perkara yang aku tahu tentang perlawanan kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 antara Malaysia vs Singapura








Assalamualaikum..dah lama aku tak menaip dengan penuh nafsu dan semangat 2-3 bulan akhir akhir ni..lol aku pon dah kurang konsisten dengan berblog ni..kalo stakat nak merapu cerita hal diri atau salin-tampal info dari webpage atau blog lain sorry lah..itu bukan intusi namanya (agak sarcastic di sini :p) anyway, bola tak bola jugak lah kan..sekarang memang demam bola sejak piala suzuki AFF 2010 lagi..senang cakap la bukit jalil di banjiri hampir 90K penyokong dan 99% adalah Harimau Malaya..aku bangga dengan semangat ni..syabas para penyokong :)

-
-
-
-
-
-


i'm Malaysian Supporter and i'm proud of it

-
-
-
-
-
-


Hasil di bedah siasat perlawanan Malaysia-Singapura 28/7/2011 ni memang banyak benda boleh cerita..perasaan untuk mengulas ni mesti ada pada semua anak anak rimau yang datang ke stadium hari tu (dan termasuklah aku)..jadi apa yang korang patot tahu tentang perlawanan yang lepas ni?mari aku kupaskan :


  • dengan kehadiran hampir 90, 000 penonton di stadium membuktikan bahawa peminat tak kira dari seumur 0 bulan sehingga ketua tak kira dari bangsa apa turun sama..itu adalah sesuatu yang bagus

  • sebelum perlawanan bermula semestinya ribuan penyokong dah berkampung di stadium seawal 3 petang (dan ini adalah sangat serius kepada mereka yang nak cop tempat :P)..orang bagaikan semut..yang mana Islam tu ada yang terlupa adanya maghrib waktu tu..tepuk dada tanya iman :)

  • dan perkara biasa bila penonton yang masuk lambat tak sempat nak ambil tempat duduk..di sini sikap penting diri penonton yang mengambil kerusi berlebihan dengan meletak barang-barang dan anak kecil tidur sampai memakan ruangan kerusi..tapi apa ada hal..yang dapat duduk 2nd class bayaran (tangga) masih boleh bersorak tapi apa pula kata mereka yang membayar tapi tak sempat duduk?itulah attitude yang perlu kita sedar

  • sebelum perlawan bermula dengan lagu Negaraku bergema memecahkan Bukit Jalil..syahdu dan terasa ada rimau terdesup masuk dalam jiwa aku..yeahh inilah semangat penyokong bolasepak yang aku suka

  • aku tak perlu mengulas panjang tentang barisan 'import' Singapura yang ketandusan singa tempatan..cukuplah apa yang boleh cakap yang taktikal dan permainan Singapura lansung tak melambangkan anak jantan..ini..ini memalukan





  • permainan pemain Malaysia aku masih mencari-cari kekuatan..,hakikatnya Khairul Fahmi tetap menjadi "lelaki perlawan" (Man of the Match) dalam permainan ni..good stopper and makes many crucial saves..he's the best keeper (dan aku tak kesah cerita dalam kainnya yang tersebar..dia bermain bola dan mempunyai 'bola' bukan menjaja cerita dalam kain sendiri)...teruskan rentak wahai apek





  • Safee Sali tetap menjadi pemain harapan Malaysia dan 90,000 penonton di stadium dan berjuta di luar menharapkan sentuhan emas beliau (dan buktinya beliau masih menjaringkan gol pertama Malaysia)..tapi sayang pemain tengah Malaysia masih belum cukup handal dan kreatif dan longgar tanpa kelibat Syafiq "Skipper" Rahim di padang..bukanlah suatu negatif,tapi masih boleh ditingkatkan lagi..penyerang tanpa kelibat Mat Yo agak dirasai..Safee Sali juga pasti merindui kelibat beliau






  • Aksi menarik bila Safee Sali & Amirul Hadi sama -sama membuat overhead kick secara serentak..kalau gol pasti penonton klimaks berganda..lol


  • harus diingat bola sepak bukan sukan yang lembik dan dimainkan oleh adik-adik..kalau badan gedabak tapi kena cuit sikit jerik serupo ponde baik balik kampung main masak-masak..dan ini membuatkan aku curse sambil menjerit dan sebentar terkumat kamit sendiri..oh hodoh betul taktikal sebegini

  • annoying face bila seorang pemain Singapura (yang aku tak ambil port sangat namanya) menunjukkan wajah agak kerek ketika pertukaran pemain dilakukan sambil berjalan lenggang kangkung..oh berani betul (dan aku masih meneruskan curse tanpa henti)

  • perlawanan tamat dan Malaysia kalah dengan penuh bermaruah..aku bukanlah Glory Hunter dan menjadi Haters ibarat lalang yang menyokong bila menang sahaja dan mengutuk bila kalah..itu bukan penyokong bola sepak yang bagus..keep my words dude


dan yang pasti ngauman Harimau Malaya bukan terhenti di sini..masih ada masa untuk perbaiki diri dan tingkatkan mutu permainan..kita perlu melahirkan lebih penyerang handalan seperti Super Mokh dan Safee Sali (yang kini menjangkau usia 30thn) dan pemain pertahanan yang ada hati kering dan kental serta pemain tengah yang kreatif..dirgahayu Malaysia!!!



post scriptum : kelakar bila seseorang yang anti-football kritik football fans ni hanya makes people curse and swear..get a life dude..jgn "cik gayah" sangat ok

3 comments:

FaizalSulaiman berkata...

perghh emosi doh! aku tengok malam tadi, bukan takat kumat kamit, siap maki hamun lagi ada.


pandai singa berlakon, kan??

apa2 pun Harimau Malaya tetap di hati.kalah menang aku tak kira.kita kalah dengan bermaruah!!!!

amal berkata...

hehehe syabbas Harimau Malaya! :)

faRahAdILa berkata...

yes, kalah bermaruah. isu 'pandai berlakon' di kalangan sang singa tu x boleh nak kata apa dah. aku plg grrr sama dia punya goalkeeper.