kemahiran 'multi task' tidak sukar di pelajari


aku rasa aku masih belum mampu mempunyai kemahiran pelbagai dalam satu masa. mampu buat kerja A dan kerja B tapi dalam masa yang sama dapat menyelesaikan kerja kedua-dua tersebut dengan sempurna.


sepetang aku berborak bersama rakan bernama Usop (bukan nama sebenar)

"aku heranlah tengok orang lain boleh settlekan 2 kerja dalam satu masa..aku ni dah la nak siapkan thesis, pastu nak pikir lagi nak kerja. mana sempat", keluh aku kepada Usop. Usop memandang aku dengan pandangan simpati.

"rilekslah pol. bukan ko tak mampu. aku rasa ko mampu cuma ko ni kuat mengeluh. ko pernah tau tak macam mana nak membina kemahiran multi task? iyelah kerja yang boleh buat dalam masa yang sama. aku biasa dah benda-benda macam ni. small matter" 

"ooo macam mana? apa yang ko selalu buat?", tanya aku dengan eksaited

" aku takdelah problem macam ko. tapi aku bukan setakat dua kerja. tiga kerja pon aku mampu. haaa hebat tak aku", jelas Usop dengan sedikit riak.

" yelah aku tau la ko hebat. apa kerja ko buat sampai 3 kerja dalam satu masa? nampok benor nipunya"

" laa tak caya pulak. aku mampu pergi jamban sambil isap rokok sambil baca majalah. 3 kerja dalam satu masa. haaa multitask la tu kan?"

" hebat lah ko sop. aku rasa nak sayang ko dengan kaki",ujar aku sambil tersenyum.

dan tak semena-mena jari tengah aku di angkat di depan muka Usop tanda terima kasih dengan peluh ikhlas.

0 comments: