jika ini pengakhirannya..bagaimana mahu bermula lagi?

-di suatu petang ramadhan hari ke 8-


aku duduk termenung..melihat jurnal-jurnal dan microsoft word dengan tatapan 'Chapter 4' masih tak bersambung..

apa aku sedang buat sebenarnya....

4 semester, hampir 2 tahun aku hidup dengan panggilan 'student master'..tapi aku tak pernah rasa bangga..kenapa?sebab aku rasa aku tak layak lagi berada kat sini untuk buang masa..

duit habis, poket kering, masa berlalu pantas..sambil aku tengok jam menunjukkan pukul 6..aih dah nak masuk berbuka lagi dua jam..kot-kot nak ke bazar ramadhan seri serdang beli kuih seketul dua..

aku termenung lagi..

gaji terakhir sebagai Research Assisstant dah nak kering..padahal duit ni jugaklah niat aku nak habiskan thesis master aku..bila ditenung balik microsoft word tertera 'Chapter 4' yang masih tergantung entah apa aku nak sembang di skrin monitor..tergamam segejap..

apa aku ni memperabis duit semata-mata ke?atau aku perlu menyembelih lagi poket mak bapak aku di kampung?

entah apa yang aku buat..aku masih tak layak..

aku capai kunci motor dan berlalu ke pasar ramadhan dengan saki baki gaji yang terakhir..

4 comments:

L.R berkata...

ok. tak boleh nak nasihat org sebab akak pun 'berada dalam kasut yg sama' dengan epol.

dulu akak pernah terfikir nak berhenti dan sambung kat tempat lain. siap dah cari supervisor tapi entah kenapa cam tak kuat nak buat camtu. rasa cam nak nangis aje... T_T org len dah siap tapi akak masih writing... huhuuuu

FaizalSulaiman berkata...

aku tak berada di dalam kasut ko. aku doakan yang terbaik untuk ko, bro!

faRahAdILa berkata...

ko boleh punya. all the best beb!

epol berkata...

L.R : yerp..sangat memahami perasaan itu

FaizalSulaiman: kasut busuk jangan ada dalam kasut..hehe terima kasih bro

faRahAdila : terima kasih beb..ko pon sama selamat maju jaya