adakah ini hidup yang sebenar?




-aku terfikir sejenak-


post scriptum : aku buntu

aku dan........impian seorang budak skema




Situasi bermula bila aku beborak dengan kawan-kawan di universiti..masing-masing punya cerita masing...zaman gemilang huu haa, zaman nakal-nakal, zaman aktif bersukan/berpersatuan...aku nak menyampuk tapi aku xde modal...kenapa pulak aku rasa aku xda idea nak lawan cerita era gemilang diorang?oh rupanya aku adalah seorang Budak Skema (--')

Hari tu aku terbelek-belek gambar zaman sekolah dulu..aku terpikir apekah kenangan yang dapat aku ingat..kenangan duduk asrama (checked!)..kenangan belajar (checked!)..kenangan bersama kawan-kawan (checked!)..ok aku masih seorang normal yang ade kenangan di sekolah..tapi aku rasa ada benda yang kurang syok..kenapa aku xde cerita yang gah macam kawan-kawan aku ada??oh rupanya aku hanyalah seorang Budak Skema


apekah impian seorang bekas Budak Skema (kalau aku dapat putarkan masa kepada zaman dulu) :




1. aku seorang Azroy

aku ada geng yang sekepala zaman sekolah..buat benda2 nakal tapi manja (bukan nakal tapi perosak)..macam cerita "Gila-Gila Remaja"..sebut nama Azroy semua orang kenal..bukan setakat kawan-kawan je kenal, cikgu-cikgu yang mengajar sampai generasi ke-15 pon sebut je nama aku masih teringat-ingat dalam kepala..setakat nakal 'break da rules' yang tak merosakkan nama mak bapak aje lah..haha ok la kan janji orang kenal..cakap je benda ape yang nakal ape yang aku tak buat..kira aku ni legend sekolah jugak la...aku yang Azroy ni xde monteng2..pe barang weh legend sekolah ponteng kelas..Study Smart not Study Hard..hei, belajar atas motor scrambler pon last-last dapat anugerah "Pelajar Terbaik" dan "Pelajar Contoh" ape..tapi,
apekan daya realitinya aku hanyalah seorang budak sekolah yang ikut saje peraturan, takot untuk mencuba perkara baru dan sangat penakot dan mudah gemuruh....persetankan semua tu sebab aku hanyalah Budak Skema


-pelajar terbaik & pelajar contoh beb-







2. aku seorang legend rugby sekolah

Bukan je aku aktif berpersatuan, tapi aku gak aktif bersukan..sukan rugby lak jadi pilihan...sebut nama aku confirm kecut perot..tengok muka tengok badan dah macam Jonah Lomu .. mane tak cuak beb..main pulak wakil sekolah..silap2 main rugby sampai ke universiti kot...peminat toksah kata la kan.. baik dari junior sampai ke senior (gelak jap)... kalo lepas sekolah je sebut nama aku orang akan ingat aku seorang legend rugby sekolah...tapi, apekan daya realitinya aku hanyalah budak sekolah yang bercermin mata dan melupakan hasrat untuk bermain rugby walaupon peluang sangat cerah (bedasarkan badan dah macam bouncer)....persetankan semua tu sebab aku hanyalah Budak Skema


-haii la bola..kenape laa aku dulu tak merasa kehangatan padang bersama kau ye bola-






3. aku seorang Rock Star sekolah

bukan nak berbanggalah..setakat gitar kapok ni macam sayur je aku kasi goreng..krengg krengg..undangan persembahan sekolah tak sah kalo xde aku yang main gitar..bila bosan lepak-lepak di tepi padang ke, pondok sekolah ke main gitar sambil layan blues..masyukk..tu belom lagi aku goreng lagu "Wonderful Tonight"..berderau lagi runtuh hati para gadis menjerit2 nama aku..pergh..terasa macam Rock Star beb.. tapi , apekan daya kod gitar pon sepatah haram aku tak reti inikan pulak nak goreng..realitinya hanya kompang berkulitkan lembu je aku mampu...persetankan semua tu sebab aku hanyalah Budak Skema


-bayangan peminat seorang 'Rock Star' sekolah-





***menyesal?haha ape nak nyesal..xde aku yang dulu x jadilah aku yang sekarang..janji jadi insan yang berguna..insyaallah..hehe



post scriptum : kita boleh berimpiam tapi jangan hidup dalam impian semata-mata

statistik mengatakan tali leher adalah popular



Sedar tak sedar hampir 3 tahun aku dalam arena berblog..xde la ape yang nak di banggakan sangat tapi cukuplah untuk aku berkongsi cerita idop, merapu (ini wajib) dan menambah kenalan..selain daripada tu aku pon tak tau tujuan membebel dalam blog ni..haha..terasa gak nak belajar cari duit dengan berblog..sesape leh ajar? :p


so kali ni aku nak berkongsi hasil statistik blog Intuisi (dulu Nasi Lemak Koko Crunch) selama aku bertapak di arena merapek ni..ngee :p









Image Hosted by ImageShack.us


memang tak di sangka-sangka entri tentang neck tie yang paling popular dalam Intuisi (aku igt entri pasal aku ke yang tinggi..LOL) mungkin ada yang tak tau ramai sebenarnya jejaka-jejaka di Malaysia yang masih tak tau mengikat neck tie diorang sendiri (ini cerita benar)..ye lah kalo masa kecik dulu mak-ayah korang je yang ikatkan sampai dah berbini pon bini yang tolong ikatkan..atau mungkin juga para gadis/isteri pon nak belajar cara-cara ikat tie untuk bakal suami/suami diorang..ape de hal kan..ilmu tu luas..bangga gak dapat kongsi..(walaupon aku cuma share gambar dari internet gak :p)




-belajar ikat tie sampai macho..ok?-






Keyword terhangat : nan unnai kathalikaraen

Image Hosted by ImageShack.us

kalo korang nak tau maksudnya adalah "i love you" dalam bahasa tamil..rasanya ramai gadis-gadis dan jejaka-jejaka dari Bollywood yang mencari perkataan ni dari Google..sekali masuk blog aku haram tak paham Bahasa Melayu..keh3 layankan aje la yek macha.. dan yang mengejutkan keyword bagi curang, gambar mayat hancur & seluar boxer lelaki pon yang tertinggi di Google..LOL ( x ley blah gambar mayat hancur..ini bukan blog sadism ye)



- ouh blog aku ade unsur jiwang rupanya..haha x ku sangka-








Pembaca dan penonton teramai : Semestinya Malaysia

Image Hosted by ImageShack.us

yup, memang tak pernah ku sangka blog aku pernah di buka (atau tersalah buka) oleh orang-orang dari luar negara..negara-negara yang ada aku tak heran sangat sebab mungkin ada kawan-kawan aku yang study di oversea cuma musykil bagi Netherlands dan Canada..haha blog cap ayam ni pon leh sampai kat sana jugak..ok la tu kot :p


-dunia ni kecik je-




***selama mana aku leh merapek dan merapu dalam blog?hanya Allah yang tau..terima kasih kepada yang sentiasa menjadi penyokong setia dan silent reader yang setia blog Intuisi..tanpa korang siapelah epol yang korang kenal...arigato!!



post scriptum : bila aku belek2 balik blog ni aku rasa macam aku makin tua dan matang dari segi idea merapek dan merapu..lol

di hari persandinganmu (syahdu)










Yunizar Hussien - Di Hari Persandingan Mu


Dalam sepi ku terbayang
Wajahmu bermain di mataku
Lantas bercucuran airmata
Berlinangan dipipiku

Mengenangkan peristiwa
Di suatu masa kita berdua
Bermesra dan saling menyinta
Namun perpisahan akhirnya

Betapa sedih betapa pilu
Melihat kau berdua di situ
Bersama duduk di atas takhta
Di hari persandinganmu

Burung-burung pun turut berkicau
Menyanyikan lagu indah
Sanak saudara sekelian yang ada
Semua turut gembira

Selamat ku ucapkan padamu
Semoga kau bahagia dengan pilihanmu
Selamat ku pinta izin pergi dahulu
Membawa diriku ke alam baru

Selamat wahai pengantin baru
Semoga bahagia ke anak cucu
Selamat tinggal oh! sayangku
Semoga gembira selalu

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


ouh..Ayu Rodah dah kahwen rupenye...semoga berbahagia ke anak cucu :'(






ku tunggu jandamu lagi sorang la nampak gayanya....Rozita Che Wan ;;)




LOL




post scriptum : syok kot lagu ni..kih3

tolong kejotkan aku

aku rasa aku ada penyakit akan-susah-nak-bangun-pagi-bila-terlajak-tidor-lebih-dari-12malam..ini seriyus!!! adekah korang mengalami penyakit yang same?



cara penyelesaian :

  • tidor je teros lepas semayang isyak (mujarab)..silap2 pkol 4 pagi dah bangun

  • setkan alarm untuk 8 buah jam loceng kat sisi kanan kepala, kiri kepala, atas kepala dan atas perot masa tidor

  • upah member/mak korang jirus air sebaldi ke muka (lagi mujarab jirus dengan air mendidih) untuk kejotkan korang

  • makan pil tidor ( tidak disyorkan)

  • tutup lampu, tutup tv, tutup laptop dan hanya yang ada adelah korang dengan bantal aje..senang tidor dan senang bangun akibat tido yang cukop

  • makan kenyang2 dan berbaring2 malas di katil sambil di ulik lagu 'zapin datok temenggung' dendangan Dato M Daud Kilau (agak mujarab untuk cepat mengantok bagi budak2 muda)



post scriptum : pasang niat je utk bangun subuh..dan jangan sambung tido pas tu...sangat mujarab selagi cukup kuat nak melawan setan2 yang sedang mengikat korang di katil..ngeh3 :p

saya ada satu soalan!!! (soalan satu)





SOALAN 1


wakil penanya soalan : Encik Hairi (atau nama glamernye Mr. Hairy)



soalan : Kenapa kita cepat rasa bosan dengan sesuatu perkara?


contohnya :

  • bila xda kerja rasa bosan..bila dah ada kerja bosan pulak dengan kerja

  • kita berusaha untuk dapatkan sesuatu benda tu tapi bila kita dah dapat kita rasa bosan pulak? (haa yang ni selalu jadi kat aku)

  • kita rasa masa kita banyak dan bosan je hari-hari tapi kita tak dapat nak capai sesuatu hasil pon dari masa yang ada

  • hampir setiap hari mesti ada kita mengeluh (kategori bosan jugak ni)




post scriptum : aku pon bosan jugak kenapa aku terpikir nak tanya soalan macam ni..lol

situasi kita berbeza (reply)





opss..sebelom membaca entri ini silalah ke bebelan=mumble? ye...kih3






kelab yang mempunyai ramai haters dan butthurters disebabkan kegagahan setan merah di England (owh ini bukan propaganda iluminati)..rekod kemenangan yang sama menyamai kelab dari Merseyside Liverpool..owh MU jugak menang panalty 1-0 je lawan Liverpool untuk FA cup..tengok player Liverpool pon dah moral down abes..ish3...berjuang biar le sampai ke penghabisan yob..susah jugak bila dah kuat...banyak benda nak di salahkan..sampai pengadil pon di cop player ke 12, 13, dan 15 MU (gelak jap)....aku bukan sokong sebab MU mmg kuat..aku suka team play yang diorang bawakan..aku suka manager Tun Alex Ferguson yang dah 2 dekad di MU dengan menghasilkan player2 berkualiti...enaff said..tengok rekod season 2010/2011 nie laa senang citer masih tanpa kalah..sangat membanggakan..tengok carta liga masih di atas...sangat mengujakan..nak wat camna...not arrogant just better (^_____^)

-Roo dengan jurus tumbukan padu ke udara-





antara kelab bola sepak terkaya di dunia..Los Galacticos ni aku suka sebab pengumpulan all-star player dari seluruh dunia (walaupon Manchester City nak tiru)...stakat kena 5-0 tu takde hal lah..leh titik lagi 2nd leg..apedehal lol... dan aku gak suka cara permainan Galacticos..attacking style maa..bukannya main passing-passing, hold bola pastu counter macam Barca (yeahh...those life from Mars..kih3)..memang aku akui Barcelona team yang kuat tapi aku tak suka cara permainan yang bosan...hahaha...ok la tu tak abis season lagi..semalam pon dah titik Villareal 4-2 ape.. **clap clap clap**


-aku top scorer kowt **clap clap clap**-





ini adalah Udinese bukan pasukan Abg Udin..lol confirm ramai yang tak familiar dengan team dari Serie A nie..ok ok aku akui aku dlu cuma kenal kelab Intermilan, Ac Milan dan As Roma je dari Serie A..dan aku jugak suka Ac Milan disebabkan rekod kemenangan yang dulu-dulu dan cara permainan dia..tapi apa yang menambat hati aku kepada Zebrette disebabkan style yang lebih kurang sama dengan Ac Milan..attacking style..bezanya cuma tak se popular Ac Milan..antara favourite team kalo main PES..ok pe hebat kot leh seri 4-4 dengan Ac Milan...As Roma?sayur je kot..lol


-arrrrr tara dengar tara dengar-




sementara di Bukit Jalil semalam
-tolong ingatkan aku...kamu sangat comel (^___^)-



post scriptum : relaks amar..hahaha

aku dan............call girl?



3 hari lepas tengah syok syok aku melepak layan cerita asmaradana kat tv3..aku dapat call telefon dari 062331***...eh ehh sape plak yang call aku time2 nak maghrib nie..nombor dari telefon rumah lak tu...so nak di pendekkan cerita aku jawab la call tu~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku : helo

gadis misteri : helo..errrr..leh saya cakap dengan elie?

aku : elie?eh eh sini xde nama elie..salah nombor kot (bila lak nama aku elie?..elly iskandar ke ..atau elie suriati yang dia nak cakap ni??)

gadis misteri : ooo yeke..sorry2


TRUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku pon sambung la balik cerita asmaradana..alamak, termiss lak scene tiz zakiah..siot tol..layan punya layan handphone aku berbunyi lagi dengan dendangan ringtone yang agak klasik..nombor yang sama..ah sudah awek ni tak puas ati lagi agaknye..aku pon layan aje laa~

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku : helo..nak cari cik elie ye? (saje-saje wat2 tau)

gadis misteri : helo..a'ah..saya nak cari eli..elie ade?

aku : awak ni salah nombor kot..ini bukan nombor elie..sorry ye

gadis misteri : eh eh bukan ke?ni memang nombor elie kan?awak jangan main2

aku : haha..sorry la..awak memang salah nombor nie..awak check balik ye

gadis misteri : oooo yeke...bukan ke?sorry ye


TRUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

laaaa x percaya la plak kat aku..aku yang sangat bersikap jujur pon diragui kejujuran..aish..sian pon ade gak kat minah nie..skali silap nombor dua kali daaa...sambung balik asmaradana..alamak...sam sudah kena tangkap basah sama natasha hudson..apee daa kantoi lak diorg ni..*trutt trutt* bunyi lagi handphone aku...nombor yang sama..ahh sudah minah nie sangat gigih mencari elie..siapakah elie? lowyar?majistret?ahli muzik?


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

aku : hello..sorry la awak salah nombor lagi nie (dengan nada tegas)

gadis misteri : eh eh..bukan2..saya bukan nak cari elie dah..saya saja nak tanye awak ni dok mana?

aku : ehhhhh...saya dok serdang (tetibe jujur)

gadis misteri : oooo...eh awak nie dah kawen ke bujang?

aku : (ahh sudah ape kes lak tanye status aku nie..lol)
a'ah, saya dah kawen dah..anak dah nak masuk 5 (gelak jap)


gadis misteri : alaaaaa yeke..hmmmm takpe la saya ingat bujang lagi..tak baik kan ganggu rumah tangga orang kan..kan kan kan (dengan nada manja)

aku : hahaha..ye lah (wow..sgt advance gadis misteri ni)

gadis misteri : ok..sorry ye ganggu...bye2



TRUUUTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


hahaha...lawak lawak..soalan cepu emas berdasarkan situasi ni:

agaknye kenapekah gadis misteri itu mencari elie dengan bersungguh-sungguh dengan mendail nombor yang sama?

  • kurang yakin yang dia dah tersalah nombor

  • dia ingat epol dan elie adalah orang yang sama

  • suara aku sangat macho seperti dato hasbullah awang


kesian elie sebagai kambing hitam untuk dijadikan alasan berborak mesra dengan aku buat kali ke-3 LOL (gelak guling guling macam tenggiling) :D



kalo gadis misteri tu macam nie confirm layan dlu borak2...ape ade hal, aku kan suami anak lima....kah kah kah




post scriptum : aku takot sebenarnya nak layan stranger..masa kecik2 dlu mak aku ajar jangan layan orang yang kita tak kenal..lol

mari merapek lagi


-GRRRROOOOOWLLLLL-



post scriptum: saje kasi nampak gempak biar garang sket untuk mulakan semangat berblog...selamat tinggal dunia emosi...ngeh3 ^^

peluang kedua abah kau



manusia mana tak pernah buat salah..kekadang ade jenis manusia ni ego..kononnya berpegang kepada prinsip 'tiada peluang kedua'..ehh jadahnye prinsip..rasa nak lempang je orang camni dengan 'jurus penampar maharaja'...ape nak wat..rambut sama hitam..hati lain2...hampeh



aku pon ada gak jadi kejadian utk mintak peluang kedua nie..saje2 nak merapek sket situasi peluang kedua ni....ok camne lak kalo korang berada di situasi2 camni:

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


situasi 1 - dolah dengan karim


dolah : rim, aku tersilap cakap dekat minah yang ko kuar petang tadi..dia puas cari ko ..cam kesian kat dia lak

karim : lahabau tol ko ni..yang ko sebok2 hal kitorg pasal ape..nak gadoh?

dolah : sorry le bro, mana la aku tau..ok kang aku clearkan balik tang aku cakap tadi kat dia

karim : ahh sudah la ko..cam ni le kawan..xleh cover lansung

dolah : (macam la aku nak sebok sgt hal korang)





situasi 2 : antara anak dengan bapak

anak : pak,mintak maaf la saya terlanggar kereta jiran sebelah..saya tak sengaja

bapak : yang kamu bawak laju2 sapa suruh..aku tak pernah ajar anak aku langgar harta orang..(disusuli dengan bebelan panjang)..lepas ni kamu jangan bawak motor dah..pakai basikal roda 3 adik sudah

anak : (menangis tak berlagu)





situasi 3 : student dengan pensyarah


student : saya mintak maaf Dr..saya merayu dengan Dr untuk tolong sy naikkan 1 gred saje lagi utk pointer saya

pensyarah : saya dah tak dapat tolong awak..awak tak layak jadi pelajar universiti

student : tapi ni berkenaan hidup mati saya Dr..kalau tak sy di buang universiti

pensyarah : itu masalah awak bukan masalah saya

student : (keluar dari bilik pensyarah dengan hati yang hampa)




situasi 4 : kekanda dengan adinda

adinda : sampai hati kanda mau memancung dinda?sampai hati kanda...

kekanda: sampai hati? kan kau dah tahu kesukaan aku adalah belacan!!kenapa kau masak sayur asam tak mau campur belacan..sekarang aku mahu pancung leher kau!!!!

adinda : ehuk huk huk huk (menangis teresak-esak)



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


bukan susah pon nak memaafkan..apetah lagi beri peluang kedua...mungkin peluang kedua dapat ubah hidup seseorang..kita mana tau kan? hmmm donia donia


post scriptum : bila kita senang dengan orang..orang akan senang dengan kita..perkara paling asas untuk kesejahteraan hidup