memori raya yang di kenang



Di kesempatan ini aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf sekira ada kata2 di blog ini yang mengguris hati dan memberi sedikit iritasi kepada hati2 yang membaca..anyway, aku perasan ada beberapa kenangan raya yang makin pudar tahun ni..mungkin korang pon rasa benda yang sama #ehyeke?..








kad raya
~ tak payah aku cerita pon kad raya ni macam hampir pupus sejak 3tahun kebelakangan ni..mungkin orang lagi suka ber sms ataupon menggunakan medium lain yang lebih pantas..jimat pon jimat (rindu dengan pantun pecah kaca..pantun wajib kot untuk kad raya)







sms kreatif dari keluarga nokia 3310
~ well, sekarang ni semua orang mampu memiliki handphone2 canggih tak kira dari jenis iphone,blackberry mahupon android..sms yang kreatif dari segi pantun,hiasan tulisan dan yang lagi advance siap leh bergerak2 lagi..dulu aku suka gak forward sms yang siap dengan pelita dan bergerak2 bila kita scroll ke bawah..semua tu hanya tinggal kenangan sekarang (sangat rare nak jumpa)







meriam buluh
~ yang ni lagilah tersangat rare untuk jumpa sekarang..aku ingat last time aku main masa aku darjah 4..dan masih dikenang sampai sekarang (at least takdelah aku malu nak cerita kat anak cucu aku esok2 yang aku pernah merasa main meriam buluh) :p








rancangan tv yang menarik
~ aku ingat dulu benda yang ditunggu2 adalah tayangan movie melayu yang melambak2 di tv tak kiralah tv RTM ke ataupon TV3..sekarang ni semua movie baru dah tersedia update di internet untuk di sedut (download) so bila raya dah tak rasa nak tengok sangat tv..alih2 cerita sama je..tu tak kira yang astro asyik ulang2 sampai lebam..lol







duit raya
~ hehe memori untuk mereka yang dah besar la kan..teringat masa dulu2 siap buat 'operasi poket kembung' menyerang rumah2 orang tak kira la kenal ke tak..janji duit raya wajib dalam poket..sekarang ni masa untuk aku lak bagi duit raya..putaran masa




bagi aku tahun ni raya sangatlah sederhana..raya cuma pagi raya je sampai solat sunat raya dan melantak..lepas tu dah takde rasa dah nak beraya..banyak habiskan masa kat rumah aje..korang pulak camne?


post scriptum : maaf zahir dan batin ye semua

3 comments:

nurul h berkata...

sama lah kita.raya ni duduk rumah je.bosan -.-' duit raya pun sikit.kekeke.

FaizalSulaiman berkata...

tak lambat lagi ni bro.

selamat hari raye!!

AreLim86 berkata...

bring back a lot of memory!!! selamat hari rayo!!!