sejauh mana status anda sebagai 'anak perantau'



Bila dah nak dekat raya nie,yang paling terasa bahangnya semestinya mereka yang bergelar anak perantau..tak kesah la yang masih belajar ke atau yang dah berkerja ke samaada yang tinggal di Malaysia atau oversea..apa pon tak semuanya si perantau nie yang bernasib baik dapat balik ke kampung terutama yang dok jauh2..selama hampir 6tahun hidup merantau nie aku nak kongsi pendapat & pengalaman sejauh mana tahap keperantauan terutama dekat2 mood raya bagi pandangan aku..


1. Bila nak dekat raya, confirm ada yang mencari tiket bas @ tempah tiket flight awal2 semata-mata nak balik kampung..tapi kalo tak bernasib baik bila tiket abis mulalah kena sindrom kemurungan tahap di sampuk jin..bagi mereka yang dah plan awal2 1Ramadhan pon dah ade yang sangggup jenguk2 kat kaunter tiket siap dengan tempahan awal lagi..dashat


2. ada yang sanggup merayu dekat akak2 kaunter tiket dengan skrip drama ala carekarama dengan air mata bercucuran supaya dapat gak tiket (biasa pompuan la cam nie)..time2 nie lah ulat2 tiket tersengih girang cam pak cik kayo sebab suka menggeletek poket2 mereka yang memerlukan tiket..apedehal,janji ade bas kan..bagi yang laki senang je, takde tiket, pandai2 la cari idea nak menumpang kereta member @ konvoi ngan motor beramai..syok kot


3. bagi mereka yang berkerjaya tu kalo x dapat balik beraya lak memang rasa cam kayu je..nak kerja pon xda semangat sebab jiwa dah kat kampung jasad je kat tempat kerja..makan kuih raya pon leh keluar air mata teringat kuih raya yang mak kat kampung..apa yang ada untuk pengubat jiwa yang luka lara pon melantak kat rumah terbuka bos dengan rakusnya..balas dendam!!


4. bagi mereka yang dok oversea tu, biasa kalo x dapat balik beraya tu memang dah cam lumrah la..untuk dapatkan mood raya pandai2 la masak juadah beraya dengan resepi ciptaan sendiri (asal nampak rupa pon jadilah)..lagi sadis kalo dapat makan kuih raya yang dah lemau sambil teringat kampung..syahdu beb


5. bila raya lak mesti la berjumpa dengan keluarga sepupu sepapat selipat semua kan..yang jenis liat nak balik kampung (bukan cuti raya) nie la jadi tumpuan mak2 sedara n makcik2 jiran sebelah tanya khabar dengan pertanyaan tipikal "eh dah besar panjang dah ko ye".."Ya ampun..lama betol tak jumpa ko..dah kahwin ke belom?" dan sebagainya..nak lagi sadis lagi kalo ade yang tanya cam atau "laaaa..ko kenal jugak kampung ko ye ingat dah takde kampung dah" @ "eh ko nie anak sapa?"..cukup sadis lagi tajam sah2 la memang lama tak balik kampung nie..


6. yang mana berkerja tu bila dah nak abis cuti memang liat giler lah nak balik bandar balik..dan2 la cari cuti MC untuk menambahkan masa cuti lagi..hehe


kalo ada antara korang yang ada pengalaman nie aku ucapkan syabas atas sebagai status berpengalaman sebagai 'anak perantau'..apa yang penting balik lah jenguk2 mak ayah kat kampung..masa nie la nak mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan yang ada..hehe kepada mereka yang akan pulang ke kampung tu aku ucapkan selamat memandu dan pulang dengan selamat..ingatlah insan2 yang tersayang ^^


Hujan Emas di Negeri Orang, Hujan Batu di Negeri Sendiri

14 comments:

FaizalSulaiman berkata...

masa belajar dulu tak pena risau pasal tikey balik g.kg kat jb, so kat hujung nak balik tu baru cari:)

kesian member2 yg especially duk kelantan.lekas2 pi cri tiket masa 1 ramadhan

Pencacai Alim berkata...

aku tk pnh rasa jadi anak perantau..hakhakhak

faRahAdILa berkata...

oit2.. tipu.. mne ade smpai buat drama cerekarama menitiskan air mata kt kaunter.. haha.. nak selamat, cpt2 bli tiket utk elak masalah kemurungan. :))

Mr.Homosapiensz berkata...

masa belajar dulu x risau sangt tiket coz ada student yg arrange + skali tu beli tiket sebulan awal....hahhaha

epol berkata...

bro FS
~ yang dok kelantan sakit bro..ntah ramai sgt rakyat kelantan kat bandar..haha tu yang syok

epol berkata...

pencacai alim
~golongan yang rugi tu..syok kot jd anak perantau..haha

epol berkata...

farah
~haha..ko umah dekat mmg le tak pernah jumpe situasi camnie..

epol berkata...

mr homosapienz
~tu salah satu penyelesainan masalah yang terbaek..haha tp tak adventurous cam org yang berebut tiket kat stesen pudu@putra la :p

sAzUwI berkata...

asalkan dapat balik beraya tue dah kira status perantau ar tue walau umah famili tak sampai 10 minit..hehe..

aper2 pun selamat hari raya maaf zahir batin bro..

kata kila berkata...

errr duduk rumah sma, tapi blik asing2 dikira anak prantau tak.hheeheh

My MiRa berkata...

salam..mira datang antar lemang kat blog ni...:)

epol berkata...

bro sazuwi
~haha bley la jugak..janji x dok same kot..ahaks selamat hari raya bro

epol berkata...

cik mira
~mekasey2..x basi lagi lemang nie kan?:p

epol berkata...

cik kila
~mak aii..tu namanya anak omak..haha