berita jam 13: pemuda jelmaan burung hantu






18 Ramadhan 1432H bersamaan 18 Ogos 2011 : Serdang, seorang pemuda sudah kehilangan seketika nikmat tidurnya selama hampir sepuluh hari semenjak bulan Ramadhan tahun ini kerana masalah tidur yang tidak menentu. Menurut sumber yang dipercayai pemuda berkenaan lebih banyak menghabiskan masanya melingkar di bilik seperti sauna pada siang harinya. Hal ini menyebabkan beliau mengalami gangguan masa biologi untuk merehatkan badannya dari berasa letih dan tidak bermaya. Dukun Promchat (bukan nama sebenar) mengatakan pemuda tersebut telah tersampuk semangat burung hantu disebabkan beliau sangat aktif di waktu malam. walaubagaimanapun, berdasarkan Dr G (bukan nama sebenar) masalah seperti ini amat biasa di kalangan mahasiswa kerana mereka lebih suka berjaga sehingga sahur di sebabkan beberapa faktor antaranya melayari internet sehingga ke pagi, menonton rancangan di televisyen mahupun di komputer riba dan juga menonton bola sepak yang biasanya berlansung lewat tengah malam. -sumber berita disampaikan oleh Encik Fadil Ismet Ulam Raja


post scriptum : adakah pemuda itu mengalami masalah kritikal tahap kronik??

8 comments:

FaizalSulaiman berkata...

pemuda tu tengok bola.aku dengar sumber2 dari beautiful nara.hahahaha

epol berkata...

F.S
~ tepat ke sasaran jantung bro..lol

Nazz@Purple berkata...

la patut la..

Lina Chan berkata...

lepak kedai mamak lepas terawih la ni. hihi. hari tu nampak epol kat kedai mamak dekat dengan mines tu. hihi..

faRahAdILa berkata...

tajuk entry nak misteri. haha.

saifsyams berkata...

cik nazz
~patot kepada yang tak patot

saifsyams berkata...

puan lina
~ahaha kantoi suda..asal x tegor? :p

saifsyams berkata...

cik farah
~ dan orangnye juga mesteri..:p