buang tebiat ala superhero



Bulan puasa ni menyebabkan aku dijangkiti satu tabiat yang pelik, iaitu tabiat tak boleh tidur malam dan tidur di siang hari. Adakah ini tabiat atau buang tebiat? Dah puas aku cuba memperbaiki tabiat pelik ni. Terima kasih juga kepada bakal kerjaya yang tak sampai-sampai lagi surat interviewnya yang membolehkan aku meneruskan tabiat yang kurang sihat ni.

Aku ingat aku nak tempah baju raya untuk tahun ni. Baju raya berkonsepkan Batman. Agak style gak. Barulah selari dengan tabiat "tak-boleh-tidur-malam" aku ni. 



Manalah tau. Mungkin aku dapat merealisasikan baju raya macam ni.

kemahiran 'multi task' tidak sukar di pelajari


aku rasa aku masih belum mampu mempunyai kemahiran pelbagai dalam satu masa. mampu buat kerja A dan kerja B tapi dalam masa yang sama dapat menyelesaikan kerja kedua-dua tersebut dengan sempurna.


sepetang aku berborak bersama rakan bernama Usop (bukan nama sebenar)

"aku heranlah tengok orang lain boleh settlekan 2 kerja dalam satu masa..aku ni dah la nak siapkan thesis, pastu nak pikir lagi nak kerja. mana sempat", keluh aku kepada Usop. Usop memandang aku dengan pandangan simpati.

"rilekslah pol. bukan ko tak mampu. aku rasa ko mampu cuma ko ni kuat mengeluh. ko pernah tau tak macam mana nak membina kemahiran multi task? iyelah kerja yang boleh buat dalam masa yang sama. aku biasa dah benda-benda macam ni. small matter" 

"ooo macam mana? apa yang ko selalu buat?", tanya aku dengan eksaited

" aku takdelah problem macam ko. tapi aku bukan setakat dua kerja. tiga kerja pon aku mampu. haaa hebat tak aku", jelas Usop dengan sedikit riak.

" yelah aku tau la ko hebat. apa kerja ko buat sampai 3 kerja dalam satu masa? nampok benor nipunya"

" laa tak caya pulak. aku mampu pergi jamban sambil isap rokok sambil baca majalah. 3 kerja dalam satu masa. haaa multitask la tu kan?"

" hebat lah ko sop. aku rasa nak sayang ko dengan kaki",ujar aku sambil tersenyum.

dan tak semena-mena jari tengah aku di angkat di depan muka Usop tanda terima kasih dengan peluh ikhlas.

selamat berpuasa bersama sambal tempe



faradyable memang tak menghampakan dengan lawak gampangnya..

selamat bersahur dan berpuasa..jangan lupa cari nasi putih dan sambal tempe

jika ini pengakhirannya..bagaimana mahu bermula lagi?

-di suatu petang ramadhan hari ke 8-


aku duduk termenung..melihat jurnal-jurnal dan microsoft word dengan tatapan 'Chapter 4' masih tak bersambung..

apa aku sedang buat sebenarnya....

4 semester, hampir 2 tahun aku hidup dengan panggilan 'student master'..tapi aku tak pernah rasa bangga..kenapa?sebab aku rasa aku tak layak lagi berada kat sini untuk buang masa..

duit habis, poket kering, masa berlalu pantas..sambil aku tengok jam menunjukkan pukul 6..aih dah nak masuk berbuka lagi dua jam..kot-kot nak ke bazar ramadhan seri serdang beli kuih seketul dua..

aku termenung lagi..

gaji terakhir sebagai Research Assisstant dah nak kering..padahal duit ni jugaklah niat aku nak habiskan thesis master aku..bila ditenung balik microsoft word tertera 'Chapter 4' yang masih tergantung entah apa aku nak sembang di skrin monitor..tergamam segejap..

apa aku ni memperabis duit semata-mata ke?atau aku perlu menyembelih lagi poket mak bapak aku di kampung?

entah apa yang aku buat..aku masih tak layak..

aku capai kunci motor dan berlalu ke pasar ramadhan dengan saki baki gaji yang terakhir..

jangan kesah sangat




entri dulu tiada respon..seperti yang sudah dijangka

ok,nampak tak apa yang dah berlaku dalam arena blog?sebab menulis blog persendirian adalah sangat hipster dan tidak mainstream macam dulu..nampak tak nampak tak??



"jangan lah kesah sangat epol..kau rasa blog kau ni best ke?"