misery






when your master life becomes shit






-dilema seorang student seperti aku-

burung yang marah




-jika aku adalah seekor burung..aku akan marah dengan blog ni..sunggohlah tak aktif lagi membosankan-




sementara itu....




post scriptum : mohon semangat berblog lama kembali

woh!!!!


blog ini adalah blog yang bosan kerana bloggernya seorang yang bosan dan takda masa untuk berblog..dan ya internet di kolej blogger ini sangat slow macam slowpoke.janganlah ambil pusing (xde sape kesah)

Facebook berwajah baru tak best?


rata-rata ramai yang tak suka dengan FB yang berwajah baru..apa pasal plak tak suka?


1. newsfeed dah tak macam dulu..semua aktiviti terus keluar dekat sidebar

2. setiap kali upload gambar akan keluar gambar besar2 saiznya

3. senang cakap, apa korang buat di fb semua friends korang akan tau..takde privacy



tunggu kejap,



dah kenapa pulak takot dengan benda2 semua tu..bukan ke semua social network ni memang tempat orang share dan tahu ape2..so apa yang korang cakap ape yang orang lain tengok tu adalah tanggungjawab sendiri. yang takot dan tak suka pasal pe? nak menggatal?lol


post scriptum : bosan lah fb..twitter lah syok :p

melepaskan amarah cara tersendiri








bila nak marah macam2 boleh jadi..silap haribulan boleh masuk wad gila bila kemarahan tak di dilepaskan dengan betul..marah tak boleh dipendam..bila lama dipendam boleh jadi barah..barah yang tanpa kita sedar leh merosakkan diri dan perilaku kita..aku senaraikan beberapa cara yang kadang2 boleh dipraktik bila nak lepaskan kemarahan (dan aku jugak ada terpraktik)




1. bertumbuk dengan punching bag

cara yang paling efektif..nak tumbuk orang sakit pulak yang dapat..apa kata bertukar kepada punching bag..bukan saje leh sepak, terajang, flying kick, tumbuk dengan jurus 1000 genting puak orang ikan, malah boleh memaki sambil bertumbuk pon boleh..mahal?tak payah susah2, cari je di gym berdekatan..tak mampu? leh ganti dengan bantal yang agak2 besar tak pon tilam yang ditegakkan..memang syok






2. cari padang rumput yang berdekatan

korang tengah marah dan perlu luahkan kepada seseorang..nak cerita dekat kawan memang senang tapi jangan ingat semua kawan senang nak dengar cerita kita..apa kata bertukar kepada bercerita dengan rumput..sambil korang cerita kemarahan boleh jugak korang cabut rumput dengan sepenuh emosi..tapi jangan abis satu padang dicabutnya rumput..itu namanya terlalu beremosi terhadap tanah







3. karaoke dengan lagu bernada tinggi

cari je karaoke jamban berdekatan..pilih lagu yang rasa leh cukup untuk menjerit dan melalaklah sorang2..agak puas jugak sebenarnya..pecah suara tu biasa jangan ambik pusing..bukan masuk pertandingan menyanyi pon







4. makan kuaci dengan pantas

kalo makan nasi tanpa henti jawabnya paham2 sendiri..kalau marah cuba beli kuaci besar..makan secepat mungkin sambil mengunyah..cap cap cap cap sampai leh lupa marah yang tengah diperam..ini serius







5. tidur berirama

sebenarnya tidur dah cukup utk melupakan sekejap amarah yang terasa..nak sedap lagi bila diulik lagu2 instrumental..hilang sekejap takpa utk naikkan balik tahap kesabaran,,jangan pulak tidur dengan irama lagu m daud kilau..lain pulak jadinya



post scriptum: apa2 pon marah tu bersifat api..api pulak kesukaan syaitan..bila syaitan ada dia akan hasut kita utk buat benda yang bukan2 bila kita marah..lebih afdal untuk kita dekatkan diri dengan Allah dan memperbanyakkan berdoa dan beristigfar..marah marah juga..tapi jangan biar marah yang mengawal kita..sepatutnya kita yang mengawal marah

gadis muda sekarang punya citarasa terhadap lelaki

berdasarkan beberapa pemerhatian yang telah dinilai..hasilnya seperti ini :


Photobucket




post scriptum : ketandusan citarasakah?minat masing2 -.-"

memori raya yang di kenang



Di kesempatan ini aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf sekira ada kata2 di blog ini yang mengguris hati dan memberi sedikit iritasi kepada hati2 yang membaca..anyway, aku perasan ada beberapa kenangan raya yang makin pudar tahun ni..mungkin korang pon rasa benda yang sama #ehyeke?..








kad raya
~ tak payah aku cerita pon kad raya ni macam hampir pupus sejak 3tahun kebelakangan ni..mungkin orang lagi suka ber sms ataupon menggunakan medium lain yang lebih pantas..jimat pon jimat (rindu dengan pantun pecah kaca..pantun wajib kot untuk kad raya)







sms kreatif dari keluarga nokia 3310
~ well, sekarang ni semua orang mampu memiliki handphone2 canggih tak kira dari jenis iphone,blackberry mahupon android..sms yang kreatif dari segi pantun,hiasan tulisan dan yang lagi advance siap leh bergerak2 lagi..dulu aku suka gak forward sms yang siap dengan pelita dan bergerak2 bila kita scroll ke bawah..semua tu hanya tinggal kenangan sekarang (sangat rare nak jumpa)







meriam buluh
~ yang ni lagilah tersangat rare untuk jumpa sekarang..aku ingat last time aku main masa aku darjah 4..dan masih dikenang sampai sekarang (at least takdelah aku malu nak cerita kat anak cucu aku esok2 yang aku pernah merasa main meriam buluh) :p








rancangan tv yang menarik
~ aku ingat dulu benda yang ditunggu2 adalah tayangan movie melayu yang melambak2 di tv tak kiralah tv RTM ke ataupon TV3..sekarang ni semua movie baru dah tersedia update di internet untuk di sedut (download) so bila raya dah tak rasa nak tengok sangat tv..alih2 cerita sama je..tu tak kira yang astro asyik ulang2 sampai lebam..lol







duit raya
~ hehe memori untuk mereka yang dah besar la kan..teringat masa dulu2 siap buat 'operasi poket kembung' menyerang rumah2 orang tak kira la kenal ke tak..janji duit raya wajib dalam poket..sekarang ni masa untuk aku lak bagi duit raya..putaran masa




bagi aku tahun ni raya sangatlah sederhana..raya cuma pagi raya je sampai solat sunat raya dan melantak..lepas tu dah takde rasa dah nak beraya..banyak habiskan masa kat rumah aje..korang pulak camne?


post scriptum : maaf zahir dan batin ye semua

berita jam 13: pemuda jelmaan burung hantu






18 Ramadhan 1432H bersamaan 18 Ogos 2011 : Serdang, seorang pemuda sudah kehilangan seketika nikmat tidurnya selama hampir sepuluh hari semenjak bulan Ramadhan tahun ini kerana masalah tidur yang tidak menentu. Menurut sumber yang dipercayai pemuda berkenaan lebih banyak menghabiskan masanya melingkar di bilik seperti sauna pada siang harinya. Hal ini menyebabkan beliau mengalami gangguan masa biologi untuk merehatkan badannya dari berasa letih dan tidak bermaya. Dukun Promchat (bukan nama sebenar) mengatakan pemuda tersebut telah tersampuk semangat burung hantu disebabkan beliau sangat aktif di waktu malam. walaubagaimanapun, berdasarkan Dr G (bukan nama sebenar) masalah seperti ini amat biasa di kalangan mahasiswa kerana mereka lebih suka berjaga sehingga sahur di sebabkan beberapa faktor antaranya melayari internet sehingga ke pagi, menonton rancangan di televisyen mahupun di komputer riba dan juga menonton bola sepak yang biasanya berlansung lewat tengah malam. -sumber berita disampaikan oleh Encik Fadil Ismet Ulam Raja


post scriptum : adakah pemuda itu mengalami masalah kritikal tahap kronik??

carta kuih popular di bulan Ramadhan






Assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan-kawan..amacam puasa?seronok?jangan kata puasa yang nak masuk hari kedua ni dah ada yang curi2 ke dapur seawal pukul 12..hehe lain macam tu :p

Ok kembali ke tajuk entri yang asal, juadah berbuka memang tak sah kalau takde kuih..untungnya aku sebagai orang Melayu dan duduk di Malaysia dapat rasa nikmat kuih-kuih tradisi yang bermacam2 jenis dan sedap2 belaka..kalau dulu masa aku muda remaja ada beberapa kuih yang menjadi kuih wajib yang akan aku jumpa bila pergi ke bazar Ramadhan dan ketika buka tudung saji sementara menunggu waktu berbuka.





-ondeh-ondeh-
antara kuih paling top yang paling biasa yang mak aku buat..senang dan mudah untuk disediakan..nikmatnya bila berbuka dengan kuih ni sambil mengalir gula melaka yang cair dalam mulut..cair dimulut tidak ditangan...wah dah macam gula-gula M&M






-butir nangka-
kuih tradisi kelantan dan antara yang favourite di rumah..aku pon tak pasti kenapa namanya butir nangka..kalau tak silap nama komersialnya badak berendam (dan lebih tak faham di mana badaknya)..antara kuih pemula sebelum ke hidangan utama..macam appetizer jugalah kuih ni






-puteri mandi-
juga salah satu kuih tradisi dari kelantan..rasa yang lebih kurang dengan ondeh-ondeh cuma yang bezanya puteri mandi digaul dengan kelapa...kalau pergi bazar Ramadhan area pantai timur boleh la jumpa..kalao KL susah sikit kot sebab aku tak pernah jumpa lagi orang jual kuih ni..






-murtabak-
kalau hari biasa murtabak ni dipandang sebelah mata je..tapi untuk bulan puasa, murtabak antara kuih yang di cari2 (eh kuih ke?)..aroma murtabak yang segar dari atas dapur di bazar membuatkan orang tertarik nak membeli..mana taknya kalau kat bazar memang wajib lebih 5 kedai jual murtabak...tapi masih laku...rezeki Ramadhan






-kuih pelita-
antara kuih yang rare nak jumpa kalau bukan bulan puasa..dan antara kuih yang paling laku di mana-mana bazar..dah nama pon rare memang cepatlah habis..yang penting kuih pelita dengan bulan puasa memang cukup sinonim..






ada yang dah kecur liur ke?aku yang menaip ni pon dah rasa lain macam dah..bertabahlah semua..lol





post scriptum : kalau dulu boleh lah nak merasa macam2 kuih..sekarang ni mana yang ada je bedal..janji sempurna ibadah puasa kita dan bukan menketedarah semata-mata

ucapan ikhlas dariku sempena bulan barakah bulan keberkatan







Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang...


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan..alhamdulillah aku masih di panjangkan umur untuk merasa keberkatan dan kemeriahan bulan yang mulia tahun ini...aku dengan setulus hati mengucapkan selamat berpuasa dengan penuh keikhlasan dan semoga kita menggunakan bulan ini sebaik mungkin.


Untuk memeriahkan awal Ramadhan kali ni aku mempersembahkan klip video berkenaan puasa istimewa daripada pemain pertahanan Barcelona Carles Puyol yang diterbangkan dari Sepanyol sempena korang nak berpuasa esok..selamat berpuasa :)









post scriptum: agak lengang berpuasa tahun ni kat UPM sebab budak2 tengah cuti lagi (bunyi cengkerik)

penampakan sosok persis kuntilanak boleh menjadikan anda di akhbar juga





Assalamualaikum & selamat sejahtera..tajuk dah macam edisi indo entri kali ni..haha ok korang tau apa tu kuntilanak?seperti kata wikipedia edisi indo kuntilanak adalah " hantu yang dipercaya berasal dari perempuan hamil yang meninggal dunia atau wanita yang meninggal karena melahirkan dan anak tersebut belum sempat lahir. Nama "puntianak" merupakan singkatan dari "perempuan mati beranak".. waduh waduh mas..bisa sayaaa takutttt..udahnya banyak lagi cerita hantu di indonesia dongg...haaa nampak?:D


ok berbalik kepada tajuk entri yang asal, dan merujuk kepada salah satu surat khabar tempatan keluaran 29/7/2011 ada menyiarkan gambar seperti berikut:

-sila klik untuk gambar lebih jelas-



seram tak? mari aku tunjukkan penemuan sosok kuntilanak yang aku fresh capture sendiri melalui kamera 3.2megapixel sony ericson X8 aku seperti dibawah :

-sila klik untuk gambar lebih jelas-



ironinya, korang gak mampu menangkap kuntilanak ini di siang hari dan mungkin dapat masuk surat khabar..silap2 leh dipanggil geng2 pencari hantu kot :p? ikot langkah2 seperti di bawah:

  • gunakan telefon bimbit berteknologi android
  • muat turun aplikasi "camera 360" di android market
  • gunakan FUNNY style dalam aplikasi camera 360 dan pilih GHOST
  • ambil gambar seperti biasa
  • sebarkan di facebook
  • profit!!

why so serious?trollololol


post scriptum : suka-suka boleh la..jangan lurus sangat nak kejar populariti sampai masuk surat khabar sudah..malu dek orang..hahahahahhaa

perkara yang aku tahu tentang perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 antara Malaysia vs Singapura








Assalamualaikum..dah lama aku tak menaip dengan penuh nafsu dan semangat 2-3 bulan akhir akhir ni..lol aku pon dah kurang konsisten dengan berblog ni..kalo stakat nak merapu cerita hal diri atau salin-tampal info dari webpage atau blog lain sorry lah..itu bukan intusi namanya (agak sarcastic di sini :p) anyway, bola tak bola jugak lah kan..sekarang memang demam bola sejak piala suzuki AFF 2010 lagi..senang cakap la bukit jalil di banjiri hampir 90K penyokong dan 99% adalah Harimau Malaya..aku bangga dengan semangat ni..syabas para penyokong :)

-
-
-
-
-
-


i'm Malaysian Supporter and i'm proud of it

-
-
-
-
-
-


Hasil di bedah siasat perlawanan Malaysia-Singapura 28/7/2011 ni memang banyak benda boleh cerita..perasaan untuk mengulas ni mesti ada pada semua anak anak rimau yang datang ke stadium hari tu (dan termasuklah aku)..jadi apa yang korang patot tahu tentang perlawanan yang lepas ni?mari aku kupaskan :


  • dengan kehadiran hampir 90, 000 penonton di stadium membuktikan bahawa peminat tak kira dari seumur 0 bulan sehingga ketua tak kira dari bangsa apa turun sama..itu adalah sesuatu yang bagus

  • sebelum perlawanan bermula semestinya ribuan penyokong dah berkampung di stadium seawal 3 petang (dan ini adalah sangat serius kepada mereka yang nak cop tempat :P)..orang bagaikan semut..yang mana Islam tu ada yang terlupa adanya maghrib waktu tu..tepuk dada tanya iman :)

  • dan perkara biasa bila penonton yang masuk lambat tak sempat nak ambil tempat duduk..di sini sikap penting diri penonton yang mengambil kerusi berlebihan dengan meletak barang-barang dan anak kecil tidur sampai memakan ruangan kerusi..tapi apa ada hal..yang dapat duduk 2nd class bayaran (tangga) masih boleh bersorak tapi apa pula kata mereka yang membayar tapi tak sempat duduk?itulah attitude yang perlu kita sedar

  • sebelum perlawan bermula dengan lagu Negaraku bergema memecahkan Bukit Jalil..syahdu dan terasa ada rimau terdesup masuk dalam jiwa aku..yeahh inilah semangat penyokong bolasepak yang aku suka

  • aku tak perlu mengulas panjang tentang barisan 'import' Singapura yang ketandusan singa tempatan..cukuplah apa yang boleh cakap yang taktikal dan permainan Singapura lansung tak melambangkan anak jantan..ini..ini memalukan





  • permainan pemain Malaysia aku masih mencari-cari kekuatan..,hakikatnya Khairul Fahmi tetap menjadi "lelaki perlawan" (Man of the Match) dalam permainan ni..good stopper and makes many crucial saves..he's the best keeper (dan aku tak kesah cerita dalam kainnya yang tersebar..dia bermain bola dan mempunyai 'bola' bukan menjaja cerita dalam kain sendiri)...teruskan rentak wahai apek





  • Safee Sali tetap menjadi pemain harapan Malaysia dan 90,000 penonton di stadium dan berjuta di luar menharapkan sentuhan emas beliau (dan buktinya beliau masih menjaringkan gol pertama Malaysia)..tapi sayang pemain tengah Malaysia masih belum cukup handal dan kreatif dan longgar tanpa kelibat Syafiq "Skipper" Rahim di padang..bukanlah suatu negatif,tapi masih boleh ditingkatkan lagi..penyerang tanpa kelibat Mat Yo agak dirasai..Safee Sali juga pasti merindui kelibat beliau






  • Aksi menarik bila Safee Sali & Amirul Hadi sama -sama membuat overhead kick secara serentak..kalau gol pasti penonton klimaks berganda..lol


  • harus diingat bola sepak bukan sukan yang lembik dan dimainkan oleh adik-adik..kalau badan gedabak tapi kena cuit sikit jerik serupo ponde baik balik kampung main masak-masak..dan ini membuatkan aku curse sambil menjerit dan sebentar terkumat kamit sendiri..oh hodoh betul taktikal sebegini

  • annoying face bila seorang pemain Singapura (yang aku tak ambil port sangat namanya) menunjukkan wajah agak kerek ketika pertukaran pemain dilakukan sambil berjalan lenggang kangkung..oh berani betul (dan aku masih meneruskan curse tanpa henti)

  • perlawanan tamat dan Malaysia kalah dengan penuh bermaruah..aku bukanlah Glory Hunter dan menjadi Haters ibarat lalang yang menyokong bila menang sahaja dan mengutuk bila kalah..itu bukan penyokong bola sepak yang bagus..keep my words dude


dan yang pasti ngauman Harimau Malaya bukan terhenti di sini..masih ada masa untuk perbaiki diri dan tingkatkan mutu permainan..kita perlu melahirkan lebih penyerang handalan seperti Super Mokh dan Safee Sali (yang kini menjangkau usia 30thn) dan pemain pertahanan yang ada hati kering dan kental serta pemain tengah yang kreatif..dirgahayu Malaysia!!!



post scriptum : kelakar bila seseorang yang anti-football kritik football fans ni hanya makes people curse and swear..get a life dude..jgn "cik gayah" sangat ok

Wordless Wednesday #1 : Aku, Setan Merah dan Harimau Malaya







masih belum sempurna



kita nak macam-macam dalam hidup..kita memang tamak


kita mahukan diri kita setanding dengan kawan-kawan kita yang dah berjaya..tapi mampukah kita?


kita mahu berpenampilan dan susuk badan yang menarik..tapi mampukah kita?


kita ingin pasangan kita seorang yang cantik/kacak/hot..tapi siapa kita?


kita ingin menjadi kaya,ada banyak duit dan dapat apa yang kita nak..tapi mampukah kita?


kita teringin pasangan kita seorang yang beriman dan kuat pegangan agamanya..tapi kita pula bagaimana?


-
-
-
-
-
-

kenapa kita tidak menjadi manusia yang bersyukur dan berusaha menjadi yang terbaik untuk diri kita?



post scriptum : kita tidak sempurna..tapi tak salah mencari kesempurnaan

mengharungi hidup nan berliku


semakin hari semakin sukar jalan yang aku lalui..semoga dipermudahkan jalan yang dipilih

bila hidup dah terasa bosan



di mana kehidupan aku yang dulu?


takda masa untuk relaks

takda masa untuk fokus dengan master

takda masa untuk bersukan

takda masa untuk diri sendiri

takda masa untuk segala-gala




post scriptum : demi masa..sesungguh manusia kerugian

review filem: KL Gangster yang GEMPAK!!!





Assalamualaikum & selamat sejahtera kawan-kawan..korang dah tengok ke belom KL Gangster?apa?full house je?takde seat?jawapan mudah sebab cerita ni tersangatlah best gila..pertama kali aku tengok filem Malaysia yang rasa nak tengok lagi...mesti korang pon dah banyak baca sinopsis & review daripada bloggers @ suratkhabar kan so aku malas nak pusing pusing kasi pening..cincai kira la kan, aku nak bagi standing ovation kepada pengarah filem ni kalau bukan Syamsul Yusuf aka SOL (dengan nada Johan)..cerita takde jiwang dan hanyalah action semata-mata..tapi tak mencacatkan cerita sebab plot,skrip,watak semua terbaik..cayalah broooo!!!



jom kasi tengok sikit watak-watak yang menghidupkan arena gangterism dalam filem ni :




MALEK
bekas orang kuat taiko "KING" yang baru keluar dari penjara dengan niat nak 'cuci tangan' dan insaf..masih ada nilai moral bagi seorang bekas gangster yang punya sifat sayang terhadap ibu dan adik-adik tapi kalau dah sekali gangster, susah nak lari dari dunia bertumbuk ni...lakonan mantap dan bersahaja daripada Aaron Aziz sebagai watak Malek..lagipon sekarang tengah naik nama Aaron Aziz selepas menjadi lelaki romantik dalam Nora Elena..tapi sebagai Malek xde cintan cintun der..ini kaki pukol berdarah panas!!

memorabale quote :
"Lu kasi gua mati dulu baru gua diam"
" Cuti sudah habis bro!"
"hidup dan mati bukan di tangan kau sial"





JAI
adik kepada Malek..hidup untuk duit..dan duit adalah segalanya bagi dia tak kira sapa tuan sapa lawan..jiwa kental dan belasah orang je..tapi masih ada sifat lembut dalam diri bila tengok pengemis kanak-kanak tepi jalan mengenangkan hidup yang susah bila takde tempat bergantung sejak kecik..Adi Putra memang berjaya menghidupkan watak hati kering si gangster ni..cayalah bro!!

memorable quote :
" abang tak abang, sapa kacau aku pecah"
" memey ahhhh"
" kalau dia usik dragon, wa kasi cium dia"
"aku tak takut mati,tapi aku tak nak mati"




AJIB
orang kuat taiko "DRAGON"..sahabat setia terhadap Malek..sempoi dalam ganas..lawak dalam kerek..watak bersahaja dan sangat serasi je watak Ajib ni dengan gangster..Sofi Jikan leh tercalon dalam Best Supporting Actor.. suka ini watak..haha

memorable quote :
"jangan sampai wa sembelih lu 18, baru lu tau erti penyesalan"
"sekarang wa boleh simpan wa punya sengat, sebab wa sudah penat"
"sayurr.....sayurrrrr"




SHARK
kali pertama SOL memegang watak antagonis..kerek, busuk hati, hati kering, backstabber dan macam-macam perkara celaka semua leh bagi kat dia..apa-apa pon SOL berjaya membawa watak dengan bagus walaupun slang cina yang dibawa macam kaku dan baku sikit..tapi masih tak menjejaskan cerita..terbaik SOL..lu sudah berdarah mulut kena hempuk..hahaha

memorabale quote :
"Waaa..abang besar sudah keluar, wa ingat lu sudah mampos"
"Sekarang wa tak kira lu abang long ka lu ayahanda ka KL ni wa pegang"



FADHIL
penyeri filem penuh keganasan ni..gangster kerek dan cakap lebat tapi kaki selalu goyang..memang tergelak aku dengan watak si zizan ni..gangster kuca lana mung ni

memorable quote :
"shialll laaa,ptuiii"
" kereta aku dah jadi barbeque"
"Malek, bagi je lah KL ni kat dia"



memang tak rugilah kalau korang tengok filem ni..bagi aku filem ni memang tangkap masyuk la layan..bukan senang aku nak puji cerita Malaysia sekarang..sebelum ni pon yang terbaik dan terlayan pon beberapa je..apa-apa pon tahniah buat pelakon dan pengarah serta krew..korang memang gempak!!



post scriptum : layan sebagai hiburan..yang mana baik amek contoh yang mana busuk buang jauh..peace!!

aduh saleha

satu soalan di benak kepala aku : seriyuskah dia baru 21tahun?wow :D



post scriptum : pukol 10 malam melekat di tonton.com.my..haha demi elena (gelak jap)

sang gadis semasa yang tipikal di mata seorang jejaka & arjuna





Gadis semasa zaman sekarang dah berbeza dengan gadis semasa zaman dulu. Kenapa? Zaman berubah mengikut arus dan fenomena dari dalam dan luar. Semua dah di depan mata. yang mana yang menarik dan yang mana yang menjadi kegilaan mesti jadi ikutan. Eh tak salah pon nak jadi gadis semasa la ni. Buka TV buka internet PAP terpampang depan mata. Dah macam satu kelompok yang boleh diklusterkan dalam kumpulan tertentu. Pergi la kat mana-mana sekitar Malaysia kita boleh nampak kumpulan gadis semasa yang menyerlah dan sangat tipikal. Dari pandangan dan amatan lelaki-lelaki di Malaysia yang aku yang boleh kelaskan kumpulan-kumpulan tipikal semasa.


-
-
-
-



GADIS 'SHAWL' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : Sekarangkan dah jadi satu fenomena bertudung shawl. Ada yang nampak ayu, ada yang nampak manis dan ada yang nampak kelakar (tak kena dengan bentuk muka)..kih3

dari pandangan mata seorang arjuna : kenapa la bersusah payah bebenor nak berfesyen sampai pakai berlilit lilit? tak susah bernafas ke?. Ada tu sampai seksa nak nengoknyee.





GADIS 'GITAR' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : wah, stylo. Sekarang dah banyak dah gadis semasa yang pandai petik gitar. Tengok kat youtube pon banyak. Ada yang tangkap lentok punya muzik. Memang styleeee!!


dari pandangan mata seorang arjuna : ahh baru tau petik dua tiga kord dah tayang kat internet. (eh eh best jugak dua posen **dalam hati)






GADIS 'KIPAS K-POP' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : biasa la ni. minat masing-masing. penyanyi k-pop kan stylo. mana tak jadi demam gadis-gadis. tapi aku tak layan la lagu-lagu k-pop ni, tak urban...tapi awek k-pop cun gak..kih3


dari pandangan mata seorang arjuna : nyanyi pon nak terkinja-kinja ke? macam ni pon boleh minat?muka sorang-sorang dah macam pompuan, baju pulak tak pernah nak lekat. jual muka boleh la tapi yang ni pulak buat gadis-gadis sekarang sampai demam. **facepalm





GADIS 'LEGGING' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : biasa la. baru la urban bro. badan seksi ke seksa ke janji bergaya. diorang selesa kot jalan-jalan dengan macam tu. tapi yang badan sihat sihat tu tak payah la nak pakai. kan tak pasal-pasal jadi bahan lawak.kih3


dari pandangan mata seorang arjuna : ini bala ni..bala bala !!!**doublefacepalm


-
-
-
-



Ini pandangan jujur bagi lelaki-lelaki di Malaysia tentang gadis semasa tipikal di Malaysia. Korang macam mana pulak?ngeh hehe


post scriptum: aku jejaka ke arjuna? yang mana baik tu laa yang tu lah aku sokong..peace no war :D

nombor 19





Photobucket







"The home form has been fantastic. Another four goals today, seven against Blackburn, five against Birmingham and we've beaten Chelsea, Liverpool, Arsenal and Tottenham all here. They're top teams so it's pretty good."
- Sir Alex Ferguson





This is what you play football to do: to win trophies, to win medals. Every time you win a medal it’s a great celebration. It’s fantastic for the players, the fans, for everybody involved.”
-Wayne 'Rudeboy' Rooney




post scriptum : aku peduli apa ramai yang benci Manchester United..19 kali juara kot :p