku transportation.

...Walaupun aku bayar lebih sikit dari dia, tak kisah la.

epol berkata...

sis Lina Chan
~biase la tu..tu petanda dia seorang lelaki normal..hehehe (rase cam same perangai je ngan dia :p)

farid
~macho?hahaha..jgn amal le biar papa asal bergaya..len le kalo da kawen ke ape..tapi cara mung tu mmg sgt praktikal lah..aku sokong :)

DilOt berkata...

ye ke mcm tu...

aku ngan pakwe aku slalu window shopping je...due2 separe pokai...jdla...cuci mate je...wahahaha

kdg2 aku banje mkn....die byr duit minyak kete...aku slalu suh die isi penuh, minyak kete aku..pastu yg len2 pakwe aku yg byr,,,.muahaha...jdla...de gak aku share2 ngan die...

Lina Chan berkata...

erm, sama ngan ko ke?
alala~

tp so far dia xla kedekut..
topup tiap2 bulan masyuk..
hehe~

critical passion berkata...

erm..aku mcm ari2 cal awek aku...jauh lak 2..huhu....

pd pndpt korg..haruskah aku call dy slalu or juz nk sms jerk...??hurmmm,...

epol berkata...

Dilot
~bagusla camtu..anda seorg yang memahami..hehe

sis Lina Chan
~pakwe anda ssgt masyuk..respek arr..:p

critical passion
~kalo aku prefer sms jek..len la kalo aku da keje..tak kesah le nak call ari2..skang nie pon harap duit mak bapak lagi x mampu nak tanggung anak org..hehehe (tepuk dada tanye selera..tak salah pon nak call :p)

Lina Chan berkata...

haha~ nak pomot ckit..
pakwe sy keje petronas..
nnt kopun ble apply tau..
amik bhgn HSE..
konfem masyuk gak nnt..

epol berkata...

sis Lina Chan
~dia keje di petronas mane?actually mmg nak mintak LI kat petronas..tapi kat melaka..dia leh tlg?heheh :D