carta kuih popular di bulan Ramadhan






Assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan-kawan..amacam puasa?seronok?jangan kata puasa yang nak masuk hari kedua ni dah ada yang curi2 ke dapur seawal pukul 12..hehe lain macam tu :p

Ok kembali ke tajuk entri yang asal, juadah berbuka memang tak sah kalau takde kuih..untungnya aku sebagai orang Melayu dan duduk di Malaysia dapat rasa nikmat kuih-kuih tradisi yang bermacam2 jenis dan sedap2 belaka..kalau dulu masa aku muda remaja ada beberapa kuih yang menjadi kuih wajib yang akan aku jumpa bila pergi ke bazar Ramadhan dan ketika buka tudung saji sementara menunggu waktu berbuka.





-ondeh-ondeh-
antara kuih paling top yang paling biasa yang mak aku buat..senang dan mudah untuk disediakan..nikmatnya bila berbuka dengan kuih ni sambil mengalir gula melaka yang cair dalam mulut..cair dimulut tidak ditangan...wah dah macam gula-gula M&M






-butir nangka-
kuih tradisi kelantan dan antara yang favourite di rumah..aku pon tak pasti kenapa namanya butir nangka..kalau tak silap nama komersialnya badak berendam (dan lebih tak faham di mana badaknya)..antara kuih pemula sebelum ke hidangan utama..macam appetizer jugalah kuih ni






-puteri mandi-
juga salah satu kuih tradisi dari kelantan..rasa yang lebih kurang dengan ondeh-ondeh cuma yang bezanya puteri mandi digaul dengan kelapa...kalau pergi bazar Ramadhan area pantai timur boleh la jumpa..kalao KL susah sikit kot sebab aku tak pernah jumpa lagi orang jual kuih ni..






-murtabak-
kalau hari biasa murtabak ni dipandang sebelah mata je..tapi untuk bulan puasa, murtabak antara kuih yang di cari2 (eh kuih ke?)..aroma murtabak yang segar dari atas dapur di bazar membuatkan orang tertarik nak membeli..mana taknya kalau kat bazar memang wajib lebih 5 kedai jual murtabak...tapi masih laku...rezeki Ramadhan






-kuih pelita-
antara kuih yang rare nak jumpa kalau bukan bulan puasa..dan antara kuih yang paling laku di mana-mana bazar..dah nama pon rare memang cepatlah habis..yang penting kuih pelita dengan bulan puasa memang cukup sinonim..






ada yang dah kecur liur ke?aku yang menaip ni pon dah rasa lain macam dah..bertabahlah semua..lol





post scriptum : kalau dulu boleh lah nak merasa macam2 kuih..sekarang ni mana yang ada je bedal..janji sempurna ibadah puasa kita dan bukan menketedarah semata-mata

10 comments:

FaizalSulaiman berkata...

Wah
aku pernah makan butir nangkan.manis leting!hahaha

Nazz@Purple berkata...

ondeh2 tu buah melaka kan?...tepung pelit..erm favourite..

Fara Omar berkata...

eee lain lah. butir nangka ngan puteri mandi bukan sama ke? badak berendam tu yg besar2 (mcm badak la :p), ada inti kelapa atau kacang. kalau puteri mandi atau butir nangka tu tak da inti. fara punye feveret kot, macam ne bleh lain nama ni :PPP Btw, tepung pelita kat melawati terbaik kot! ;)

epol berkata...

F.S
~xbiasa makan yang manis butir nangka..haha tapi sedapp woo

epol berkata...

cik nazz
~ ondeh2 tu gula melaka..tapi pantai timur panggil ondeh2

epol berkata...

cik fara
~aish lain bebenor tu..butir nangka ada kuah santan.puteri mandi takde kuah..bese la lain daerah lain mana..hahahha

faRahAdILa berkata...

peh tere ko cerita pasal kuih. haha. kecur pulak! puteri mandi aku x penah try lg. nampak mcm sedap.

AMALINA berkata...

nak murtabak tapi cam susah nak cari. hampa. ouh kuih akok tak masuk carta eyh? hehehe :P

Alyssa Villamor berkata...

favret kuih ondeh2! =D
badak berendam pun best gak..hehe

ayanuts berkata...

sy vote murtabak..he..he..