perempuan = berbahaya??

mengapakah aku mengatakan perempuan sangat berbahaya??....


klik gambar utk lebih jelas



hehe..jangan marah yek kaum hawa..aku bergurau2 senda saje..kui3 :D


orang amerika juga bodoh piang





Adakah korang merasakan diri korang alias orang Malaysia @ Asia kurang 'cerdik' berbanding orang Amerika?Adakah korang selalu mengagumi orang Amerika paling bijak dalam semua bidang??

Kalau ya..sila tolak persepsi korang tu jauh2 sebab orang Amerika juga ramai yang bodoh piang dari kita...tak percaya?cuba korng tonton video nie:








yakinkan diri anda..tak semua orang Amerika bijak pandai..:p



wekk!! kaki ko berbau puaka !!





pernah tak korang mengalami perasaan yang memendam rasa bila kaki korang berbau??kalo kaki tu bau yang biasa takpe la jugak...


tapi kalo kaki korang berbau cam puaka tak mandi 1000tahun tu memang bermasalah...korang check dulu betol ke tu kaki korang?entah2 kaki korang dah bertukar kaki puaka udah..hehehe

aku pernah gak mengalami situasi bila aku dalam kelas ketika aku muda remaja di alam sekolah menengah..adalah sorang member aku nie dengan selamba badaknya membuka kasut beliau dengan alasan 'kaki aku panas'..yeaahh!!tahniah kepada beliau kerana sudah menyumbangkan satu aroma yang mampu mematikan haiwan2 akuatik yang seronok berenang2 di dalam akuarium rumah..ish3 dah ditegor dijawabnya 'standardlah bau kaki'..standard wak lu...aii susah betol nak menangani memberku sorang nie..hampeh betol beliau..

untuk peringatan aku dan jugak korang semua..kali nie aku nak berkongsi tips2 nak mencegah bau kaki dari mengalami kepuakaan yang mampu membunuh dalam diam (silent kill) :


1. kerap basuh kaki dengan sabun terutamannya jika kaki mulai berpeluh. ia bertujuan untuk mengelakkkan kaki terlalu lama berlemuran peluh


2. lap kaki dengan tuala bersih dan sapukan bedak sebelum memakai kasut


3. kaki juga perlukan semburan anti bau, gunakan semburan anti peluh (antiperspirant) yang biasannya telah dicampurkan dengan anti bau (deodorant). Bagimanapun elakkan semburan jika kaki mengalami keceraan seperti luka.


4. ganti stoking lebih kerap, pilih fabric dari bahan kapas yang boleh menyerap peluh.


5. jika kaki mempunyai peluh berlebihan, kamu digalakkan memakai stoking 2 lapis.


6. Pilih kasur jenis terbuka atau sandal. ini kerana kasut tertutup akan merangsangkan peluh
dan mengundangkan kuman bersarang. sehingga kaki kamu berbau. pilih kasut bukan dari bahan plastik yang boleh menghalang udara keluar masuk. Serta jangan pakai kasut yang sama dua hari berturut-turut


7. rendam kaki didalam air suam, kemudian sapukan dengan losen dan berstoking sebelum tidur



-jangan biarkan kaki anda diselubungi PUAKA!!jagalah kebersihan diri anda dan keselesaan orang lain-





hari ini aku 'happy'


mengapakah aku sangat gumbira hari ini??.......

* aku happy kerana dah lama tak datang ke Kota Bharu

* aku happy kerana dah lama tak berjalan-jalan di KB Mall

* aku happy kerana dapat bawak kereta laju-laju..barulah KB drift (hahaha :D )

* aku happy kerana dapat makan akok panas nyam nyam nyam

* aku happy kerana dapat berjumpa dengan 'dia' :-)


ye..aku sangat gumbira hari ini.. :-)

SAHABAT:Riben Putih Untuk Semua - award dari cik lily

mekasey kepada cik lily yang sudi memberi award..







sahabat,memang mendalam maksud sebenar sahabat..
sahabat bukanlah kawan,bukanlah teman..sahabat ada maksudnye tersendiri...sahabat bagi aku ialah seseorang yang sangat memahami,sangat prihatin,susah senang bersama dan tak bermuka-muka..kawan boleh cari beribu,nak mencari seorang sahabat mungkin 1 dalam seribu..kepada mereka yang bergelar sahabat..terima kasey dari aku :)


aku nak berkongsi award nie kepada :

* amar
* Cik Azlina @ Lina Chan
* saimal
* lyaeliza
* Ejat_Aramaiti89
* farid
* blodyn
* helena
* muaz
* faiz
* ayu nadyera


silamat tawun bawu cinee -sila baca dengan telor cina

Malaysia nie best..macam2 raya ada...Raya Puasa,Raya Haji,Raya Cina,Raya India (Deepavali) dan macam2 raya lagi...bagos gak byk raya nie sebab leh byk cuti2..hehe

kalo dah nama raya tu tak sah la kalo bukak tv je iklan raya,lagu raya & citer2 raya..kalo bukak google skang pon dah bertukar logonye bersama dengan seekor lembu..kan tahun nie tahun lembu:




aku banyak gak berkawan dengan kawan2 cina nie..dan yang tak bley aku lupa kawan2 aku di sekolah rendah selayang utama :

yap,wong,naresh & seng


aku memang rapat dengan diorg (ala2 geng bas sekolah gak la..hehe :p)....actually masa aku kanak2 takde sangat gap bangsa macam aku skang..skang nie kalo masuk dewan kuliah dapat nampak kelompak melayu & kelompok cina (kebanyakan india plak leh join antara 2 kelompok nie)..aii rindu betol zaman kanak2...

apa yang membuatkan aku teringat kenangan cny dengan zaman kanak2 ialah ANG PAU!!..dulu aku & kengkawan ade gak jenjalan beraye di rumah kawan2 cina...setakat makan limau & air COKE ajelah...bukan semata-mata angpau,tapi hubungan erat antara kitorg antara kaum dan aku rasa aku di zaman kanak2 lagi senang bergaul dengan semua tak kira cina & india (sgt berbeza dengan skang)..ape2 pon aku bukanlah racist yek..cume tak jumpa lagi geng2 yaang sekepala dengan aku macam zaman dulu2..

selamat tahun baru cina dari aku buat kengkawan yang berbangsa cina..nak kasi angpau takde hal punyer..hehehe :p







mari mendownload #2 - Kami The Movie



tajuk : Kami the movie
durasi: 1:43:56
saiz : 788MB



http://rapidshare.com/files/188001854/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part01.rar
http://rapidshare.com/files/188003142/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part02.rar
http://rapidshare.com/files/188004391/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part03.rar
http://rapidshare.com/files/188005971/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part04.rar
http://rapidshare.com/files/188006803/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part05.rar
http://rapidshare.com/files/188007589/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part06.rar
http://rapidshare.com/files/188008311/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part07.rar
http://rapidshare.com/files/188008766/jomz.net_KAMI.The.Movie.2008.part08.rar


-kredit & originally created by dimensi from torrent.jiwang.cc

selamat mendonlod kengkawan..ngee~



si bodoh menjengkelkan saya


Manusia nie ada macam2 perangai,macam2 ragam,macam2 gaya..rambut sama hitam hati lain2..kekadang tu tak semua benda kita boleh nak puaskan hati masing2 even keluarga kita sendiri pon kita susah nak puaskan ati mereka..aku rasa sejak aku hidup di muka bumi nie selama 20tahun 9bulan dah macam2 gaya,macam2 perangai kengkawan yang aku jumpa..dan salah satu daripadanya adalah 'ANNOY'.

'ANNOY' menurut Kamus Universiti v1.1 bermaksud menjengkelkan @ menyakitkan hati...aish kenapa lah yek ada orang yang 'annoy' nie..walapon mereka2 yang annoy nie sedar / tidak sedar sedikit sebanyak dah wat aku rasa sakit ati,nak lempang,nak smack down aje golongan2 macam nie...neraka berdarah!


kategori-kategori kengkawan yang menjengkelkan dalam perspektif aku :

  • cakap cam diri sendiri je bagus..tak nak mengalah dan nak terima pendapat dia jek.. --:orang camne mmg aku rasa ringan je kaki nak menerajang
  • cakap besar dan merendahkan kemampuan dan taraf orang lain (walaupon secara hakikatnya dia mmg pandai) --:hampeh!ko igt ko pandai ko boleh pandang rendah kat org lain ke..idop nie ibarat roda..ko tgu je masa ko turun..moron!
  • emosi yang selalu tidak stabil..mampu merosakkan mood kengkawan yang lain. --:hello!awk duduk bermasyarakat jangan igt orang nak pujuk @ layan emosi awk..moron!
  • selalu nak marah-marah dan menunjukkan muka 'ketidakpuasan' ati secara terang-terangan.. --:kalo ko suka nak marah2 baik pegi dok dalam gua..bukan dengan aku..
  • tak jujur dan tak ikhlas dalam nak menolong..kalo nak tolong pon cam nak tak nak aje dengan niat nak jaga ati kawan --:ko tolong kambing makan rumput ajelah..kalo malas nak tolong sila ringankan mulut anda bagitau situasi malas anda..jangan nak menolong dalam keadaan terpaksa
  • suka perli yang 'tajam' dengan niat 'nak bergurau'.. --:ye anda mmg seorang siot!!
  • melawak @ bergurau yang melampau2 sampai menyentuh emosi & sensitiviti.. --:bergurau tu tak salah..melawak pon tak salah..tapi yang ko bergurau cam neraka dan nak ajak bertumbuk apehal?moron!!
  • hipokrit..depan cakap lain belakang cakap lain... --:jumpa orang camnie kasi balun aje
  • cakap selalu tak betol..jap cite A dgn org nie plak cite B... --:ko balik sekolah blaja cara2 nak berkomunikasi dengan baik yek..
  • tak tepati janji..suka cakap berbelit2 macam ular.. --:ko jadi ular la senang..hari2 boleh membelit

sedar tak sedar aku pon kekadang ade jugak tergolong antara salah satu kategori di atas..sekadar peringatan gak untuk aku dan kengkawan...bukan senang nak senangkan hati dan sangat senang nak sakitkan semua orang..memanglah orang cakap 'jadilah diri sendiri' dan tak payah nak berpura2..tapi kalo dah diri sendiri cam hampeh dan wat orang sakit hati jangan nak duduk dalam kehidupan bermasyarakat lah..menyusahkan dan menjengkelkan..


-tak semua orang suka aku dan tak semua jugak suka KAMOO-

derita yang tak terungkap

aku tertarik dengan entri seorang sahabat secoursemateku nidar bercerita tentang Palestin dan serangan Israel CELAKA..

Selepas 22 hari serangan daripada Israel CELAKA..Israel CELAKA dan Hamas bersetuju untuk membuat genjatan senjata..

tapi..derita yang DITANGGUNG oleh rakyat Palestin tak terhenti camtu je..kanak-kanak,orang tua,ibu,ayah,anak,keluarga,rakan-rakan dan ramai lagi dah terkorban..

sayu dan tersentak hati aku bila tengok gambar2 mangsa serangan Israel LAKNAT yang menderita dan sensara..

walaupon aku tidak mampu dan tak berdaya untuk membantu..tapi aku hanya mampu berdoa supaya penduduk Palestin diberi kekuatan dan Israel LAKNAT lagi CELAKA diberi balasan yang dasyat daripada Allah S.W.T...akan tiba masanya..

CELAKALAH kamu ISRAEL LAKNAT!!














gambar seorang anak yang meratapi ibunya di bawah nie betol2 memilukan dan membuatkan aku menitiskan air mata...










Ya Allah ,selamatkanlah mangsa2 kekejaman Israel Laknat ini...berilah mereka kekuatan untuk mengharungi dugaan dan cabaran Mu...Amin

undi anda adalah rahsia

aku rasa banyak ipta yang dah wat pengundian untuk MPP bagi sesi baru..sedar tak sedar dah 2kali aku meng'klik' undi di UPM (bukan proses 'membuang undi' ye sebab sistem pengundian dibuat secara berkomputer dan bukannya dengan kertas undi)

tapi musim pilihanraya kampus tahun nie agak membosan dan mengelirukan..dah takde poster2 dan menifesto dibuat daripada calon2 MPP..kempen hanya dijalankan melalui kaedah lisan?aish biar benar?nape yek?Tuan TNC leh jawab? :p

bese lah..bagi aku selaku pelajar merangkap mahasiswa UPM kenalah turun menjalankan kewajipan aku dengan mengundi..Aspirasi??Pro Mahasiswa??entahlah aku pon tatau lansung calon2 tahun nie sape puak Aspirasi sape puak Pro-M...yang pasti aku cuma main klik aje ntah sape2 calon yang ada..bukan sebab aku saje suka suki nak klik tapi sebab aku tak kenal sape2 pon calon MPP yang bertanding....pelik betol musim pilihanraya tanpa berkempen..


bagi aku tak kisah lah Aspirasi ke Pro-M ke yang menang yang penting kewajipan sebagai wakil pelajar kenalah laksanakan dan bukan sekadar moto dan menifesto semata-mata...kepada MPP UPM baru..selamat menjalankan tugas dengan amanah lah yek..



banner tarikh pengundian di Dewan PJSD kolej serumpun (12,14,15 & 16)..ehh ade awek cun lalu plak :p






antara calon2 bebas yang bertanding...





camnie le bila dah mengundi..kertas muka-muka calon bersepah-sepah..



**tak tahu apa keputusan pilihanraya tahun nie..dengar kata Pro-M menang..ape nak wat pasni TNC?gigit jari?hahaha :D


bila papan tanda melawak #2




pernah jumpa papan tanda macam nie di tandas2 berdekatan??
only in japan..lol~


**lawak yang sign memancing tu..ade org mancing dalam jamban ke? Hi5 Emoticon


-kredit untuk forum scukz-

mari mendownload lagu #1

kali nie aku nak share ngan korang lagu Indon yang agak layan,catchy dan mampu wat bahu aku tergerak2..hehehe


tajuk lagu :Puspa
penyanyi: ST12
durasi :3:21
saiz :4803 KB


sila klik di sini..


p/s: kepada mereka yang tak suka dengan lagu indon..aku peduli ape..janji aku suka..hehehe

Hi5 Emoticon


selamat berhibur..ngee :D

"aney..kopi panas kurang manis satu"




kalo dulu aku hanya seorang kanak-kanak yang selalu berkurung di dalam rumah pabila sampai waktu maghrib sehingga ke esok pagi..sekarang tidak lagi..yeah..aku sudah remaja tua rupanya..hehe :p

tapi jangan salah paham lak..aku bukanlah remaja tua yang berjoget lambak di kelab malam terkemuka KL maupon merempit di jalanan untuk duit dan bohsia..owh simpang malaikat 44..aku masih punya akal dan kewarasan untuk menjaga batas tatasusila dan agama lagi...

apalah ertinya remaja alias mahasiswa universiti tanpa maple' alias aney alias mamak..aku rasa dalam 5hari dalam seminggu pasti aku menghabiskan masa dengan kawan2 dengan melantak roti canai dan teh tarik@kopi kurang manis ..apa nak wat,inilah Malaysia..kaya dengan makanan.. nikmat idop sebagai rakyat Malaysia..alhamdulillah :-)

biasenye kalo dah kebosanan pada waktu malam macam2 la keinginan2 untuk melepak di maple'..aku rasa dah cam habit kebanyakan pelajar2 universiti plak tak kira la dari universiti mana pon (dan kebanyakannya rakyat jelata di kawasan KL dan seangkatan dengannya)...dan sudah pasti aku juga antara salah seorang darinya..heheh :D

kalo melepak di maple' waktu malam biasanya bukan je dengan sekeping roti canai @ tosai @ roti tampal ajer untuk melegakan perot2 yang mengeroncong..salah satu elemen yang tak lain tak bukan di maple' adalah..

shisya
..yeahh!!

kamu tak suka shisya?ye aku pon tak suka jugak pada mulanya..aku igt shisya nie cam org isap rokok gak..tapi biasalah tengok kawan2 syok sedut shisya apetah lagi aku alias remaja tua..pasti ada keinginan untuk mencuba..:D.. walopon pernah gak berhenti tak nak isap shisya..tapi aku rasa cam tak salah pon kalo sekali skale melayan shisya..bukannye aku isap ganja ke marijuana pon kan..sekadar menyedut wap2 air berperisa daripada hos dan balang kaca ..(fyi, aku bukanlah seorang perokok..tak pernah merasa dan tak nak merasa untuk merokok..oyeahh)



aku menshisyakan diri sepam dua



kawan2 yang melayan royal untuk menghiburkan ati



layan beb shisya nie..tapi bagi aku layan lagi roti canai ngan kopi panas...perot kenyang ati pon riang..ngeh hehee :D



"aney..kopi panas kurang manis sama roti kosong banjir satu!!"

kekasih yang gelabah




komen aku : jangan jadi hamba cinta..:p

bila lelaki itu pokai



TIADA ribut dan angin, sikapnya tiba-tiba menjadi berubah. Daripada seorang periang terus menjadi pendiam. Apa yang cuba dilakukannya hanyalah ingin menemani kamu, mengajak menikmati makan malam di gerai murah, lebih gemar mendiamkan diri dan tidak lagi bergayut panjang melalui telefon bimbit.

Persoalannya, “Adakah si dia sudah poket kering, tetapi malu untuk memberitahu” atau “apa yang harus aku lakukan sekiranya dia langsung tidak mahu berterus-terang?”

Bagi lelaki, perkara paling sensitif dalam hidup mereka apabila disentuh soal kewangan. Jadi, mereka tidak akan sesekali memberitahu kepada kamu tentang masalah berkaitan wang ringgit.

Sebagai kekasih, kamu seharusnya memahami situasi yang dihadapi dan jangan menambahkan lagi kekusutan difikirannya.
Intim minggu ini berkongsi tip di saat si dia berhadapan dengan masalah melibatkan kewangan.


Kamu perlu bertindak membantunya sekiranya si dia memperlihatkan tanda-tanda seperti berikut:



Menghabiskan masa di rumah
Setiap kali tibanya hujung minggu, si dia lebih gemar menghabiskan masa bersama ahli keluarganya di rumah daripada keluar bersama kamu.
“Daripada keluar tidak berduit, lebih baik aku menghabiskan waktu untuk tidur dan bersantai di rumah.” Keputusan yang dibuatnya itu atas alasan ingin bebas daripada beban kewangan.



Menonton DVD sebagai hobi
Saat si dia poket kering, menonton DVD di rumah lebih memberi keuntungan daripada keluar bersiar-siar atau menonton wayang.
Alasannya: “Hanya perlu menonton beberapa keping DVD sambil menikmati makanan ringan, ringkas dan praktis.”



Makan di gerai murah
Sebelum ini, si dia sering mengajak kamu menikmati hidangan di restoran-restoran eksklusif dan mewah. Tetapi kali ini, dia mengambil keputusan membawa kamu ke gerai murah.



Pulang awal
Selepas menjemput kamu dari pejabat, dia terus membawa kamu pulang ke rumah. Padahal, kebiasaannya si dia selalu membawa kamu keluar makan bersama.
Alasannya: “Sebenarnya, memang saya berhajat untuk membawa kamu keluar bersama, disebabkan badan terasa lemah, apa kata kita pulang saja.”


Tiada hadiah ulang tahun
Selama ini, si dia tidak pernah ketinggalan memberi hadiah menjelang ulang tahun kamu berdua atau menjelang hari-hari istimewa. Tetapi kali ini, si dia hanya memberikan ucapan tanpa pemberian sebarang hadiah.
Alasannya: “Saya belum menemui sebarang hadiah yang sesuai buat kamu, sabar ya…”


Hindari ajakan ke pusat beli-belah
Si dia kelihatan tidak tenang apabila kamu mengajaknya ke pusat beli-belah. Mungkin si dia takut apabila kamu menyuruhnya membelikan sesuatu untuk kamu.
Alasannya: “Lain kali sahajalah kita pergi.”



Destinasi legenda jadi pilihan
Tidak seperti biasa, si dia mengajak kamu mengunjungi ke tempat-tempat peninggalan sejarah lampau seperti muzium mahupun zoo.
Alasannya: “Ia merupakan destinasi yang aman dan tenang untuk kita berdua.”



Hanya menemani
“Maaf, saya sudahpun menikmati hidangan di rumah, saya teman kamu saja ya?” Itulah jawapannya ketika kamu mengajaknya makan di luar. Dengan kata ‘menemani’, ia bererti tiada keperluan untuknya membelanja kamu.



SMS sahaja
Kebiasaannya, setiap saat dan minit si dia rajin menelefon kamu, tetapi kali ini dia lebih gemar menghantar mesej menerusi khidmat pesanan ringkas atau SMS.
Alasannya: “Apa kata kita SMS sahaja, pasti lebih murah dan berbaloi.”



Kereta rosak
Tanpa kamu bertanya, si dia menceritakan soal berkaitan keretanya yang kian meragam. “Selalunya ok, tetapi hari ini saya terdengar suatu bunyi pada enjin, takutnya… kenapa nih.”


Begitulah alasannya. Si dia mungkin sukar berterus-terang kepada kamu tentang masalah kewangannya dan dia mengharapkan kamu faham keadaan itu melalui perubahan tingkah lakunya.

-thanx to put_277..dipetik dari forum scukz-


komen aku : rasa cam menyokong penoh jek sebab & alasan lelaki yang pokai nie (sebab kebanyakan lelaki tak bagitau sebab jaga muka..hehehe :p)..kepada wanita2 di luar fahamilah lagi situasi sebenar lelaki yek..kalo da laki tu takde duit pepandai la nak belanja plak kan.. :D

mereka juga berhak untuk seksi..anda bagaimana?

Kesatuan Zoo Sedunia telah menganjurkan pertandingan ratu seksi interhaiwan dengan tema
" kecantikan adalah hak milik setiap 'insan' "





berikut merupakan 'Miss World' Top 5



Miss Naomi si Gorila 'vogue' (afrika)







Cik Siska sang harimau yang anggun (Indonesia)








Miss Dorris si kuda padi comel ( US )









Miss Pascale Mecceleni (bukan Pascale Machaalani) si unta ayu (Emeriah Arab Bersatu)








JUARA TERSEKSI



Cik Mawar si monyet penggoda (Malaysia)



tiba2 aku teringat lagu daripada mulan jameela 'makhluk tuhan paling seksi'


Terima Kasih kepada photoshop...kerana dirimu begitu berharga...


warghkakakakkakaa (tak leh tahan gelak daa)



-kredit kepada pereka asal gambar2 nie-

makcik dari HEP dan badot


aku terasa aku sangat badot pada pagi sabtu lepas (10 Jan '09)


kenapa pulak aku cakap aku dah membadotkan diri?



bermula kira2 3hari sebelum kejadian aku membadotkan diri apabila aripin alias coursemate alias exco sukan kolej aku datang ke bilik aku dan mempelawa aku:

"pul...ko nak join basketball kolej tak?"


"aku dah dekat setahun tak main..gila ape ko nak sroh aku main lak"


"ala pul,kang kita training la..takde hal punye"


dan aku pon tanpa memikirkan masa depan tulis nama dan no matrik aku kat beliau..ingatkan leh la pasni training kasi tajam dan belajar balik basketball...fikirku positif...


di pagi hari kejadian,aku dan dak2 basketball yang lain berlatih di Bukit Serdang..aku dan aripin menumpang kereta si andik untuk ke Bukit Serdang...yang menjadikan pagi itu sangat sadis bila kereta andik dilanggar oleh kereta seorang makcik dari HEP..adeii..tak sempat keluar dari kolej pon dah kena langgar...nasibb baik le tak terok sangat 2-2 kereta tu..makcik dari HEP tu menyumpah seranah si andik dengan muka yang merah dan mulut yang tak berenti membebel..alamak mak cik oii..gelabahnye..pecah mentol & cermin lampu je pon..takde le kemik2....nasib ko lah andik kena ganti rugi si makcik dari HEP yang gelabah tu..


tapi latihan tetap latihan..kitorang tetap pergi gak ke Bukit Serdang (kali nie aku tumpang kereta Ah Ho )..dan bermulalah sesi latihan basic dan beberapa perlawanan 4 on 4...

apa yang membuatkan aku terasa sangat badot pada pagi itu - latihan basic kantoi..lontaran 'out'..lay out 'hampeh'..dan yang paling membadotkan apabila baru 1st half main aku dah rasa cam nak pitam..aku sedar aku dah kekurangan stamina yang melampau...(tu le masa cuti sem kuat makan tido :p)...match pulak start awal bulan 2,mampu ke aku nak berlatih semata2 untuk sukan interkolej?

adoyai >_<






rim arm kereta waja si andik yang dah bengkok dikerjakan oleh makcik dari HEP






aku hanya mampu mengambil gambar kawan2 yang sedang berlatih jek




nilai dan pengarajaran :

-banyakkan berjoging,bersukan dan sebagainya untuk menaikkan stamina

-jangan memandai2 nak join sesuatu pertandingan tanpa mengetahui had batasan diri

-jangan jadi badot!!




perlukah aku menarik diri..atau teros membadotkan diri sehingga hari perlawanan??

setakat ini sahaja kechumilan patrick star









korang sukakan patrick star?adekah kerana kegebuannya?atau kechumilannya?
cuba bayangkan kalo patrick nie dalam keadaan sebenar..agak2 leh bayangkan tak?:p










"ye,sayalah patrick star"





Arghh..mimpi ngeri jap...... >_<



pabila diriku rasa raksasa

kenapa aku rasa diriku sangat raksasa pada hari ini (7 Jan 2009) ?



aku & kawan2 (zack,fizi,sahak & tempe) nak makan sesuatu yang agak MENGENYANGKAN lagi MEMBOYOTKAN...




Selamat Datang Ke HARTZ CHICKEN BUFFET di Berjaya Times Square.'wink'


tempe dengan bangga bergaya di depan restoran tersebut





dari kiri : sahak,fizi,tempe dan zack yang sedang kekenyangan




Aku yang agak kelaparan (sebab cuma makan sekeping roti canai je lepas kuliah Toxic & Chemical Waste) berjaya menghabiskan sepuluh pusingan makanan..yeahh!!

**nama pon buffet kan? hehehe :p


PUSINGAN 1 PUSINGAN 2 PUSINGAN 3


PUSINGAN 4 PUSINGAN 5 PUSINGAN 6



PUSINGAN 7 PUSINGAN 8 PUSINGAN 9


PUSINGAN AKHIR
Free Image Hosting at www.ImageShack.us




1. aneka salad

2. sup ayam + mee

3. ayam panggang bersama kentang putar

4. ayam dengan sos barbeku

5. chip kentang + gegelang bawang goreng

6. ayam goreng pedas (spicy fried chicken)

7. sejenis pencuci mulut berbuah (aku lupa name dia :p )

8. ayam goreng rangup bersama kekacang ( crispy fried chicken)

9. sedikit lapisan kek coklat dan biskut coklat bersama teh

10. buah-buahan sebagai penutup.




aku yang raksasa sedang kekenyangan..alhamdulillah



sudah faham kenapa aku rasa raksasa sekarang?kekeke

p/s: jangan cuba di rumah tanpa pengawasan ibu bapa..(gelak jap) :p