Berikanku Sedikit Kelapangan


Wifi di kolej aku skang agak slow sampai aku nak berbloging pon terhad (sebab waktu kemuncak yang leh aku buka blog hanya dari jam 6-8 pagi aje)..adalah antara sebab aku rasa fed up nak buka blogspot bila aku nak berinternet di kolej..hampeh btol rasenye..

Skang nie aku cam terasa ada masalah dalam diri..aku pon tak paham ngan diri aku nie..aku rasa dalam 2-3 minggu kebelakangan nie aku rasa masa aku selalu je tak cukup..tak taulah,nak kata kehidupan universiti yang membusykan..bagi aku adatlah, budak U mana yang takde assignment xde program2 kolej@fakulti..bukannya aku tak dapat nak manage masa tapi setiap benda yang aku buat mesti aku rasa serba kekurangan..

Orang cakap,kalau kita tak dapat rasa kepuasan sesuatu benda tu kerja yang kita buat tu tak berkat..huhu ada betolnya..tapi entahlah,ada je sesuatu rasa yang tak lancar dalam kerja-kerja seharian aku..tak suka betol perasaan camnie..

Bila memikirkan masalah aku nie,teringat pula aku dengan Surah Al 'Asr..Allah SWT berfirman. “Demi masa! Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka berpesan-pesanan dengan kebenaran serta berpesan-pesanan dengan kesabaran”.

Ayat2 nie mengingatkan kita bahawa kita nie selalu tersasar dari perkara yang lebih utama. Kita memang ada kerja tapi KEBANYAKKAN kerja yang kita lakukan tu bukan kerja yang perlu diutamakan..kita nie bukannya terlalu sibuk sebenarnya tetapi kita sendiri MENYIBUKKAN diri dengan perkara-perkara yang tak perlu kita sibukkan..mungkin juga salah aku yang selalu sangat buang masa sampai aku sendiri pon tak sedar..kalo ya mintak di jauhkan lah pas nie..

Apapon pasnie aku berharap masalah yang aku rasa nie selesai dan tak lagi membebankan aku (walaupon tak terlalu membebankan sangat sebenarnya)..yang penting aku dan sesiapa saja perlu ingat salah satu perkara yang membuatkan aku menjadi salah seorang daripada golongan orang-orang yang rugi ---> 'LAPANG SEBELUM SEMPIT'...

**banyak buang masa = kerugian besar (-_-!)

Slumdog Millionaire




Tajuk : Slumdog Millionaire
Pengarah : Danny Boyle,Loveleen Tandan
Genre : Drama,Percintaan,Realiti
Durasi : 2:00:34



Baru-baru nie citer Slumdog Millionaire dah jadi pemenang utama oskar..best sangat ke citer nie ek?(yang menang sampai 8 trofi pakcik emas tu)..smalam aku ada copy dan try layan cite nie sampai abis (nampak cam best aje)..





menceritakan pasal seorang remaja bernama Jamal Malik,seorang remaja yang hidupnya miskin lagi terbiar dan hidup di jalanan menyertai rancangan Who Wants To Be A Millionaire...yang menariknya setiap soklan yang dijawab berdasarkan pengalaman hidup sendiri je..sapa sangka leh jadi jutawan..

bagi aku,citer nie menarik gak la..cuma ada scene2 yang buat sedikit boring jap (terlalu byk sgt flashback)..dalam cite nie gak kite leh tgk betapa kotor lagi terbiarnya orang2 miskin di India,syukurlah aku di bumi Malaysia..

so,layakke citer nie menang Oskar?err menang ke tak menang aku pedulik ape..ngeh hehe :p

bila papan tanda melawak #3



Baru hari nie terasa sindrom 'kesibukan' yang melanda aku dalam beberapa minggu kebelakangan nie terasa berakhir untuk seketika..penat le aku dengan sindrom 'kesibukan' nie, sibuk dengan assignment, sibuk dengan latihan softball, sibuk dengan kerja2 tertunggak dan mencari tempat latihan industri..agak 'tahi suci' juga sindrom kesibukan aku nie..----> alasan kukuh tidak mengupdate blog yang dah bersawang nie..:p

tengah syok2 layan forum terjumpa plak lawak2 papan tanda yang rasa nak tergelak aje bile tgk..hanya di Malaysia aje..hehehe :D



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us



Image Hosted by ImageShack.us


komen aku : kesilapan mengundang kelucuan...lol~ :D


fikir dulu sebelum bercakap




Bukan senang bila kita nak bercakap,nak mengeluarkan sesuatu fakta dan nak bagi hujah...silap2 orang lain boleh gelakkan kita dengan kenyataan yang kita bagi..pernah gak jumpa orang2 yang macam nie..nak bercakap sesuatu tu ikot sedap rasa je dan sendiri pon tak tau yang apa yang dia cakap tu sebenarnya salah (secara tak lansung orang lain akan pandang jengkel dan membagi title 'bodoh' free2 aje)...susah2 nyer hidop..**dush

kekadang tu sedar tak sedar kita sendiri ponturut sama terlepas cakap @ tercakap benda2 (even aku sendiri pon rasa pernah gak jadi macam nie)..adatlah, manusia mana yang perfect...wangi2 pon mesti ada busuknya kan..tapi janganlah kita menampakkan kecetekan akal kita kalo tak yakin dengan kata2 yang kita nak sampaikan...yang malu sapa??kita dan keluarga2 kita gak..


aku terbaca satu artikel tentang artis malaysia dalam OH!ARTIS 'Bila Artis2 Sengal Berkata2'..aku pon tak tau sejauh mana kebenaran dan kesahihan quote2 artis nie tapi aku perasan ada antara mereka nie memang pernah keluarkan kenyataan camtu kat dalam majalah@suratkhabar@tv (especially melodi)..hahaha lawak gak diorang nie :


Calon pertama: CHEF WAN
“Tolonglah! ia sebuah kelab tarian dan sudah tentu niat saya pergi ke
sana untuk menari. Bagi saya itu tidak salah kerana niat saya untuk
berhibur sambil bersenam. Bukankah menari satu daripada riadah
seperti aerobik?”


Calon kedua: MISHA OMAR
“Misha rasa gembira menyambut kemerdekaan negara kali ini kerana kali
ini, dapat berduet ngan abang jamal”.


Calon ketiga: SYANIE
“Syanie…apakah niat anda apabila anda berjaya mengurangkan berat badan”…
Jawapan dari Syanie..”Niat saya yg pertama..ingin memakai bikini di tepi pantai…..”


Calon keempat: AHLI KUMPULAN X FACTOR (tak tau sapa)
“Saya gembira menyambut hari kemerdekaan kita bila negara kita
berjaya mencapai kemerdekaan pada tanggal 31 Ogos, 1956,” jawab salah
seorang ahli kump X-Factor apabila ditemubual dalam satu rancangan
khas mengenai kemerdekaan tahun lalu dalam siri “Bersama Norman” yang
disiarkan di TV1.


Calon kelima: FIZA
“Fiza pakai seksi sebab bersyukur dengan penberian tuhan”


Calon ke enam: anita sarawak
“Petua kecantikan saya baca selawat setiap kali basuh muka”


Calon ke tujuh: IFA RAZIAH
“Tak ade lah.. amik air sembayang je” - menjawap soalan kenapa muka nampak berseri-seri


Calon ke lapan: JESLINA
saya pakai baju seksi2 kerana malaysia ni panas…hehehehe!


Calon ke sembilan: ARTIS2 BARU
“saya masuk dunia seni bukan carik glamor”


Calon ke sepuluh: INA NAIM
“saya buat buku ni untuk menjelaskan segala fitnah yang melanda saya”
“cinta ptama bang…susah nak lupa”…. dan “Jaga mak, jaga mak, jaga mak…..”

-kredit untuk Oh!Artis-


Fikirlah dulu sebelum kita nak bercakap dan keluarkan kenyataan..biarlah apa yang kita nak sampaikan tu berdasarkan fakta,berasas dan bukan membodohkan diri...apa2 pon masing2 punya pandangan sendiri kan?..korang camne plak?? hehe


bye2 kepada awek itu


"Aku sayang gile kat awek aku tu...tak kesah la dia nak curang ke hape kat aku janji aku sayang dia"...
-ehsan dari kata2 JOHN (bukan nama sebenar), seorang kawan aku time men kejar2 dan nyurok2 tym sekolah dolu2...

pernah tak ada antara kawan2 korang mengalami masalah sindrom 'sayang' menggila dekat awek macam nie??(walaupon hakikatnya pompuan tu sangat lah hapraknya)...jangan ingat org pompuan je ade sindrom camnie,org lelaki pon ada jugak (cuma bilangannye tak sebanyak pompuan..hehehe..)..

bagi aku lah kan, tak salah untuk mencintai seseorang tu tapi janganlah sampai terlalu obses dan perlu lah ada had2 kesabaran sebelom orang yang kita sayang tu memperkotak katikkan kita..kali nie aku nak kongsi pendapat 4 jenis awek yang memang patot korang lupakan :


1. Playgirl

-yang nie memang jenis pompuan yang 'wajib' korang tinggalkan..tanyalah sesape pon lelaki mana yang tak nak awek yang setia..semua nak awek yang dia suka setia dengan dia..awek jenis camnie memang bahasa dia indah2 je dan suka memutar belit fakta..alasannye utk main kayu tiga="ala..lelaki pon leh men kayu tiga..takkkan aku pon tak leh"..kalo korang terasa perubahan sikap awek camnie..cuba la berhati dan selidik betol2 awek korang nie leh dipercayai ke tidak..takot2 korang je makan ati sok2..

2. Emosi kurang stabil

-memang dah dijadikan seorang wanita tu bersifat lebih emosi berbanding lelaki..cuma sejauh mana dia berjaya mengawal emosi tu yang membuatkan wanita tu berbeza..dalam konteks 'awek yang perlu ditinggalkkan nie', kalo lah awek tu sangat kuat cemburu dan suka mengontrol korang jangan teragak2 la nasihatkan dia supaya igt2 le diri diorang tu sebelom korang angkat kaki..kalo merajuk melampau disebabkan hal kecik (lambat reply sms,tak call disebabkan korang busy..**dan ada gak merajuk pakwe lambat reply sms sebab pakwe pergi jamban..apedaa pompuan ) menampakkan awek korang nie masih belom betol2 memahami korang..ape2pon kalo korang leh tahan sabar tu terpulang lah..bagi aku,awek yang tak pandai mengawal emosi yang melampau nie akan menyusahkan perhubungan untuk jangka masa panjang..percayalah..


3. Pisau Cukur

-bukan gillette ataupon pisau cukur cap nordin ye..kalolah awek korang nie kerja nak mengikis je duit korang sampai dia lansung tak keluarkan sesen pon duit kalo korang keluar makan sama2 ke @ shoping same2 memang dia suka mengambil kesempatan dengan kasih sayang korang..bukannye lelaki tu mengharapkan awek nya belanja @ keluarkan duit utk diri nya..tapi kalo dah awek tu wat dono jek dan takde lansung menunjukkan reaksi nak berkongsi belanja @ keluarkan duit utk sama2 memang tak lama la tu..sendiri mau igtlah bro...


4. Tak Serasi

- apa yang korang suka yang tu gak awek korang tak suka..benda2 yang korang rasa menarik@suka yang tu gak awek korang kutuk2 (dengan situasi awek korang dah tau apa yang korang suka dan tak suka)..dalam seminggu leh kira brapa banyak korang bergaduh disebabkan hal yang remeh..tapi tak lama pastu ok balik..dan gaduh lagi...dan seterusnya...aii korang tak penat ke layan awek camni?memang la tak semua awek tu dapat terima apa yang kita suka dan apa yang kita tak suka..tetapi kalo awek korang sygkan hubungan korang pasti dia pon akan cuba menerima dan cuba untuk suka apa yang korang suka..kalo dah sampai tahap selalu bergaduh tu korang faham2 lah..awek korang memang tak serasi ngan korang...


apa2pon, ciri2 nie leh gak diterbalikkan untuk situasi lelaki gak (lelaki juga boleh jadi seperti ciri2 di atas)..kalo ada sapa2 yang termakan cili cuba lah muhasabah diri kalo nakkan perhubungan jangka masa panjang..

**kenal hati budi sebelom nak declare korang nie bercinta...aku lak??dah kenal hati budi dah..tgu masa je nak ke jinjang pelamin (berangan jap) ..ngeee~~ :D

nasib seorang pemanas kerusi simpanan

Image Hosted by ImageShack.us


dum..dam..dum..dam...best betol bunyi bola keranjang yang di bam dalam stadium malam tu..setelah kalah sekali dengan Kolej 2 dan menang sekali Kolej KTDI..kolej aku berentap dengan Kolej 14 untuk merebut kerusi terakhir ke quarter final..dengan training yang tak berhenti sejak 2minggu sebelum lagi..aku berharap sangat la dapat ke perlawanan kalah mati..at least berbaloi jugak berlatih macam nak rak sebelom nie..


malam perlawanan akhir untuk kumpulan C memang agak mencemaskan..(teringat pulak aku scene dalam anime Slam Dunk : Shohoku vs Ryonan..huhu)..aku memang agak bersemangat nak bagi yang terbaek untuk malam tu..go go Kolej 15..

macammanapon, team Kolej 14 memang lebih konsisten dari team kolej aku...byk mistake yang mudah2 dibuat..adoyai..bila nak turunkan aku nie!!peluh dari warm up & berlari2 tadi dah lama kering..damn!!.

akhirnya,kitorang terpaksa la menerima hakikat yang kitorang dah kalah...23-14..agak banyak jugak perbezaan mata tu..apa boleh buat..tu je yang termampu..cuma aku agak terkilan sampai ke 4th quarter pon kapten team aku tak turunkan aku..hello!nak nescafe ke nak milo??tolong lah percayakan ahli kumpulan anda sendiri (walaupon aku sedar diri ini banyak kekurangan tapi aku pon boleh ape..belom cube belom tau)..apepon,inilah nasib seorang benchwarmer..*sigh

nway guys, korang dah bagi yang terbaik untuk menang dalam match nie..apepon kita cuba lagi dalam match akan datang..(aku cuba menjadi lebih optimis)

Image Hosted by ImageShack.us

team kolej 15..simpan dalam poket ajelah gambar nie


**pasnie lebih fokus untuk softball plak..go go go epol!!!


perempuan itu kompleks



kompleks ke insan bernama perempuan nie ek?? selalu sangat dengar perempuan nie cerewet lah,memilih, dan emo etc..aii kalo dah namanya perempuan mestikah kompleks??korang rasa camne?betol ke perempuan nie camtu?meh kite tengok situasi apabila seorang lelaki dan perempuan nak makan nasi di restoran..ngeh hehe :D

Lelaki

1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan,teros masuk
3. Ambik Pinggan yang paling atas
4. Ambik nasi
5. Ambik Lauk (biasanya paling banyak 2jenis)
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis/kuliah/rumah
10. lepak2/pegi surau/isap rokok/tido



Perempuan

1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
2. Perhatikan orang waktu jalan
3. Sempat mengumpat dulu (jika berdua atau lebih)
4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
7. Ramai orang,cari kedai lain.
8. Jalan lagi
9. Dah puas ati..masuk..
10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
12. Belek-belek pinggan, bersih ke?? tak bersih?..eeeeiiii. .
13. Dah puas ati, ambik nasi
14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
16. Buang balik nasi.banyak. .
17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
22. Jengok lagi? sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
23. Ambil lauk
24. Pusing lagi
25. Carik sayur pulak!
26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
27. Ke kaunter bayaran
28. Tgk2 nasi dlm pinggan
29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
30. Sampai depan kaunter “berapa?”
31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah gambar2..
32. Keluarkan duit
33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
34. Tutup dompet. Ambik nasi
35. Tinjau-tinjau tempat duduk.
36. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
37. Cari tempat duduk lain
38. Jumpa. Duduk..
39. Alamak. Air tak order lagi
40. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan tudung
41. Order air
42. Bangun
43. Ambik sudu
44. Duduk
45. Bangun
46. Ambik Tisu
47. Duduk
48. Air sampai
49. Belek dompet (Step tadi)
50. Bayar
51. Tutup
52. Minum air
53. Start makan
54. Tengok-tengok orang sambil makan
55. Makan separuh..kenyang
56. Sebab dah minum air
57. Letak sudu, letak garpu
58. Pinggan tolak tepi
59. Borak2 kater makanan tak sedap
60. Ngumpat2..tg korang
61. Pukul 2, naik opis/rumah/kuliah
62. Ambik beg makeup lagi


-kredit untuk forum scukz...diolah semula oleh epol-


komen aku : hehe ada betol gak kan??walaupon tak semua perempuan cam kat atas nie tapi memang perempuan dah dijadikan lebih kompleks & cerewet berbanding lelaki..ape2pon tanpa perempuan siapalah lelaki kan?hahaha korang rasa camne lak? peace :D


orang jepun sangat kartun

aku suka betol orang jepon punya imaginasi..tak heran la kalo diorang leh buat duit dengan melukis manga dan anime jek..imaginasi diorang nie macam2 tak kira la dari bidang apa..tak heran lah kalo kita tengok negara diorang leh maju walaupon 95% penggunaan bahasa dalam bahasa jepon.. terasa gak kekaguman dengan diorang nie..hait!!

jom kita usyar2 sket gambar2 menarik orang jepon nie bile berimaginasi dengan hanya menggunakan surat khabar & majalah je..memang dah dasar otak katun..ngeh hehe



Image Hosted by ImageShack.us


lagi gambar....






Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us





Image Hosted by ImageShack.us




Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us

komen aku
: terasa cam nak tiru je mereka2 nie bergambar..hahaha meh kita pakat try wat..:p

tahi suci (aka holy shit) - musim ketiga

desktopku yang sudah kosong


aku agak tertekan sejak semalam..

laptopku telah meragam tanda merajuk..sungguh menyakitkan hati..

keyboard tak berfungsi..touchpad problem..LAN network tak boleh guna...

agak membara hati aku dan mampu membuatkan aku menjadi
RAKSASA!!


HOLY SHIT
Hi5 Emoticon




p/s: laptop sudah diformat..tapi banyak software utk asignment dah takde...hampeh

suasana di hentian putra menandakan cutiku sudah berakhir (dengan nada teresak2)

sedar tak sedar dah abis da cuti CNY alias cuti mid sem aku untuk semester ke 4 nie..aku sedey bukan ape..pasnie aku da xde cuti nak balik kampung halaman terchenta sebab cuti sem yang akan datang aku dah start wat praktikal alias latihan industri selama 10 minggu..ai yayai...(bersambung..)


cuti CNY selama seminggu nie walaupon sekejap tapi sgt manis bagi aku..haha nape manis yek??sebab makan akok manis original resepi dari kelatelah dan juga dapat melawat USM Kubang Kerian (ngeh hehe)..Hi5 Emoticon

so smalam (1hb Feb 2009) aku dan akak aku naik bas express Budaya ke KL..biasenye aku akan naik bas Transnasional @ Cepat Express tapi memandangkan tiket bas Transnasional dah abes & aku dah 'gam' bas Cepat Express (sebab selalu rosak..hampeh) jadi buat pertama kalinya aku naik bas Express Budaya..agak selesa berbanding 2 bas sebelom nie tapi satu jek yang membuatkan aku tak selesa..Bau Kaki Puaka menyelubungi bas..adeii,siapalah gerangan manusia yang berkaki puaka nie..dah tau pakai kasut tak payah le nak bukak dalam bas yang beraircond..sungguh lanun angkasa betol manusia itu..hampeh...Hi5 Emoticon

agak lama jugak aku tak pergi di Hentian Putra..biasanya aku akan turun di Seremban dan melepak dulu di rumah akak aku kat sana..mak aii tak sangka pulak meriah betol suasana di Hentian Putra pagi tu (mase bas aku sampai pkol 5pg)...walopon manusia tak berhenti keluar masuk ke Hentian Putra tapi aku rasa seromok plak..hahha pelik sunggoh aku ini..bukan pe sebab dah lama aku tak tgk suasana yang ramai di pagi hari...hehehe..seronok2 pon satu je aku tak suka kalo dah ramai2 camnie..nak beratur utk beli tiket komuter tersangatlah panjangnye..terpaksa beratur 30minit utk tiket..huhuhu..


sungguh ramai di manusia disitu



orang yang tak putus2 datang ke hentian putra



aktiviti paling best : beratur beramai2 untuk beli tiket



30minit beratur baru sampai kat sini..lame betol


ape2pon cuti CNY dah abes..bile lagi aku nak bercuti??huk3 sdey nyeee....


**aku bakal dikejutkan dengan assignment2 tertunggak dan test2 yang bakal menjelang..aiyak Hi5 Emoticon ...mintak selamat semua...amin~