my mind is full of HATRED


my mind is full of HATRED!



post scriptum: sebulan tanpa blog sebab my mind is full of HATRED!

pabila Abang Park mengamuk


ok..sangat berbaloi tengok top-spot-challenge antara sweet rival Manchester United vs Arsenal..dah lali dah dgn angkatan anti-MU yang mengharapkan kekalahan di kubu iblis Old Trafford..(gelak jap) :D


Abg Park sgt aktif bila berdepan dengan Arsenal..sungguh..kesemua pertemuan MU dgn Arsenal Abg Park mesti score..he deserved to berserk for that goal!!..Abg Park sangat gembira meraikan gol jaringan beliau (rujuk gambar di atas) walaupon tidak mempunyai wajah tipikal Korea yang menjadi kegilaan anak gadis di Malaysia..lagi handsome Abg Park yang berwajah pure Korean (Korea bukit)

"
Park's record against Arsenal is very good, he is in fantastic form, the lad. Unfortunately we're going to lose him to the Asia Cup for seven matches, which is disappointing." komen Sir Alex selepas perlawanan berakhir.


Jika mengikot analisa perlawanan, Manchester United mempunyai banyak peluang untuk menyumbat gol..tapi di atas sifat tidak takbur dan riak..satu gol pon jadilah..hahaha :D



Abg Roo test power je tu dkt keeper muda Arsenal..kasi Szczesny terkincit kecil sket :p





mari kita tengok wajah2 ceria yang mewakili kelab masing2:(konsep~sokernet.blogsport.com)




sementara di Emirates




sementara di Stamford Bridge




dan akhirnya di Anfield


post scriptum: aku suka tengok banner dari fans MU kat kubu iblis Old Trafford ~
"not arrogant just better" :D

RAGE : cukur dengan selamat , ingatlah orang tersayang




salah satu sebab kenapa aku malas nak bercukur jambang
**owh,kulit pipi aku sgt sensitif..duh -.-"

konsep : 4chan


post scriptum : jangan gopoh nak cukur jambang..layanlah dengan cukuran manja

aku tak bengap


apekah perasaan korang bila korang dihembur kata-kata kesat yang dapat menjatuhkan motivasi korang?

apakah tindakan korang bila sesuatu kemudahan yang korang dapat diambil serta merta dan tiada rundingan lagi dapat di buat?


-aku tak bengap-


post scriptum : bukan senang nak senangkan hati semua orang..sekali orang tak suka kita sampai bila-bila orang takkan sukakan kita

drama sebabak : kamu adalah apa yang kamu makan


satu perbualan di antara Mr. A dan Mr. B di sebuah kedai mamak:


Mr. A : aku sedih la...

Mr. B : apasal?

Mr. A : aku rasa aku dah makin gemok la..cam makin ketat je seluar aku..*mengeluh

Mr. B : aku tengok ko xde lah gemok sgt..cuma berisi sikit je

Mr. A : ahh ko xpe la ko tak rasa macam aku rasa..seksa la beli baju bulan ni bulan depan dah tak leh pakai..

Mr. B : lek arr wei..pe kata ko jaga diet pemakanan ko & excercise selalu

Mr. A : aku pon dah lama niat gitu..aku nak diet..aku tengah semangat nie!!!

Mr. B : bagus2..semangat camni la yang betol.

Aney : ya boss mau makan apa?

Mr. A : kasi nasi goreng ayam nasi lebih ye..air kasi orange jus gelas besar!!

Mr. B : ............................................ ko nie kena kesurupan jin lapar dari bukit tunggal ye? (sambil menghentak kepala ke kaunter mamak)


-perbualan dihentikan-
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------






post scriptum : jangan pandai mengeluh je..pandai makan pandai la tanggung..bak kata Karam Singh "badan yang mengembang seluar disalahkan"..crap!

RAGE : jangan langgar lampu isyarat merah ye




waktu : 3minggu lepas kira2 9malam


tempat : simpang 4 berhadapan masjid UPM

keadaan trafik : lengang dan lancar


konsep : 4chan




post scriptum : polis ada di mana2..beware! yang penting hargai nyawa korang dan tanamkan sifat sabar walaupon terhadap lampu isyarat dalam Universiti@kolej korang..nyawa atau saman?kah3 (abis duit aku nak bayar saman T_T )

hello hello sayang!


"grrr ngeiok ngeiook ukk ukk ukk",ujar Mr. Raccoon



**lapang sebelum sempit -.-"

5 perkara yang kita dapat tau tentang Dokumentari P Ramlee


Baru2 nie di History Channel @555 di Astro tengah hangat menyiarkan Dokumentari tentang P Ramlee..aku pon dah tengok dah dokumentari nie..ape2pon tahniah kpd Shuhaimi Baba yang berjaya jugak menyiapkan dokumentari ni (walopon mengambil masa dalam 12tahun)..antara apa yang aku dapat daripada dokumentari nie :


1. P Ramlee yang kita kenal melalui filem seorang yang ceria dan berkharisma sehingga di zaman kejatuhannya pon kita masih nampak P Ramlee yang sama (hakikatnya dia macam melukut di tepi gantang)

2. Lumrah manusia yang tak senang dengan kejayaan seseorang..sampai ke akhir hayat P Ramlee pon masih ada yang boikot,memulau dan benci kat P Ramlee..tapi hakikatnya sekarang P Ramlee masih disukai oleh semua

3. P Ramlee seorang pencinta wanita sampai perempuan yang tengok dia semua cair..kalo tak takkan sampai leh kahwen 3kali kan..syok (hehe)

4. P Ramlee jugak ramai musuh dan ada golongan2 yang cuba jatuhkan dia sampai hidup P Ramlee melarat sehingga bukak kedai mahjung (dan orang zaman 60's nie mmg xkesah halal haram kot..leh tengok dari cerita2 dia)

5. kita tak akan dapat seorang insan seni yang berbakat besar selain P Ramlee..sampai ke hari nie pon TV masih tayang cerita dia..


walaupon kita tak tahu apa cerita sebenar dari suka duka perit maung yang P Ramlee alami...bagi aku P Ramlee tetap seorang yang hebat dan menjadi ikon bagi filem dan lagu Melayu..semoga roh arwah dicucuri rahmat..al-fatehah


**serious menarik dokumentari nie..memang rugi kalo korang tak tengok

oh hi





yup..lame tol tak update blog..since bulan lepas lagi kot..hahaha saje2 je malas nak menaip..asyik menaip je sampai tak tau nak cerita ape..ouh sungguh pemalas..hahaha

**byk yang aku nak cerita..tunguuuuuuu











post scriptum : 10.10.10 langkah pertama selepas aku bergelar graduat..doakan kejayaan yang mendatang ye kengkawan ^^

lawak hari ini : panda yang sangat serious



kepada korang yang nak jadi promoter..silalah berguru dengan Encik Panda nie..cool giler beb :D




**syok wooo tengok iklan camnie..bila la nak ada kat Malaysia :p

lawak hari ini : Rajnikanth bikin filem baru


agak tension seminggu dua kebelakangan nie dengan kerja yang melambak..sekali sekala nak bergelak ketawa pon ape salahnye..so korang mesti kenal mamat macho cam gambar kat atas nie kan?sape leh lupa Padayappa @ Sivarji the boss..yang tak knal tu mmg jenis hantu cerita melayu@omputeh aje la..

bagi peminat geli mat, lawak gampang @ babak sedih condor hero hah nie ole2 aku bawak dari youtube:




yang nie episod 2 lak:



-kredit tubelawak-



-apa macam..ada lawak ka saia buat itu lawak..bikin picah purut ka tada picah-

Alah omak kahwenkan aku!!



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kawan2..baru dapat nak melampias nafsu nak berblog lepas cuti2 raya nie..haha :p


saje2 tergerak ati nak bercerita tentang kahwen nie..ehh bukan aku yang nak kahwen cuma nak menjadikan persoalan bila timbul hal nikah kahwen dalam masyarakat melayu..baru2 nie kes abby abadi yang dah jadi topik hangat kat forum gosip ngan mak cik mak cik kat kawasan perumahan..aii tu laa nak nikah pon nak grand2 last2 sendiri merana...

bagi golongan yang muda remaja cam aku nie agak sukar sikit nak bincang hal camnie...bagi remaja (dalam golongan 20tahun ke atas) banyak yang fikir senang nak bercouple together2 aje dari nikah kahwen nie..aish tapi yerlah kalo udah berchenta sampai 5-8thn tu sangat la x elok kan..sedangkan orang bertunang pon tak leh tunggu lama2 apetah lagi yang bercouple ape nie..tu belom lagi di uji keimanan yang senipis kulit bawang nie silap2 boleh 'hanyut' dulu sebelum ke jinjang pelamin..nauzubillah min zalik

bagi golongan yang wajib kahwen nie bukannya tanak kahwen sebenarnya..tapi adat dan prosedur perkahwinan orang melayu tu sendiri yang merumitkan keadaan..so kali nie aku nak bincangkan sikit kenapa pemikiran orang melayu nie agak leceh bab hal nikah kahwen nie :




1. nak kahwin sekarang koman2 +-rm10 000 kena ada untuk hantaran
~agak leceh bagi yang masih masih belajar di universiti dan yang bekerja dengan gaji yang tak berapa nak mampu..ade la plak yang nak pinjam ah long bukit beruntong semata2 nak kahwen ataupon buat loan untuk kahwen..dah la loan belajar tak terbayar lagi bertambah pulak dengan loan kahwen..aish simpan poket dulu la hajat di hati nak bernikah kahwen nie..

-saya bukan ahlong saya cuma mau tolong!!!mari2 ambo kasi pitih nok buwi ko demo..eh kecek kelate pulok kawe-





2. "nak nikah gantung?lupakan aje hajat" ujar Mak Cik Kalsom kepada anak jantannye

~ pilihan mereka yang takde duit = nikah gantung..bukanlah korang bernikah sambil menggantungkan diri tu namanya bunuh diri..nikah gantung nie macam bernikah tapi dengan mencukupkan syarat sah kahwen..kalo yang muda wat nikah camni ada la mulut2 makcik2 kawasan perumahan yang jadikan modal ngumpat dan tak kurang jugak orang yang dah kerja tapi wat nikah camni...tu yang jadi kes nikah koboi @ nikah siam..aish

-gambar ulang tayang versi nikah gantung-




susah nak wat benda yang tak biasa dalam komuniti masyarakat melayu kita nie..ape2pon bagi yang dah cukup syarat cukup mampu jangan la tunggu lama2..kahwin2 la jangan tunggu lama2 k..tak pon melayan blues sambil layan lagu xpdc-alah emak kahwinkan aku..hehe


Kiri jalan kanan pun jalan
Di tengah tengah pohon mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama la sama menanggung rindu

Rumah tepi sawah
Kena pula langsir biru
Emak jangan marah
Esok lusa dapat menantu

Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku
Alah emak kahwinkan aku


**pendapat aku je..tatau la pendapat korang camne lak kan?

ini bukan cerita kedai kopi


Ada seorang kawan aku tanya aku kenapa aku wat blog x letak gambar2 sendiri atau cerita kehidupan peribadi macam blog2 yang lain...

err sorry la ye encik kawan..aku pon baru terperasan kenapa aku punya blog tak sama ngan orang lain..ehhh nak susah ati plak kawan aku nie..haha...jadi untuk menjawab pertanyaan kawan aku tu aku nak bagitau kenapa aku jarang sangat cerita tentang hal2 peribadi @ tepek gambar2 sendiri kat blog aku...






1.aku seorang yang pemalu
~ aku tak punya wajah yang encem untuk ditayangkan kepada tontonan umum..aku tak punya badan ala model yang boleh di banggakan..jadi aku agak malas nak letak gambar sendiri kat blog..takot korang loya lak..haha







2.aku tak punya handphone canggih yang mempunyai kamera serendah VGA mahupun setinggi 8.0 megapiksel
~ini cerita benar..aku hanyalah pengguna nokia yang basic berharga RM80 sahaja..paling canggih pon handphone nie ade lampu suluh (kegunaan bila mencari jamban ketika blackout)








3.aku tak punya kamera canggih DSLR dan kemahiran berphotoshop
~walaupon sedikit jeles dengan blog2 mereka yang ada gambar berkualiti hasil kamera DSLR dan kemahiran berphotoshop..hakikatnya aku xdapat nak wat pe untuk letak gambar2 sendiri yang menarik lagi cantik..banyak cedok dari encik google sahaja..ngee








4.aku takde cerita kehidupan yang menarik
~ ini juga cerita benar..aku banyak buat benda yang sangat bosan untuk diceritakan..takkanlah aku nak cerita "hari nie aku makan megi"atau "aku sedang demam kura2" atau "aku hangout bersama Encik Polan Dan Cik Polin di Mall" mahupun "aku rindu dia aku sayang dia..oh awekku Ayu Rhaudah" ...aku rasa cam blog syok sendiri pulak..haha








5.aku tak pandai berposing depan kamera
~ada kaitan jugak dengan (1)...aku rasa aku bukanlah photogenic yang dapat berposing dengan segak bergaya lagi poser..aku jugak bukan camwhore seperti mereka2 yang pandai bergaya ala model..ini juga cerita benar,bila ada kamera kat depan aku pipi aku akan bergetar...pelik tapi benar -.-"








6.aku suka baca cerita orang berbanding buat cerita tentang diri sendiri
~alasan paling kukuh..aku malas nak cerita hal sendiri (sikit2 tu ade la bukannya takde lansung)...lagi suka aku blogwalking dari blogwriting hal sendiri..ngeh3 :D





***blog sendiri cara sendiri....blog korang punya identiti masing2...jangan tiru macam aku sebab aku sangat noob berblog..heheh :p

Cik Bedah Siasat : 5 tanda korang raya sakan


Cik Bedah kali nie dengan suka citanya mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada uols..walopon baru 2 entri Cik Bedah merapu..Cik Bedah tau uols semua mesti tgah rindu dengan Cik Bedah kan?ahaks dan tak kurangnya uols dengan mood syok beraya lagi..Cik Bedah takde la beraya mana cuma beraya dengan 10pasang baju kebaya nyonya je..opss terlebey suda..

so kali nie Cik Bedah nak bagi uols tau 5 sebab dan petanda yang uols nie dah beraya sakan tahun nie:




-antara koleksi baju kebaya Cik Bedah-

1. yang mana dapat bonus raya tu ape lagi..beraya sakan la dengan baju2 raya berpasang2 macam Cik Bedah..ala2 nampak vogue mengalahkan artis gitu..sampai orang tak dapat kire ntah berape pasang baju raya dah yang ada..raya sakan ye!!







-Cik Bedah mmg pemurah..duit raya kasi 50hinggit je kat budak2-

2. Bagi mereka yang dah bekerja tu..alamatnye masa nie lah uols 'beramal jariah'..mana taknye..sekali gerombolan budak2 kecik serang uols..tak ke naya poket..tapi ape dehal..uols kan dah ready nak beraya sakan..raya sakan ye!!






-Geng Bas Sekolah anak buah Cik Bedah yang nak ngejas anak tok penghulu kampung Cik Bedah-

3. kalo dah setahun sekali balik tu masa raya nie la nak pusing satu kampung, umah tok penghulu tu entah berapa kali uols beraya sampai naik nyampah tok penghulu tu (walopon niat uols nak ngejas anak tok penghulu yang cun/encem) je sebenarnye..raya ke 5 baru nampak batang idong kat umah..haha..raya sakan ye!!






-ini perot uols bukan perot Cik Bedah ye..hik3-

4. Beraya pon beraya jugak..tu tak kira yang uols buruk lantak..asal ada je kuih raya uols sebat dengan mangkuk kuih raya sekali..agresif gitu..pastu dah abis raya jgn lak uols mengeluh tengok perot uols yang membuncit..alamatnye baju raya dah tak muat dah siap retas lagi..raya sakan ye!!





-Pengantin yang beraya sakan..Cik Bedah tukang makeup je-

5. Bagi mereka yang berwalimatul urus plak haa yang nie la namanya raya sakan..dah la beraya..dapat laki/bini plak..mana tak beraya sakan kan?ahaks jeles Cik Bedah..raya sakan ye!!



kalo nak ikotkan byk lagi petanda2 orang yang beraya sakan nie..malas plak Cik Bedah nak merapek panjang..ketemu lagi di entri akan datang..daa~!!!



**Cik Bedah merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh Batman..harap korang jangan amek pusing dengan ayat ala bapuknye tu..why so serious? :p

sejauh mana status anda sebagai 'anak perantau'



Bila dah nak dekat raya nie,yang paling terasa bahangnya semestinya mereka yang bergelar anak perantau..tak kesah la yang masih belajar ke atau yang dah berkerja ke samaada yang tinggal di Malaysia atau oversea..apa pon tak semuanya si perantau nie yang bernasib baik dapat balik ke kampung terutama yang dok jauh2..selama hampir 6tahun hidup merantau nie aku nak kongsi pendapat & pengalaman sejauh mana tahap keperantauan terutama dekat2 mood raya bagi pandangan aku..


1. Bila nak dekat raya, confirm ada yang mencari tiket bas @ tempah tiket flight awal2 semata-mata nak balik kampung..tapi kalo tak bernasib baik bila tiket abis mulalah kena sindrom kemurungan tahap di sampuk jin..bagi mereka yang dah plan awal2 1Ramadhan pon dah ade yang sangggup jenguk2 kat kaunter tiket siap dengan tempahan awal lagi..dashat


2. ada yang sanggup merayu dekat akak2 kaunter tiket dengan skrip drama ala carekarama dengan air mata bercucuran supaya dapat gak tiket (biasa pompuan la cam nie)..time2 nie lah ulat2 tiket tersengih girang cam pak cik kayo sebab suka menggeletek poket2 mereka yang memerlukan tiket..apedehal,janji ade bas kan..bagi yang laki senang je, takde tiket, pandai2 la cari idea nak menumpang kereta member @ konvoi ngan motor beramai..syok kot


3. bagi mereka yang berkerjaya tu kalo x dapat balik beraya lak memang rasa cam kayu je..nak kerja pon xda semangat sebab jiwa dah kat kampung jasad je kat tempat kerja..makan kuih raya pon leh keluar air mata teringat kuih raya yang mak kat kampung..apa yang ada untuk pengubat jiwa yang luka lara pon melantak kat rumah terbuka bos dengan rakusnya..balas dendam!!


4. bagi mereka yang dok oversea tu, biasa kalo x dapat balik beraya tu memang dah cam lumrah la..untuk dapatkan mood raya pandai2 la masak juadah beraya dengan resepi ciptaan sendiri (asal nampak rupa pon jadilah)..lagi sadis kalo dapat makan kuih raya yang dah lemau sambil teringat kampung..syahdu beb


5. bila raya lak mesti la berjumpa dengan keluarga sepupu sepapat selipat semua kan..yang jenis liat nak balik kampung (bukan cuti raya) nie la jadi tumpuan mak2 sedara n makcik2 jiran sebelah tanya khabar dengan pertanyaan tipikal "eh dah besar panjang dah ko ye".."Ya ampun..lama betol tak jumpa ko..dah kahwin ke belom?" dan sebagainya..nak lagi sadis lagi kalo ade yang tanya cam atau "laaaa..ko kenal jugak kampung ko ye ingat dah takde kampung dah" @ "eh ko nie anak sapa?"..cukup sadis lagi tajam sah2 la memang lama tak balik kampung nie..


6. yang mana berkerja tu bila dah nak abis cuti memang liat giler lah nak balik bandar balik..dan2 la cari cuti MC untuk menambahkan masa cuti lagi..hehe


kalo ada antara korang yang ada pengalaman nie aku ucapkan syabas atas sebagai status berpengalaman sebagai 'anak perantau'..apa yang penting balik lah jenguk2 mak ayah kat kampung..masa nie la nak mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang ada..hehe kepada mereka yang akan pulang ke kampung tu aku ucapkan selamat memandu dan pulang dengan selamat..ingatlah insan2 yang tersayang ^^


Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri

apa erti kemerdekaan


Salam Ramadhan buat semua..sedar x sedar dah 53 tahun kita merdeka..tapi dimanakah tahap merdeka yang kita dah capai dalam tempoh masa 53tahun tu?adakah kita dah cukup sayangkan negara kita?adakah negara kita cukup aman?adakah hubungan antara kaum dalam keadaan baik?

tahun-tahun kebelakangan nie macam-macam isu dan insiden berlaku terutama dalam isu perkauman..macam mana sesebuah negara yang berbilang bangsa nak maju kalau masih wujud sifat perkauman yang menebal dalam rakyat Malaysia?bila sentuh isu perkauman sedikit sebanyak menyentuh aspek keagamaan..contoh macam isu baru-baru nie tentang isu baling cat ke surau , isu bakar gereja, fitnah guru sejarah tentang perkauman dan macam2 lagi..tak termasuk lagi komen2 berbau perkauman di facebook seperti di sini dan di sini..

sedar tak sedar dah timbul benih2 racism dalam rakyat malaysia..gelaran "melayu bodoh', 'cina balik china' dan 'keling' antara salah satu daripada wujudnya racism dalam diri kita..walaupon tak semua tapi kalau takda usaha kesedaran dalam diri sendiri,ego dan pandang rendah sesama kaum jangan haraplah negara kita akan jadi aman..

aku bukanlah nak memanaskan balik isu tapi sebagai renungan..adakah kita betul2 dah merdeka di 'hati' atau sekadar mengibarkan jalur gemilang semata2?sejauh mana usaha kita untuk memupuk sikap toleransi dalam hidup pelbagai kaum?aku sayang dan cintakan tanah bumi Malaysia dan bencikan racism..selamat menyambut kemerdekaan ke 53..

Malaysia is for Malaysians, despite the colour of one's skin


**entri serius sempena bulan kemerdekaan.

bila cemburu bertukar sadis

Berita yang agak ngeri lagi kijam di pagi hari selasa di Harian Metro.


memang susah nak kawal emosi bila kewarasan xde dlm kepala kita nie..tapi kenapa sebab cemburu sampai sanggup bertindak kijam camni ye?cemburu sbb sayang atau sebab dendam?wallahualam



bab2 toreh menoreh mulut nie aku terus teringat kat The Joker alias kaki menoreh (bukan toreh pokok getah ye)..rasanya org yang toreh2 nie leh jadi perintis The Joker pasni -.-"



-KENAPA SERIUS SANGAT??-

BPL kembali lagi


Lupakan demam World Cup yang penuh dengan kekecewaan (sbb byk team flop -.-") dan ganti dengan liga yang paling di tunggu-tunggu setiap musim 'Barclays Premier League'..musim baru,semangat baru,player baru..fuuh memang cukup mengujakan bagi aku..kalo dlu BPL dimanipulasi team Big 4 je (Chelsea, Man Utd, Arsenal, Liverpool) tapi tak lagi bagi musim nie..setiap team dah tak dapat nak tentukan yang mana yang akan menang liga sbb semua team ada kelebihan masing2..bagi aku 6 team penting yang akan merebut juara liga mahupun 4tempat ke European Champions League untuk musim akan datang...demam bola kembali lagi..hoyeaahh ^-^



so kali nie terdapat beberapa newcomers yang patot diberi perhatian yang akan menjadikan BPL semakin menarik :






Javier 'Chicharito' Hernandez - Manchester United
Newcomer dari Fav. team aku, Chicarito alias 'kacang kecik' dari Mexico sememangnya satu pembelian berbaloi dari MU..persembahan yang baik dalam World Cup dan pre-season dah cukup membuktikan kemampuan born-to-be-striker..so pasni abg Roo tak payah susah2 jadi lone striker cam season lepas..sgt sesuai pair dengan Berbatov..(harapan menang trophy ade lagi..hehe)




Marouane Chamakh - Arsenal
Arsenal yang selalu tempang dengan pemain yang cedera setiap kali musim bertuah dapat striker dari Bordeoux nie (satu2nya pemain Bordeoux yang menyumbang gol dalam Champion League season lepas)..lupekan Bendtner yang agak slow dan Vela yang jarang main (walopon bagi aku dia bagus)..jentera serangan Arsenal diperkuat lagi dengan bantuan Van Persie dan Arshavin..mintak2 jangan ikot tradisi Arsenal yang selalu injured sudah..







David Silva - Manchester City
winger persis attacking midfielder dari Valencia nie antara pemain yang aku sgt berharap masuk MU satu ketika dlu..tapi apekan daya..duit segala galanya..dengan falsafah Man City 'you got money you got everything' dengan pembelian besar-besaran mengalahkan mak cik yang bershoping nak beraya nie berjaya membeli pemain2 all-star..aku pilih Silva sbb dia laju,licik dan pandai mencari gol..walaupon masih tak biasa dengan cara permainan BPL berbanding La Liga tp mmg kena berjaga-jaga dgn player sorg nie..






Giovanni Dos Santos - Tottenham Hotspurs
Dia bukanlah player yang dibeli untuk musim nie tapi baru berpeluang untuk menyerlah dalam BPL setelah lama diloan ke kelab lain..pantas,skillful & rajin..dah cukup buat dia nie menjadi player berbahaya..sayang kalo dia tak dpt main untuk 1st team..






Ramires - Chelsea
x banyak yang aku tau sgt pasal player nie..tapi kelibat dia dalam World Cup mungkin menjadikan dia secret weapon untuk Chelsea (atau flop :p)






Joe Cole - Liverpool
Salah satu player England yang aku suka gak..leh kurangkan beban Gerrard di bahagian tengah berbanding nak diharapkan dengan Aquilani dan Lucas..cuma game pertama dah kena Red Card..satu cabaran sukar untuk Joe Cole buktikan kemampuan seterusnya (teringat gol dari Joe Cole masa lawan MU season lepas -.-" )


**bola pon bola jugak..ibadah di bulan Ramadhan jangan dilupakan ye kawan2..hehe

nostalgia berpuasa di U


-mr. ronald mcdonald not allowed u to come this month-



assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua..pejam celik pejam dah masuk Ramadhan dah..cepat betol masa berlalu..dah rasa makin tuo dah diri nie..hehe so bila kita masuk di bulan Ramadhan nie..macam2 ragam orang yang kita leh jumpa..dan apa yang leh aku tgk ragam kehidupan bebudak U nie macam:

1. ramai la yang muka toya,ilang mood tak memasal,disampuk lipas, jiwa kacau, meroyan nasi, sengal2 perot,tulang,usus dan sebagainye..alah trick lama tu..paham sgt dah..hehehe :p

2. kepada mereka kepala bisnes,masa nie la diorg amek kesempatan nak berniaga..cam diorg aplikasi subjek asas keusahawanan la agaknya kot..yang paling popular jual nasi sahur & perkhidmatan kenderaan ke bazar..sampai ada yang berebut kawasan jajahan nak berniaga..

3. yang bagusnya, surau2 dan masjid2 penuh je tak cam selalu..sampai ade surau tak cukup dan terpaksa terawih di dewan..alhamdulillah..tapi cam kebiasaan pertengahan bulan tu dapat tengok la perubahannya.

4. walopon setan2 dah dirantai tak menjamin pemikiran syaiton kena rantai gak..silap2 ada la bau2 haruman megi@rokok kat kolej..nak jadikan aromaterapi kot..jadahnye

5. yang mana kuliah pkol 8 tu mmg peratusan nak monteng sgtla tinggi..dah melantak nasi time sahur mane tak telajak tdo kan..**aku sgt memahami situasi ni :p

6. kesedaran sivik dan bersopan santun dapat la kita tgk..masing jaga mulut dari mencarut carut, yang mana tak bertudung tu dah belajar2 pakai tudung arianna,tudung wardina, tudung bawal dan mcm2 tudung (kecuali tudung saji), pasangan bercinta plak dah takde bercengkerama di bwh sinaran lampu minyak tanah.bagus cuma kalo istiqamah lagi bagus..


macam2 lagi ragam budak2 u nie kalo time puasa..apa2pon apa yang kita harapkan diri kita berubah menjadi lebih baik dari biasa sempena bulan yang penuh barakah nie..selamat berpuasa kawan2 ^^

saturday adalah bukan caturday




aku ada masalah sikit dengan binatang bernama kucing nie..aku bukanlah benci dan geli ngan kucing tapi kadang2 rasa nak mengamuk jugak..walopon kucing adalah sejenis pet yang agak cute tapi cute2 pon bukan leh menjamin utk aku bersikap mesra dengan kucing..>.<




kenapa?





pagi sabtu yang sepatotnye indah diganggu pulak dengan 'aroma terapi' yang masyukkk abes...baik punya taik kucing kat aras bilik aku..da le aras lima punya bilik..macam shilanat nye bau...damn! ape leh wat,ramai sangat penggemar kucing kat blok yang aku dok nie..setiap aras mesti ada seekor..agaknya ada kempen '1aras 1kucing' kot..kejadahnye -.-"






amaran keras kepada penggemar kucing : jagalah kucing anda dengan sebaiknya..jangan meninggalkan 'hasil karya' crap kucing anda untuk tontonan umum.


-jgn lakukan aksi ngeri ini kepada kucing yang anda marah-