selamat berpuasa bersama sambal tempe



faradyable memang tak menghampakan dengan lawak gampangnya..

selamat bersahur dan berpuasa..jangan lupa cari nasi putih dan sambal tempe

jika ini pengakhirannya..bagaimana mahu bermula lagi?

-di suatu petang ramadhan hari ke 8-


aku duduk termenung..melihat jurnal-jurnal dan microsoft word dengan tatapan 'Chapter 4' masih tak bersambung..

apa aku sedang buat sebenarnya....

4 semester, hampir 2 tahun aku hidup dengan panggilan 'student master'..tapi aku tak pernah rasa bangga..kenapa?sebab aku rasa aku tak layak lagi berada kat sini untuk buang masa..

duit habis, poket kering, masa berlalu pantas..sambil aku tengok jam menunjukkan pukul 6..aih dah nak masuk berbuka lagi dua jam..kot-kot nak ke bazar ramadhan seri serdang beli kuih seketul dua..

aku termenung lagi..

gaji terakhir sebagai Research Assisstant dah nak kering..padahal duit ni jugaklah niat aku nak habiskan thesis master aku..bila ditenung balik microsoft word tertera 'Chapter 4' yang masih tergantung entah apa aku nak sembang di skrin monitor..tergamam segejap..

apa aku ni memperabis duit semata-mata ke?atau aku perlu menyembelih lagi poket mak bapak aku di kampung?

entah apa yang aku buat..aku masih tak layak..

aku capai kunci motor dan berlalu ke pasar ramadhan dengan saki baki gaji yang terakhir..

jangan kesah sangat




entri dulu tiada respon..seperti yang sudah dijangka

ok,nampak tak apa yang dah berlaku dalam arena blog?sebab menulis blog persendirian adalah sangat hipster dan tidak mainstream macam dulu..nampak tak nampak tak??



"jangan lah kesah sangat epol..kau rasa blog kau ni best ke?"