wekk!! kaki ko berbau puaka !!





pernah tak korang mengalami perasaan yang memendam rasa bila kaki korang berbau??kalo kaki tu bau yang biasa takpe la jugak...


tapi kalo kaki korang berbau cam puaka tak mandi 1000tahun tu memang bermasalah...korang check dulu betol ke tu kaki korang?entah2 kaki korang dah bertukar kaki puaka udah..hehehe

aku pernah gak mengalami situasi bila aku dalam kelas ketika aku muda remaja di alam sekolah menengah..adalah sorang member aku nie dengan selamba badaknya membuka kasut beliau dengan alasan 'kaki aku panas'..yeaahh!!tahniah kepada beliau kerana sudah menyumbangkan satu aroma yang mampu mematikan haiwan2 akuatik yang seronok berenang2 di dalam akuarium rumah..ish3 dah ditegor dijawabnya 'standardlah bau kaki'..standard wak lu...aii susah betol nak menangani memberku sorang nie..hampeh betol beliau..

untuk peringatan aku dan jugak korang semua..kali nie aku nak berkongsi tips2 nak mencegah bau kaki dari mengalami kepuakaan yang mampu membunuh dalam diam (silent kill) :


1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh


2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut


3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.


4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.


5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.


6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh
dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut


7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur



-jangan biarkan kaki anda diselubungi PUAKA!!jagalah kebersihan diri anda dan keselesaan orang lain-





8 comments:

goasop berkata...

haha. kaki xde. mulut ade~ rase cam nak tutup je hidung ni depan2 de. tapi tahan je la. hormati org. huks

yIpPie fAraH berkata...

huhu.. aku pn berpengalaman, wktu kt matrik..
dk tu ske ati bukak kasot dlm kuliah..
berbau wo..
tahan je la..

epol berkata...

goasop
~mulut berbau longkang = rasa nak letak sabun daia je dlm mulut tu..heheh

farah
~sanggop ko tahan?haha ke bau kaki ko?kui3 :p

yIpPie fAraH berkata...

byk la ko.. kaki aku wangi tau~! haha
xkn nk sound tbe2.. aku x knl ma bdk tu.. kang die angin ngn aku, pyh wo..

Framestone berkata...

kaki aku pun dulu berbau jugak

epol berkata...

farah
~penyelesaiannye=tegorlah kawan anda dengan berhemat :D

framestone
~dulu aje?skang camne bro?hahah

Framestone berkata...

skrg??
tiap2 hari basuk stokin..xpun tukar stokinbaru he...23x

epol berkata...

hehe..bagos2..amalkan gaya hidup sehat :D