mari berenjit2

"Aku bangga menjadi Anak Melayu..."

Tak kisah apa orang nak cakap melayu tu lemah,melayu tu pemalas,melayu tu melayu ni..aku tetap bangga aku seorang Melayu..




video

-kredit untuk tukang wat flash nie-

Kali nie aku nak kongsi satu video klip (yang asalnya dari flash) pasal melayu..bukan pasal perkauman,menyentuh isu2 sensitif kaum dan agama....tapi aku suka dengan cara persembahan kartun flash nie..sape2 yang rasa melayu tu silalah layan..gerenti korang pon suka..hehe :)


bila papan tanda melawak #4

macam-macam benda yang kita leh jadikan bahan lawak..aku memang suke tgk papan2 tanda melawak nie..hahhaha..cume motif diorang wat papan tanda camnie membuatkan orang tertanya-tanya dan bertambah keliru..layan jangan tak layan..




-agak2 kalo tgah2 bawak kete nie nak lalu kat mane aje ek??-




-dilarang melacur/maknyah..hahaha-




-aku tak tau dia nak potong ape kat orang yang kencing nie..lol-





-agak bersetuju gak..jgn kentut merata..hehe-



-susah nak komen..:p -



-kredit untuk strange-world.blogspot.com-


p/s:...(gelak jap) :-D




Tanjong Katong..airnya biru





Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...


tajuk entri kali nie takde kene mengena dengan Tanjong Katong (yang entah kat mana tempatnye) cuma sekadar petikan lirik lagu 'Nak Dara Rindu' nyanyian Allahyarham Tan Sri P Ramlee..sure ramai yang da tau kan dari cerita apa lagu nie..yeahh layan lagu klasik siket hari nie...hehe


Bila dengar lagu nie...teringat plak aku kat kampung halaman yang terchenta, Kg Telaga Papan, Pasir Puteh, Kelantan..huk3 walaupon skang nie aku dalam mood exam tapi dalam masa break 5hari sempat gak aku balik kg..bukan ape lepas nie da susah da aku nak balik kampung. (sebab start akhir bulan nie aku dah kena latihan industri selama 2 bulan setengah dan teros sambung sem baru..huk3)

pas nie lama la aku nak bersama ngan mak ayah yang terchenta,merasa masakan mak aku yang semestinya enak2 lagi cedap2,bergusti dengan adik bongsu aku (yang dah makin membesau dengan sehatnye), jadi cashier kat kedai runcit dan menyakat lembu2 nenek aku yang cute lagi manja..wah,pasti kerinduan aku pasni...nie le idop seorang perantau..(dengan iringan lagu sedih klasik)













-sekadar beberapa pemandangan rumah di kampung-

kepada mereka yang sedang mencari pasangan


release tension jap..hehehe :p


aku ada terbaca satu soklan psikologi dalam mencari pasangan..so kali nie aku nak share ngan korang..korang rasa pasangan korang tu camne..:



Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.

2.Air paip melimpah kat bilik air.

3.Bayi menangis.

4.Telefon berbunyi.

5. Ada orang ketuk pintu.


Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?

Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.
Semua perkara tersebut mestilah diselesaikan.
Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.



dah puas berfikir??hehehe

Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?

Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup air medidih : menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.


* Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air : menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.


* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis : menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.


* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi : menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.


* Kalau anda memilih untuk membuka pintu : menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.



-kredit kepada pereka soklan nie-


agak2 same tak dengan kehendak korang??haha ape2pon sekadar suka2 je..jangan amek kesah sgt yek..ngee~~ :p