LOL #2 : Dark Knight Spoof



aku memang suka gile2 dengan citer Dark Knight (rujuk entri review Dark Knight)..dan semestinya watak Joker menjadi watak favourite aku sampai sekarang (sampai jadi tukang tepok tangan kat bawah nie..hahah)..tengah syok2 layan anime One Piece kat bilik tetibe Amar alias jiran sebelah bilik aku bagi aku video yang dia baru download dari YOUTUBE..dan sememangnya video spoof Dark Knight nie memang terlawak yang pernah aku tengok...(tengah tahan gelak lagi nie :D)..jom layan.. :D






-kredit kepada pelakon2 yang lawak nie. :D -

hahaha..gelak guling2 aku..LOL!!


apa ada dalam 'beg'..sekuntum bunga cina

penat juga dalam minggu nie..byk benda nak kena settle..assignment,lab report dan macam2 lagi..skali skale buka blog mesti terbantut nak pos entri baru..penat2

setelah diperam,di awet di simpan sekian lama tag nie (thanks to cik hel)akhirnya terjawab sudah entri kali nie..yeehaaa!!


Rules

1. show your bag
2. mention what is in your bag
3. choose 5 friends to do this







nie le beg yang aku pakai pegi kuliah hari2..(bukan siaran berbayar dari astro yek)..aku dapat beg nie masa aku tengok sehati berdansa musim pertama di PICC Putrajaya..semakin umur meningkat nie semakin malas nak bawa beg2 besar pegi kuliah..lebih suka simple dan mudah dibawa..:-)

jom tengok apa barang2 yang ada dalam beg aku nie...:p







1. Fail plastik dan pencilcase
~bese la nama pon student..biasanya benda alah nie la yang aku letak dulu dalam beg aku..dalam fail nie segala nota n conteng-contengan ada aku letak..tak payah bawak2 buku2 gabak2 dah..hehehe :p







2. Pendrive Kingstone 2gig
~pendrive nie bersama aku sejak dari matrikulasi lagi (masa nie 2gig pendrive berharga RM70..mahal woo)..kalo pas kuliah ada note2 baru / assignment yang perlu diprint benda alah nie la yang first aku cari..








3. Sony Walkman MP3
~Teman setia di kala aku kebosanan menunggu lecturer@ takda apa nak wat...rasa tak lengkap kalo tak bawak MP3 bila nak pegi kuliah..hehe








4.Kunci Bilik
~aku biasa tak letak kunci nie dalam poket seluar (sebab rimas)..so aku just letak dalam beg aje..stakat nie kunci nie selamat dan tak hilang2 lagi..hehe





tag kepada:
~nabila farhana
~mYshah
~ejat aramaiti
~public enemy
~tukang tulis

enjoy..ngee


sang bangau mematuk setan lagi

Manchester United 1 - 4 Liverpool




ARGHHH!!!

ape dah jadi nie para man u fc??..huhu





vidic dijadikan 'kambing hitam' match kali nie..tapi takpe..biasalah kalah menang adat permainan..walopon 'terjatuh' air muka di tempat sendiri tapi perjalanan masih jauh...luck je yang tak menyebelahi mlm nie..nway,dari statistik permainan byk chance dah..tapi finishing takde..agak kechiwa melihat..huhu






perjalanan masih ada,masih dalam perebutan cup..jangan bersedih para man u fc..tunjukkan 'taring' sang raja..yeahh!!



Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
Glory glory Man united,
As the reds go marching up up up!

Dragon Ball Evolution : evolusi wak lu!!


Saje kasi tajuk entri nie kasar dan emo sket (ngeh hehe :p)..walopon aku pernah komen tentang preview DragonBall Evolution nie dalam entri lepas & mengomen kat AlamfanaCinta tentang DBE nie..akhirnya,aku tertengok juga citer nie di TGV Mines smalam (terima kasih kepada Seng & kengkawan sebab sudi 'menjemput' kitorang tengok wayang..ngeee~ :p)...aku nak review sket pasal DBE nie..(jika korang bukan peminat setia DragonBall & tanak spoiler sila abaikan entri nie..)hehe :p..


DBE nie mengisahkan Goku (Justin Chatwin) seorang pemuda yang berumur 18tahun yang belajar kungfu dengan datuknya Son Gohan (Randall Duk Kim)..dengan kebangkitan semula Raja Piccolo (james Marsters) dan kematian Son Gohan..Goku bertekad untuk membalas dendam..dalam pencarian Dragon Ball dia berjumpa dengan Master Roshii (Chow Yun Fatt),Bulma (Emmy Rossum) dan lain2 untuk mencari Dragon Ball (sambil nak membalas dendam kepada Piccolo)..


Kepada die-hard-fan DragonBall (yang pernah menonton anime DB di tv2 dolu2 @ pengumpul setia Manga DB dari volume 1 sampai 42) aku sarankan korang simpan ajelah duit korang daripada korang menonton filem nie..tersangat2lah tidak berbaloi untuk rm11 anda dikeluarkan demi citer nie..



Kenapa peminat2 setia manga & anime Dragon Ball tak perlu membuang duit demi nak tgk citer nie:


1. Jalan cerita memang lari teros dari cerita asal dalam manga..yang asal hanya nama watak aje..rasanya pengarah nie memang wat citer syok sendiri aje & tak pernah baca manga dia kot..hahaha (kononnye evolution le tu..wekk :p)

2. Korang tengok citer nie akan rasa korang tengok ala2 citer kungfu Jackie Chan + magic2 Harry Potter..kelakar la plak...macam main2 magic pon ade..adoyai (rasa nak hempuk kepala aje)

3. Plot cerita lemah..watak sampingan (Bulma & Yamu@Yamcha) tak membantu lansung...tetibe muncul dan teros join Goku cari DragonBall (walopon tujuan nak cari DragonBall tu tak kuat lansung nak tolong Goku)

4. Grafik n teknik CGI naik taraf 'sikit' aje dari Cicakman..tak menampakkan lansung produksi Hollywood..weh wat malu aje..gulung tikar la...

5. Shen Long @ Dewa Naga macam cicak yang nak kena goreng & jelmaan 'Gorila' Goku yang cam monyet cacat tak nampak segagah dan semegah dalam anime@manga..lol (gelak jap)



Ape2pon,citer nie diselamatkan oleh watak Chi Chi (Jamie Chung)..bukan sebab lakonannye, tapi sebab dia cun & seksi..ngeh hehehe (lap darah idong jap :p)




Penilaian aku tentang movie nie :

Image Hosted by ImageShack.us



9/10 balingan tomato busuk!!hahaha

mari mengdownload #4 : WonderGirl - Nobody


Arghh..sekarang nie aku dilanda demam Wonder Girl..aku sebenarnya takde lah layan sangat lagu2 dari Korea nie..nie semua sebab jiran bilik sebelah aku, Amar dan roomate2nya yang selalu sgt pasang lagu diorang nie hari2 (siap wat ringtone lagi) sampai aku pon dah terjangkit2 dengan Wonder Girl...arghh lagi!!!


Kali nie aku nak kongsi salah satu lagu hit diorang 'Nobody'..layan beb!!


Tajuk Lagu : Nobody
Penyanyi : Wonder Girl
Durasi : 3:34
Size : 8,471KB

sila klik di sini untuk mendownload..

Hi5 Emoticon

3 sebab kenapa aku suka ngan diorang :

1. diorang cute gile..woo siyes cute..

2. diorang menari mantap n sexy..ngeh hehe (lap darah kat idong jap..ngee :p)

3. lagu diorang best dan catchy...


Aku suke gile tengok video klip 'Nobody' nie..pekate korang layan n tengok sendiri...yeahh!! " i want nobody nobody but you..'clap clap' " :D





Isu ppsmi - perjuangan bahasa atau politik semata2


Kali nie aku nak berkongsi pendapat dengan isu yang agak berat sket dari biasa..(sebab biasa aku lebih suka santai n gelak2 aje)...korang tahu tak PPSMI tu ape?haa ade dah yang tergagap2 nak pikir tu?nie ler isu yang sedang bergelegak kat Malaysia..'Isu PPSMI'..

Perlaksanaan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) baru2 nie dah ditentang hampir 100ribu rakyat...macam2 orang ternama dan cendiakawan pejuang Bahasa Melayu pon ada sama..dengan satu tujuan - 'Memperjuangkan Bahasa Melayu Daripada Terus Terpinggir'..

Aku ada terbaca entri dari bro Sazuwi tentang isu nie..ye aku sependapat dengan beliau..'SOKONG PPSMI'..mungkin orang cakap pembelajaran dalam Bahasa Inggeris merugikan orang melayu sendiri dan tak yakin dengan kemampuan Bahasa Melayu..aku sendiri pon tak lah fasih pon nak bercakap dalam Bahasa Inggeris tapi bagi aku kalo Sains dan Matematik sgt sesuai la dalam BI..sebab segala istilah dalamnya pon tetap dicedok dan 'dimelayukan' jika pembelajaran dalam BM..

Ada gak orang cakap, "Alaa,Jepun tu boleh je maju dengan bahasa sendiri..diorang bukan tau pon cakap BI"..ye memang dia maju dan faktor bahasa tu faktor kecil je sebenarnya..bagi aku faktor kejayaan diotrang ialah diorang 10kali lebih DISIPLIN dari orang Malaysia sendiri..tak heran lah diorang maju..kalo kita leh jadi sedisiplin macam diorang kita pon leh jadi cam diorang gak..tapi yelah,korang pon paham2 la orang kita camne, pemalas dan suka mengharapkan pertolongan n kurang jati diri..dan aku sendiri pon 2x5 same jek >_<)

Pada aku isu bahasa nie leh dibincangan lagi secara lebih ilmiah, tak perlu demonstrasi,tak perlu FRU,tak perlu gas pemedih mata..buat malu aje..nie le akibatnya kalo isu camni 'dipolitikkan'..masing2 nak tunjuk hero..akhirnya bertambah lagi la dendam dan barah saling benci membenci antara Melayu tu sendiri..ape kes?nie ke pemimpin Melayu nak bawak? (aku sgt bosan n sedih dengan pemimpin2 politik kat Malaysia skang)..

Jadi,korang rasa camne?patutkah PPSMI atau mansuhkan aje PPSMI tu?masing2 ada pendapat masing2 kan?..huhu

LOL!! #1





Kali nie aku nak kongsi koleksi2 citer lawak (sedut daripada laptop member aku) yang mampu gak la wat aku tersenyum (dan ade gak gelak sket2)..hehe layan aje beb...LOL!...


__________________________________________________________


LAWAK 1

Seorang murid yang baru berpindah sekolah ditanya oleh guru kelasnya.. Guru : "Kamu ni murid baru kan ?" Murid : " Ya.. cikgu" Guru : "Nama kamu siapa?" Murid : "Man" Guru : "Nama panjang kamu?" Murid : " Mannnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn nnnnnnnnn.. cikgu"


__________________________________________________________


LAWAK 2

Doktor menyuruh seorang lelaki yang sangat gemuk untuk melakukan diet. Doktor berkata kepadanya... "Anda mesti memakan sedikit roti panggang... sebiji buah-buahan dan segelas air kosong... " Lelaki menjawab... "Baik lah doktor... jadi... Itu semua harus saya makan sebelum atau sesudah makan, Doktor?"

__________________________________________________________


LAWAK 3

Khairul adalah murid darjah satu disebuah sekolah rendah... . Dia mempunyai seorang kawan perempuan disekolahnya yang bernama Tengku Nazira.. Tengku Nazira seorang yang sangat cantik dan menawan... walaupun masih kecil... Secara tidak disengajakan Khairul telah jatuh cinta pada Tengku Nazirah... Lalu dia meluahkan perasaannya kepada Tengku Nazirah.. "Naz... sebenarnya saya cinta padamu... tapi sayang kita masih terlalu kecil... bolehkan bila kita sudah dewasa nanti.. kita berkahwin... ?" Dengan wajah yang malu... Tengku Nazira menjawab.. "Khairul.. bukannya saya tak sudi... Tapi dalam keluarga kami.. kami hanya berkahwin sesama kerabat sahaja... .. Atuk berkahwin dengan nenek... Bapak sedara berkahwin dengan emak sedara.. dan bahkan papa berkahwin dengan mama... . sedangkan awak bukan kerabat saya Khairul... ."


__________________________________________________________



LAWAK 4

Firdaus : "Apa yang engkau bawa tu?" Ahmad : "Ayam... Cuba teka.. berapa jumlahnya? Kalu tekaanmu tepat.. kesemua dua ekor ayam yang aku baw a ini akan aku kasi pada mu!" Firdaus : "Emmmm.. tiga kot..?"


___________________________________________________________


LAWAK 5


Razak pergi ke sebuah restoran kegemarannya dan memesan ayam panggang seekor..Beberapa minit kemudian pesanannya sampai... Tapi sedang dia menikmatinya makanannya.. pelayan yang lain menghampirinya dan berkata..

"Maaf, Encik... Itu sebenarnya pesanan lelaki yang ada di sana itu. Dan ini merupakan stok ayam terakhir yang kami ada... Maaf ya Encik." Razak menoleh ke arah lelaki yang ditunjuk, ternyata badannya besar dan gagah.. lalu berkata,"Kerana terlanjur sudah makan sedikit..jadi ayam ini milik saya. lagi pun saya juga membayarnya."

Sementara si pelayan restoran nampak kebingungan, lelaki gagah tadi dengan wajah marah sambil membawa pisau menghampiri Razak.

"Hai budak.. jangan sentuh lagi..!! Apapun yang akan engkau lakukan terhadap ayam itu akan aku lakukan juga terhadap engkau. Kalau kau potong kakinya, aku akan potong kaki engkau. Kalau engkau potong perutnya, aku akan potong juga perutmu. Pendek cerita.. apapun yang engkau lakukan, akan aku lakukan juga pada engkau."

Razak terdiam beberapa minit.. lalu perlahan-lahan dia mengangkat ayamnya, membawa ke mulutnya dan menjilat bontot ayam tersebut...Cool


________________________________________________________



p/s: Whoaa..entah kenapa aku rasa makin bosan je cuti hujung minggu..takde benda yang menarik ke nak di buat yek..??nak keluar jengjalan malas..nak study,harapan aje lah (hahaha alasan untuk jadi seorang pemalas :p )..nak berblog pon tak leh slalu..nak tunggu dapat buka blogspot pon jenuh..entah bile la nak laju2 internet kat kolej aku nie..sabo aje lah... >_<



Ibu monyet lebih 'manusia' daripada mereka



-klik untuk paparan lebih jelas-



apa perasaan korang bile baca surat nie?sedih?simpati?sebak?marah?macam2 kan?..tapi tu lah manusia..walopon kejadian nie da lama berlaku tapi bagi aku benda camnie mmg membuatkan akus edih dengan orang kita..mungkin 'ibu' kepada bayi nie dah betol2 insaf dan takde sape yang boleh dia harapkan..samaada dia ada sebab2 tersendiri tu sume urusan dia dengan Allah..

kalo nak bincang isu buang bayi nie dah cam lapuk da...kat mana2 pon ade je kes2 camnie...dalam brite pon dalam sebulan mesti ada koman2 10 kes masalah nie..nak salahkan sape skang ek?masing2 tuding jari..kalo kita sendiri ada kesedaran takkan ada masalah2 camnie berlaku..sedangkan binatang pon sayangkan anaknye nie kan pulak manusia..pandai 'buat' tapi tak pandai 'bertanggungjawab'..tu le penangan nafsu & syaitan..simpang malaikat 44..

cube kite tgk plak camne pengorbanan mak monyet kat bwh nie nak selamatkan anaknya dari di makan anjing..:

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us

Image Hosted by ImageShack.us


betapa susahnya seekor ibu monyet nie untuk selamatkan anaknya..manusia camne plak?kebanyakan masalah buang anak nie hasil daripada zina...dah pandai beranak akhirnya baby2 yang tak berdosa nie gak yang jadi mangsa..sedih dengan manusia jenis camnie..


Image Hosted by ImageShack.us


Image Hosted by ImageShack.us



Allah SWT berfirman:

“Dan orang-orang yang berkata (berdoa): “Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa”. Mereka itulah orang yang dibalasi dengan martabat yang tinggi (dalam syurga) kerana kesabaran mereka dan mereka disambut dengan penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya…” (al-Furqon, 25: 74-75)


anak-anak tu adalah anugerah....mereka yang tak menghargai adalah mereka yang rugi..

**saling ingat mengingati..bukan untuk aku sahaja..malah untuk korang jugak saling ingat mengingati..Nauzubillah min zalik


andartukah atau andalusiakah




andartu = anak dara tua andalusia = anak dara lewat usia

Andartu??Andalusia?? aii macam2 gelaran yang di bagi kat golongan perempuan yang belum berkahwin nie...biasalah bila bilangan orang lelaki yang semakin lama semakin berkurang nie persaingan antara orang perempuan pon bertambah sengit..tapi betol ke tu je alasan membuatkan golongan perempuan nie jadi andartu?

Tak nafi sape yang tak nak kahwin kan?tapi ape yang aku baca dari salah satu laman blog nie mungkin mampu membuka mata kepada kaum2 hawa di luar sana kalau tak nak jadi salah seorang andartu..


"Perempuan akan menderita jika masih belum berpasangan sedangkan usia sudah semakin lanjut. Apatah lagi jika menerima gelaran “andartu” atau anak dara tua. Mereka tidak rela menerima gelaran itu."

“Hai golongan pemuda, barangsiapa di antara kamu telah sanggup kahwin maka kahwinlah, kerana berkahwin itu lebih menundukkan mata dan lebih memelihara faraj.” (Maksud Hadis)


Fakta

Menurut laporan setakat ini seramai lebih kurang 600,000 wanita berusia antara 30 hingga 34 tahun yang masih belum berkahwin. Ini tidak termasuk wanita yang berstatus janda.


Faktor

  • perempuan-perempuan kota yang intelek dan mempunyai status yang tinggi - berharap mereka akan bertemu jodoh dengan lelaki golongan atasan juga
  • Wanita yang berprofesion menyayangi kerjayanya lebih daripada untuk mendirikan rumahtangga - takut terkongkong, terbantut kareer. bagi mereka, kononnya beban kerja lebih ringan daripada bebanan rumahtangga.
  • sikap ibu bapa-memandang bulu dalam soal memilih menantu
  • terlalu pemilih
  • pernah melalui satu peristiwa pahit
  • tidak boleh kahwin selagi belum tamat belajar.
  • belanja kahwin yang tinggi.


Jalan Penyelesaian

- Peminangan pihak lelaki dengan pihak perempuan.


- Pinangan pihak perempuan terhadap lelaki.


- Menganjurkan perkahwinan antara bangsa dengan tujuan menyebarkan ajaran Islam.


- Mempercepatkan perkahwinan bagi mereka yang telah layak dan mampu.


-
Merendahkan belanja perkahwinan dan elakkan perkara-perkara yang menyusahkan dan membazir.


- Memahami peranan poligami yang diharuskan dalam Islam.


-dipetik dari Andartu - Inilah Jalan Penyelesaian , di olah semula oleh epol-


Allah swt berfirman yang bermaksud:

“Allah menjadikan isteri untukmu dari jenismu jua, dan kemudian dijadikannya dari isterimu itu anak atau cucu dan diberikannya kamu rezeki dari yang baik-baik.”



komen aku : perkara yang mudah tak perlu di susahkan..setiap manusia tu dah ditulis jodoh dan ajalnya semenjak dari lahir lagi..atas usaha kita je nak ke tak nak kan?...

**kalo perempuan = andartu..lelaki= apa lak ek?? hehe..