si bodoh menjengkelkan saya


Manusia nie ada macam2 perangai,macam2 ragam,macam2 gaya..rambut sama hitam hati lain2..kekadang tu tak semua benda kita boleh nak puaskan hati masing2 even keluarga kita sendiri pon kita susah nak puaskan ati mereka..aku rasa sejak aku hidup di muka bumi nie selama 20tahun 9bulan dah macam2 gaya,macam2 perangai kengkawan yang aku jumpa..dan salah satu daripadanya adalah 'ANNOY'.

'ANNOY' menurut Kamus Universiti v1.1 bermaksud menjengkelkan @ menyakitkan hati...aish kenapa lah yek ada orang yang 'annoy' nie..walapon mereka2 yang annoy nie sedar / tidak sedar sedikit sebanyak dah wat aku rasa sakit ati,nak lempang,nak smack down aje golongan2 macam nie...neraka berdarah!


kategori-kategori kengkawan yang menjengkelkan dalam perspektif aku :

  • cakap cam diri sendiri je bagus..tak nak mengalah dan nak terima pendapat dia jek.. --:orang camne mmg aku rasa ringan je kaki nak menerajang
  • cakap besar dan merendahkan kemampuan dan taraf orang lain (walaupon secara hakikatnya dia mmg pandai) --:hampeh!ko igt ko pandai ko boleh pandang rendah kat org lain ke..idop nie ibarat roda..ko tgu je masa ko turun..moron!
  • emosi yang selalu tidak stabil..mampu merosakkan mood kengkawan yang lain. --:hello!awk duduk bermasyarakat jangan igt orang nak pujuk @ layan emosi awk..moron!
  • selalu nak marah-marah dan menunjukkan muka 'ketidakpuasan' ati secara terang-terangan.. --:kalo ko suka nak marah2 baik pegi dok dalam gua..bukan dengan aku..
  • tak jujur dan tak ikhlas dalam nak menolong..kalo nak tolong pon cam nak tak nak aje dengan niat nak jaga ati kawan --:ko tolong kambing makan rumput ajelah..kalo malas nak tolong sila ringankan mulut anda bagitau situasi malas anda..jangan nak menolong dalam keadaan terpaksa
  • suka perli yang 'tajam' dengan niat 'nak bergurau'.. --:ye anda mmg seorang siot!!
  • melawak @ bergurau yang melampau2 sampai menyentuh emosi & sensitiviti.. --:bergurau tu tak salah..melawak pon tak salah..tapi yang ko bergurau cam neraka dan nak ajak bertumbuk apehal?moron!!
  • hipokrit..depan cakap lain belakang cakap lain... --:jumpa orang camnie kasi balun aje
  • cakap selalu tak betol..jap cite A dgn org nie plak cite B... --:ko balik sekolah blaja cara2 nak berkomunikasi dengan baik yek..
  • tak tepati janji..suka cakap berbelit2 macam ular.. --:ko jadi ular la senang..hari2 boleh membelit

sedar tak sedar aku pon kekadang ade jugak tergolong antara salah satu kategori di atas..sekadar peringatan gak untuk aku dan kengkawan...bukan senang nak senangkan hati dan sangat senang nak sakitkan semua orang..memanglah orang cakap 'jadilah diri sendiri' dan tak payah nak berpura2..tapi kalo dah diri sendiri cam hampeh dan wat orang sakit hati jangan nak duduk dalam kehidupan bermasyarakat lah..menyusahkan dan menjengkelkan..


-tak semua orang suka aku dan tak semua jugak suka KAMOO-

9 comments:

Saidah Malihah berkata...

wahh..marah gilex nmpknye..aku pun myampah gak ngan org cam gni..
n aku mmg ade pntun khas utk org spesis nih..

anak ayam sesat d tronoh,
lps sesat mati d bunuh,
engkau ni dah la bodoh,
prangai pulak sgt xsnonoh..

aku baru je cipta ptun ni smlm sbb skit ati sgt2 lah..hehe

helena's berkata...

ala takpaham pulak moron tu ape yer epol??haih

epol berkata...

saimal
~xde lah marah giler..cume sesaje naak berkongsi cerita aje..nway,pantun demo sgt best..hehehe :p

helena
~moron means stupid..yeahh!!

goasop berkata...

setuju sangat2. tapi siapala kita nak ubah orang. so pandai2 la kita berdepan ng org yang pelbagai ragam cmni. ehe

eD berkata...

If all humans are like us, the world would be very boring.

My advice : Deal with it. Professionally.

blodyn berkata...

hahahah. ni mesti tengah bengang kat somebody nie :P no worries. ur not alone. I think i have a friend from each one of those categories! LOL. especially tak suke yang asyik mood swing tak tentu pasal. ignore orang tak tentu pasal. memang annoying. haha.

p a a n. berkata...

pol..
jgan jadi kes bunuh lak ye...
haha

epol berkata...

goasop
~betol2..siapelah kita nak mengubah seseorang..tapi kite leh menegor @ bagi nasihat

farid
~ye,sgt boring tanpa kawan macam kamu..LOL

blodyn
~sgt byk mereka yang species macam tu..emo emo dan emo...lagi baik jadi ELMO 'Sesame's Street'..comey gak..kekeke

paan
~jgn risau..kewarasan masih ada..lagipon bukan entri nak hentam sesape..sesaje berkongsi cerite..peace ~

Lina Chan berkata...

marah ke?
jgn marah2 tau..
biasa la..
namapun manusia..
tiada yg perfect..