LOL!! #1





Kali nie aku nak kongsi koleksi2 citer lawak (sedut daripada laptop member aku) yang mampu gak la wat aku tersenyum (dan ade gak gelak sket2)..hehe layan aje beb...LOL!...


__________________________________________________________


LAWAK 1

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya.. Guru : "Kamu ni murid baru kan ?" Murid : " Ya.. cikgu" Guru : "Nama kamu siapa?" Murid : "Man" Guru : "Nama panjang kamu?" Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn nnnnnnnnn.. cikgu"


__________________________________________________________


LAWAK 2

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong... " Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

__________________________________________________________


LAWAK 3

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah... . Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?" Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja... .. Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama... . sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul... ."


__________________________________________________________



LAWAK 4

Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?" Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku baw a ini akan aku kasi pada mu!" Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"


___________________________________________________________


LAWAK 5


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...Cool


________________________________________________________



p/s: Whoaa..entah kenapa aku rasa makin bosan je cuti hujung minggu..takde benda yang menarik ke nak di buat yek..??nak keluar jengjalan malas..nak study,harapan aje lah (hahaha alasan untuk jadi seorang pemalas :p )..nak berblog pon tak leh slalu..nak tunggu dapat buka blogspot pon jenuh..entah bile la nak laju2 internet kat kolej aku nie..sabo aje lah... >_<



10 comments:

Awin berkata...

sengal gle lawak die..
hahahahaha~~~

cIk JanNah berkata...

ngeee~
bengong nye lawak nie.

jgn jd pemalas!
sekali sekala x pe..
hiksss

ayu nadyera berkata...

Kah3..
Mmg lawak(release stress gtu)..

Btw,,intenet kolej mmg lembab(dri ape yg membe2 bgtau)..sabo la yeh!!

Framestone berkata...

mne la ko jumpe lawak nie ek..ade yg aku pernah dgr n ade yg x

PJ selamba berkata...

aku suka lawak nombor 2
sengal je
lawak lain pun best!
haha

Saimal berkata...

kalo bosan balek umah la abg epol weh..xde mendenyer duk tnggu upm tuh =p

Ejat_Aramaiti89 berkata...

hohohoh...lawak bengong bai..
ahahha release tension bila baca

epol berkata...

Awin
~mmg sengal..ngee

cik Jannah
~insyallah dah tak malas2 dah..:p

ayu nadyera
~dah hampa dah ngan uspot..huk3

Framestone
~jumpe kat celah pokok..ngeh ehhee

PJ selamba
~aku suka lawak last..oh tidak!! lol

saimal
~support la tambang..skang gak aku
balik kelate..:P

ejat aramaiti
~tengah tension2 sesuai untuk bergelak ketawa bai..hehe

mYshah berkata...

HAHA, ternyata si tengku nazira ngan firdaus tu mengong! heehe...

razak gak yg cool ^^

epol berkata...

mYshah
~razak budget gay..(still tergelak2 lagi baca lawak tu)..hahha