apa erti kemerdekaan


Salam Ramadhan buat semua..sedar x sedar dah 53 tahun kita merdeka..tapi dimanakah tahap merdeka yang kita dah capai dalam tempoh masa 53tahun tu?adakah kita dah cukup sayangkan negara kita?adakah negara kita cukup aman?adakah hubungan antara kaum dalam keadaan baik?

tahun-tahun kebelakangan nie macam-macam isu dan insiden berlaku terutama dalam isu perkauman..macam mana sesebuah negara yang berbilang bangsa nak maju kalau masih wujud sifat perkauman yang menebal dalam rakyat Malaysia?bila sentuh isu perkauman sedikit sebanyak menyentuh aspek keagamaan..contoh macam isu baru-baru nie tentang isu baling cat ke surau , isu bakar gereja, fitnah guru sejarah tentang perkauman dan macam2 lagi..tak termasuk lagi komen2 berbau perkauman di facebook seperti di sini dan di sini..

sedar tak sedar dah timbul benih2 racism dalam rakyat malaysia..gelaran "melayu bodoh', 'cina balik china' dan 'keling' antara salah satu daripada wujudnya racism dalam diri kita..walaupon tak semua tapi kalau takda usaha kesedaran dalam diri sendiri,ego dan pandang rendah sesama kaum jangan haraplah negara kita akan jadi aman..

aku bukanlah nak memanaskan balik isu tapi sebagai renungan..adakah kita betul2 dah merdeka di 'hati' atau sekadar mengibarkan jalur gemilang semata2?sejauh mana usaha kita untuk memupuk sikap toleransi dalam hidup pelbagai kaum?aku sayang dan cintakan tanah bumi Malaysia dan bencikan racism..selamat menyambut kemerdekaan ke 53..

Malaysia is for Malaysians, despite the colour of one's skin


**entri serius sempena bulan kemerdekaan.

3 comments:

FaizalSulaiman berkata...

betul apa yg ko cakap ni bro. kadang2 semangat 1 malaysia macam tak dihayati orang2 yg ko sebutkan tu

sAzUwI berkata...

walaupun negara dah 53 tahun merdeka..
masih ader lg pihak nak pecah belahkan rakyat malaysia...
seperti byk yg jadik cam skarang nie...

epol berkata...

bro faizal
~ bukannya diorang nak hayati..tambah plak xde sikap nak berfikiran positif

bro sazuwi
~ itulah pengkhianat negara