memori raya yang di kenang



Di kesempatan ini aku ucapkan selamat hari raya aidilfitri dan mohon maaf sekira ada kata2 di blog ini yang mengguris hati dan memberi sedikit iritasi kepada hati2 yang membaca..anyway, aku perasan ada beberapa kenangan raya yang makin pudar tahun ni..mungkin korang pon rasa benda yang sama #ehyeke?..








kad raya
~ tak payah aku cerita pon kad raya ni macam hampir pupus sejak 3tahun kebelakangan ni..mungkin orang lagi suka ber sms ataupon menggunakan medium lain yang lebih pantas..jimat pon jimat (rindu dengan pantun pecah kaca..pantun wajib kot untuk kad raya)







sms kreatif dari keluarga nokia 3310
~ well, sekarang ni semua orang mampu memiliki handphone2 canggih tak kira dari jenis iphone,blackberry mahupon android..sms yang kreatif dari segi pantun,hiasan tulisan dan yang lagi advance siap leh bergerak2 lagi..dulu aku suka gak forward sms yang siap dengan pelita dan bergerak2 bila kita scroll ke bawah..semua tu hanya tinggal kenangan sekarang (sangat rare nak jumpa)







meriam buluh
~ yang ni lagilah tersangat rare untuk jumpa sekarang..aku ingat last time aku main masa aku darjah 4..dan masih dikenang sampai sekarang (at least takdelah aku malu nak cerita kat anak cucu aku esok2 yang aku pernah merasa main meriam buluh) :p








rancangan tv yang menarik
~ aku ingat dulu benda yang ditunggu2 adalah tayangan movie melayu yang melambak2 di tv tak kiralah tv RTM ke ataupon TV3..sekarang ni semua movie baru dah tersedia update di internet untuk di sedut (download) so bila raya dah tak rasa nak tengok sangat tv..alih2 cerita sama je..tu tak kira yang astro asyik ulang2 sampai lebam..lol







duit raya
~ hehe memori untuk mereka yang dah besar la kan..teringat masa dulu2 siap buat 'operasi poket kembung' menyerang rumah2 orang tak kira la kenal ke tak..janji duit raya wajib dalam poket..sekarang ni masa untuk aku lak bagi duit raya..putaran masa




bagi aku tahun ni raya sangatlah sederhana..raya cuma pagi raya je sampai solat sunat raya dan melantak..lepas tu dah takde rasa dah nak beraya..banyak habiskan masa kat rumah aje..korang pulak camne?


post scriptum : maaf zahir dan batin ye semua

berita jam 13: pemuda jelmaan burung hantu






18 Ramadhan 1432H bersamaan 18 Ogos 2011 : Serdang, seorang pemuda sudah kehilangan seketika nikmat tidurnya selama hampir sepuluh hari semenjak bulan Ramadhan tahun ini kerana masalah tidur yang tidak menentu. Menurut sumber yang dipercayai pemuda berkenaan lebih banyak menghabiskan masanya melingkar di bilik seperti sauna pada siang harinya. Hal ini menyebabkan beliau mengalami gangguan masa biologi untuk merehatkan badannya dari berasa letih dan tidak bermaya. Dukun Promchat (bukan nama sebenar) mengatakan pemuda tersebut telah tersampuk semangat burung hantu disebabkan beliau sangat aktif di waktu malam. walaubagaimanapun, berdasarkan Dr G (bukan nama sebenar) masalah seperti ini amat biasa di kalangan mahasiswa kerana mereka lebih suka berjaga sehingga sahur di sebabkan beberapa faktor antaranya melayari internet sehingga ke pagi, menonton rancangan di televisyen mahupun di komputer riba dan juga menonton bola sepak yang biasanya berlansung lewat tengah malam. -sumber berita disampaikan oleh Encik Fadil Ismet Ulam Raja


post scriptum : adakah pemuda itu mengalami masalah kritikal tahap kronik??

carta kuih popular di bulan Ramadhan






Assalamualaikum dan selamat berpuasa kawan-kawan..amacam puasa?seronok?jangan kata puasa yang nak masuk hari kedua ni dah ada yang curi2 ke dapur seawal pukul 12..hehe lain macam tu :p

Ok kembali ke tajuk entri yang asal, juadah berbuka memang tak sah kalau takde kuih..untungnya aku sebagai orang Melayu dan duduk di Malaysia dapat rasa nikmat kuih-kuih tradisi yang bermacam2 jenis dan sedap2 belaka..kalau dulu masa aku muda remaja ada beberapa kuih yang menjadi kuih wajib yang akan aku jumpa bila pergi ke bazar Ramadhan dan ketika buka tudung saji sementara menunggu waktu berbuka.





-ondeh-ondeh-
antara kuih paling top yang paling biasa yang mak aku buat..senang dan mudah untuk disediakan..nikmatnya bila berbuka dengan kuih ni sambil mengalir gula melaka yang cair dalam mulut..cair dimulut tidak ditangan...wah dah macam gula-gula M&M






-butir nangka-
kuih tradisi kelantan dan antara yang favourite di rumah..aku pon tak pasti kenapa namanya butir nangka..kalau tak silap nama komersialnya badak berendam (dan lebih tak faham di mana badaknya)..antara kuih pemula sebelum ke hidangan utama..macam appetizer jugalah kuih ni






-puteri mandi-
juga salah satu kuih tradisi dari kelantan..rasa yang lebih kurang dengan ondeh-ondeh cuma yang bezanya puteri mandi digaul dengan kelapa...kalau pergi bazar Ramadhan area pantai timur boleh la jumpa..kalao KL susah sikit kot sebab aku tak pernah jumpa lagi orang jual kuih ni..






-murtabak-
kalau hari biasa murtabak ni dipandang sebelah mata je..tapi untuk bulan puasa, murtabak antara kuih yang di cari2 (eh kuih ke?)..aroma murtabak yang segar dari atas dapur di bazar membuatkan orang tertarik nak membeli..mana taknya kalau kat bazar memang wajib lebih 5 kedai jual murtabak...tapi masih laku...rezeki Ramadhan






-kuih pelita-
antara kuih yang rare nak jumpa kalau bukan bulan puasa..dan antara kuih yang paling laku di mana-mana bazar..dah nama pon rare memang cepatlah habis..yang penting kuih pelita dengan bulan puasa memang cukup sinonim..






ada yang dah kecur liur ke?aku yang menaip ni pon dah rasa lain macam dah..bertabahlah semua..lol





post scriptum : kalau dulu boleh lah nak merasa macam2 kuih..sekarang ni mana yang ada je bedal..janji sempurna ibadah puasa kita dan bukan menketedarah semata-mata

ucapan ikhlas dariku sempena bulan barakah bulan keberkatan







Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang...


Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Ramadhan..alhamdulillah aku masih di panjangkan umur untuk merasa keberkatan dan kemeriahan bulan yang mulia tahun ini...aku dengan setulus hati mengucapkan selamat berpuasa dengan penuh keikhlasan dan semoga kita menggunakan bulan ini sebaik mungkin.


Untuk memeriahkan awal Ramadhan kali ni aku mempersembahkan klip video berkenaan puasa istimewa daripada pemain pertahanan Barcelona Carles Puyol yang diterbangkan dari Sepanyol sempena korang nak berpuasa esok..selamat berpuasa :)









post scriptum: agak lengang berpuasa tahun ni kat UPM sebab budak2 tengah cuti lagi (bunyi cengkerik)