andartukah atau andalusiakah




andartu = anak dara tua andalusia = anak dara lewat usia

Andartu??Andalusia?? aii macam2 gelaran yang di bagi kat golongan perempuan yang belum berkahwin nie...biasalah bila bilangan orang lelaki yang semakin lama semakin berkurang nie persaingan antara orang perempuan pon bertambah sengit..tapi betol ke tu je alasan membuatkan golongan perempuan nie jadi andartu?

Tak nafi sape yang tak nak kahwin kan?tapi ape yang aku baca dari salah satu laman blog nie mungkin mampu membuka mata kepada kaum2 hawa di luar sana kalau tak nak jadi salah seorang andartu..


"Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu."

“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Maksud Hadis)


Fakta

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda.


Faktor

  • perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi - berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga
  • Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga - takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.
  • sikap ibu bapa-memandang bulu dalam soal memilih menantu
  • terlalu pemilih
  • pernah melalui satu peristiwa pahit
  • tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar.
  • belanja kahwin yang tinggi.


Jalan Penyelesaian

- Peminangan pihak lelaki dengan pihak perempuan.


- Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.


- Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam.


- Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yang telah layak dan mampu.


-
Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkan perkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.


- Memahami peranan poligami yang diharuskan dalam Islam.


-dipetik dari Andartu - Inilah Jalan Penyelesaian , di olah semula oleh epol-


Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.”



komen aku : perkara yang mudah tak perlu di susahkan..setiap manusia tu dah ditulis jodoh dan ajalnya semenjak dari lahir lagi..atas usaha kita je nak ke tak nak kan?...

**kalo perempuan = andartu..lelaki= apa lak ek?? hehe..

9 comments:

helena's berkata...

sape taktakut jdik andartu,cik hel macam nak terase da ne..waaaa eh mude lagi kan..takpe2!calm..

lelaki kte tak gune andar-andar ne,,bujang terlajak..ekeke

nyway kalo jodoh tu da sampai tak kire takde duet ke tak sedie ke,akan jadi jugak,jodoh kan ditgn yg maha Esa,,ceh ceramah pulak sini,,hikss

Framestone berkata...

aku pun perasan jugak.. sepanajng aku kerje nie..aku de fokus pendfatran peserta untuk conference antarabangsa bulan 4 nie..kbykan dari kaum wanita yag agak berumur..tetapi berstatus miss ops cam mne tue

ijechan berkata...

anak teruna tua = antertu~

macam altantuya je. haha. info yg bagus. almost sejuta tak kawin.. isk~

epol berkata...

cik hel
~bujang lapok pon leh pakai gak..hehe
mude lagi tapi kena pk mase depan gak kan..hehe

framestone
~haha..tu le pasal..miss2 yang terlajak..alamak terlebey sudah..:p

ijechan
~sejuta??wow..kne tingkatkan lagi poligami lah kalo camnie..heheh :p

cIk JanNah berkata...

smua pompuan tkt lau d gelar andartu..
rse mcm x laku,tp 2 persepsi owg rmai..mgkin "andartu" nie ade sbb die tersendri nape die x kawen. dan mungkin jgk bukan jodoh die di dunia tp Tuhan tempatkan jodoh die di akhirat. sape taw kan??

tp cik jannah x nak jd andartu..
huaa..kne cri bf cpt2 nieh
;)

epol berkata...

cik jannah
~jodoh tu tak dtg bergolek..kne seiring usaha dan doa gak cik jannah..hehe ape lagi?da ade calon cepat3 la kawen..ngee~

Tanpa Nama berkata...

kekadang cam jeles lak ngan org dlu2.rmai yg kwen tyme umo 14,16 taun.tp skrg,umo 28,30 bru kwen.pompuan skrg makin xlaku ke lelaki skrg yg lambat matang?

org dlu,dahla kawen awl.pas kawen trus xyah keje.sbb tu tanggungjwb laki.bini duk umh jg ank je.tp skrg,dahla kawen lambat,pas kawen kne jg anak,pastu krja lg.aihhhh....camne la pompuan skrg rmai xmati awl sbb pnyakit plik.tp utk laki,mesti ni brite gmbire sbb ley kawen ramai kan??.nak kawen ramai tyme bini msih idup,takut kena simbah asid.btol x??huhuhu

aishhh...nak kawen awl.tp calon tadak.kalo ade pon,ayah dah ugut nak kejar ngan parang.susah2....
zaman skrg=zaman tatkala smua kekonfiusan menjelma~

-nabila yg nak kawen ngan anak raja=P

epol berkata...

cik nabila yang nak kawen anak raja
~zaman dah berubah..dunia dah maju..tu le skang nie nak kawen pon susah..koman2 kne ada rm10000..tu tak campur lagi ngan yang len2..mane orang cam kita mude rumaje nak cari duit..tu le orang kita..menyusahkan benda yang tak susah..

pasal brite gembira lelaki kawen awal tu tak betol la..ade plak pk camtu..haha igt lelaki nie kemaruk nak kawen ramai ke?bukan sumer yek..

**rasanya anda nie bukan takde calon..saje je tanak cari..kan kan kan? :p

Framestone berkata...

bukan terlajak..cuma xnk lepaskan pangkat tue je