sang gadis semasa yang tipikal di mata seorang jejaka & arjuna





Gadis semasa zaman sekarang dah berbeza dengan gadis semasa zaman dulu. Kenapa? Zaman berubah mengikut arus dan fenomena dari dalam dan luar. Semua dah di depan mata. yang mana yang menarik dan yang mana yang menjadi kegilaan mesti jadi ikutan. Eh tak salah pon nak jadi gadis semasa la ni. Buka TV buka internet PAP terpampang depan mata. Dah macam satu kelompok yang boleh diklusterkan dalam kumpulan tertentu. Pergi la kat mana-mana sekitar Malaysia kita boleh nampak kumpulan gadis semasa yang menyerlah dan sangat tipikal. Dari pandangan dan amatan lelaki-lelaki di Malaysia yang aku yang boleh kelaskan kumpulan-kumpulan tipikal semasa.


-
-
-
-



GADIS 'SHAWL' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : Sekarangkan dah jadi satu fenomena bertudung shawl. Ada yang nampak ayu, ada yang nampak manis dan ada yang nampak kelakar (tak kena dengan bentuk muka)..kih3

dari pandangan mata seorang arjuna : kenapa la bersusah payah bebenor nak berfesyen sampai pakai berlilit lilit? tak susah bernafas ke?. Ada tu sampai seksa nak nengoknyee.





GADIS 'GITAR' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : wah, stylo. Sekarang dah banyak dah gadis semasa yang pandai petik gitar. Tengok kat youtube pon banyak. Ada yang tangkap lentok punya muzik. Memang styleeee!!


dari pandangan mata seorang arjuna : ahh baru tau petik dua tiga kord dah tayang kat internet. (eh eh best jugak dua posen **dalam hati)






GADIS 'KIPAS K-POP' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : biasa la ni. minat masing-masing. penyanyi k-pop kan stylo. mana tak jadi demam gadis-gadis. tapi aku tak layan la lagu-lagu k-pop ni, tak urban...tapi awek k-pop cun gak..kih3


dari pandangan mata seorang arjuna : nyanyi pon nak terkinja-kinja ke? macam ni pon boleh minat?muka sorang-sorang dah macam pompuan, baju pulak tak pernah nak lekat. jual muka boleh la tapi yang ni pulak buat gadis-gadis sekarang sampai demam. **facepalm





GADIS 'LEGGING' SEMASA

dari pandangan mata seorang jejaka : biasa la. baru la urban bro. badan seksi ke seksa ke janji bergaya. diorang selesa kot jalan-jalan dengan macam tu. tapi yang badan sihat sihat tu tak payah la nak pakai. kan tak pasal-pasal jadi bahan lawak.kih3


dari pandangan mata seorang arjuna : ini bala ni..bala bala !!!**doublefacepalm


-
-
-
-



Ini pandangan jujur bagi lelaki-lelaki di Malaysia tentang gadis semasa tipikal di Malaysia. Korang macam mana pulak?ngeh hehe


post scriptum: aku jejaka ke arjuna? yang mana baik tu laa yang tu lah aku sokong..peace no war :D

6 comments:

ZARA berkata...

habis tu gadis ideal macamana?ekeke

FaizalSulaiman berkata...

gadis K POP semasa tu tak tahan.hahahahaha

Cik BebeL berkata...

tiada dalam senarai diatas....


so, masuk kategori mana???ehhehehehe

MAiCHER berkata...

erm.
ada beza lelaki ngan arjuna nih eh.
semoga lebih banyak arjuna kat dunia ni.^^

arjuna that will lead the arjuni(gadis) back to jalan yang lurus^^
:)

peace no war.

faRahAdILa berkata...

jejaka vs arjuna tentang isu gadis semasa. menarik.

Cik Nathrah berkata...

alaaa. asal ko letak gambar fatin. aku sbg sahabat terdekat ko tak nak letak. wakakkaka